Saturday, October 29, 2011

Sakit Belakang :(

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..





Korang pernah rase sakit belakang?
Kalau tak pernah, tahniah la..
Sebab bila kena..
ok, memang susah nak digambarkan dengan kata-kata..
Sakit ok, sakit yang teramat..
Sakit yang mengganggu tidur malamku,
sakit yang kadang-kadang ganggu urusan harianku..




Tapi, cuba la buat-buat macam tak sakit..
Senyum je dan berlakon macam tak ada apa-apa yang berlaku..
dan kesannya korang akan lupakan kesakitan tu...
Tapi kalau tak tahan sangat dengan sakit tu, silalah makan ubat..
Terima kasih doktor sebab bagi ubat 'bonky' kepada saya..meskipun saya seorang yang anti ubat tapi saya makan juga dua biji bila da dua malam saya tak boleh tido..




notakaki
:: betullah orang cakap dengan senyuman mampu buat kesakitan yang kita alami itu hilang dengan sendirinya..(^___^*)

Friday, October 28, 2011

Perubahan

Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera...




Orang cakap dalam hidup kadang-kadang kena la buat perubahan kan..
Tak kan nak duduk kat takuk lama je..




Ok,
sekarang...
Saya da lakukan perubahan pada blog SAYA...
Ala setakat 'background' je..





notakaki :: Pensyarah pernah cakap warna hitam warna yang suram, jangan selalu guna warna hitam. kalau pakai tudung pun elakkan tudung hitam sebab nanti tak berseri. Oke, nasib baik pensyarah suruh elakkan pakai tudung hitam bukan elakkan buat blog warna hitam.. hehe.. Hitam nampak kemas..(^____^*)

Thursday, October 27, 2011

....













notakaki :: saya suka kata-kata nie..:)))

Friday, October 21, 2011

21 - 1..









Assalamualaikum WBT..






21 - 1..






Sekarang cuba anda semua halakan tetikus ke atas dan perhatikan 'display thicker' kat atas tu..
Haaaa terpaparkan "21 Tahun & 1 hari saya dilahirkan"





Alhamdulillah umur da mencapai 21 tahun 1 hari..
Sepatutnya di'update' semalam kan, bila umur betul2 cukup 21 tahun..
Tapi maaf, semalam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, tak sempat nak update blog..




Alhamdulillah dapat meraikan hari jadi yang ke 21 nie.
Siap dapat dua biji kek lagi..
Ganda sebab tahun lepas tak dapat sambut hehe.. *teringat kenangan pemedahan di hospital*






Terima kasih buat rakan-rakan serumah yang menyambutnya, walaupun prank tak menjadi tapi betul2 terharu dengan kesungguhan kalian..
Terima kasih kepada pensyarah yang belikan kek..
Terima kasih kepada rakan sekelas yang pandai merancang dengan pensyarah..
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi tunaikan impian terakhir..
Terima kasih kepada semua yang sudi menghantar ucapan kepada saya..
Terima kasih atas doa yang dikirimkan..
Terima kasih atas segalanya..
Semoga kita semua diberkati ALLAH SWT...amin..





Ucapan untuk diri sendiri :-
Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara & menjalani kehidupan..
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia selalu & semoga diberkati ALLAH SWT..
Semoga mendapat kesihatan yang baik..
Semoga semakin matang..
Semoga semakin kuat menghadapi dugaan & ujian hidup..
Semoga semakin ceria dan terus ceria..
Semoga semakin cermerlang..
Semoga berjaya di dunia mahupun di akhirat dan..
Semoga menjadi anak yang solehah..
Amin ya Rabbal alamin..




Yeay 21 tahun suda..
(^____^*)



notakaki :: Semakin bertambah umur kita, semakin dekat kita dengan......

Tuesday, October 18, 2011

B.E. C.O.O.L (^___^)













Assalamualaikum WBT




Saya rasa saya kuat, mungkin saya ditimpa dengan dugaan ini.
Saya rasa air mata saya tidak akan tumpah malam ini, itu sebab saya terima cubaan ini.



Saya tahu pasti akan ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.




Saya yakin yang lebih baik akan tiba..
Saya yakin perubahan pasti berlaku..
Saya yakin semua ini tidak akan terhenti di sini..
Saya yakin kami tidak akan lumpuh..
Saya yakin kami akan bangkit seperti dulu..
Saya yakin, saya yakin dan pasti..



Ya ALLAH, terima kasih..
Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu..
Saya akan terus bertenang dan positif..
Saya tahu pasti ada hikmahNya..





Ujian dan dugaan itu bukan satu bebanan.
Kerana ALLAH SWT sentiasa mengerti akan hambaNya..
(^____^*)


notakaki
:: Ya Allah , jadikan ujian pada ku hari ini sebagai kafarah dosa , dan semoga ku mendapat hikmah di sebalik nya...

Monday, October 17, 2011

:((












Assalamualaikum WBT..




Semakin risau dengan keadaan diri sendiri!
Sekarang rasa macam makin teruk..
Teringat sejarah lama..
Ya Allah jauhkan semua itu..



Semoga senyuman ini tidak akan lekang dari diri ini.
Hanya itu ubat yang mampu diberi..



Doakan saya ye..
(^__^)



Be positive and keep strong mimi..
(^____^*)

Notakaki :: rindu hospital, nak rawatan.. :((

Saturday, October 8, 2011

Rezeki Oktober =)















Assalamualaikum WBT..



Hari Tanpa Kata :- Selepas menerima Anugerah Pengarah. Syukur Ya ALLAH. Sekurang-kurangnya mampu buat mama, baba dan keluarga tersenyum bangga.

Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang di kurniakan Ilahi..
Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan serta mereka yang sentiasa berada di sisi,
tanpa kalian tiadalah hadiah istimewa ini..







Mata berkaca membaca status adik tersayang :

: kaka, tahniah berjuta juta tahniah kat awak ! awak berjaya buktikan awak boley berjaya walaupun sakit. saya kagum dengan awak. and awak juga berjaya buat mama and baba tersenyum bangga dengan kejayaan awak. terima kasih kaka sebab buat mama and baba kita gembira. :) ♥ ♥ ♥
notakaki :: InsyaALLAH akan kekalkan prestasi. Taniah juga kepada rakan-rakan yang lain. Syukur Ya ALLAH, syukur di atas rezeki-Mu. Jom belajar sungguh-sungguh..(^_^)


Thursday, October 6, 2011

Khamis Tanpa Kata ;)








Assalamualaikum..

Pelbagai cabaran dan ujian datang menguji, menyebabkan sesekali diri rasa seolah ingin menjerit untuk meredakan sakit hati.. Tapi, sahabat-sahabat yang sentiasa ada dikala susah dan senang dengan mudahnya membuatkan diri melupakan masalah itu.. Untuk kali ini, dengan mudahnya diri menemukan sahabat untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi.. Sekurang-kurangnya ada pendengar.. Inilah manisnya ukhuwah yang diikat atas dasar perjuangan akidah.. Dan ukhuwah ini jugalah yang memberikan kekuatan untukku melalui segala ujian..
Notakaki :: Mereka yang selalu ada..(^__^*)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...