Friday, January 27, 2012

Kata 23




Assalamualaikum WBT..




Kamu...

Ya, kamu Nur Shamimi Jamudin..

Dengar sini,

Setiap orang,

Akan ada sesuatu yang dia simpan.

Akan ada sesetangah perkara yang dia sembunyikan.

Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.



Siapa pun dia,

Segembira mana pun dia,

Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,

Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka,

Pasti ada perkara yang pernah menguris hatinya,

Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis,

Pasti ada!!

Kerana dia juga manusia!



Hye Shamimi,

Makanya,

Bila kamu menyangka bahawa kamu yang merasa,

Hanya kamu yang melalui,

Dan hanya kamu yang mengerti,

Kamu silap dan kamu salah!



Ada orang lain yang pernah melaluinya,

Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan,

Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui!

Ada!!



Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,

Kamu yang tak pernah Nampak,

Jangan selalu menganggap bahawa kamulah yang paling susah,

Yang paling sakit diuji,

Paling berat diduga!



Ada,

Ada insan lain yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudah! Kesat air matamu,

Walau serumit mana situasi kamu,

Pujuk hatimu,

Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.

Bila kamu menyandarkan harapan padaNya, DIA tidak akan sekali-kali mempersiakan harapan kamu,

Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNya,

DIA tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan kamu!!



notakaki :: teruskan hari-hari yang mendatang dengan semangat baru..(^_^)


Thursday, January 26, 2012

Kata 22













Assalamualaikum WBT...






Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!



Segala pujian yang selayaknya kepada ALLAH SWT. Dialah sumber kekuatan, sumber pergantungan, sumber rezeki, sumber kecintaan dan sumber perundangan.



Semoga terus kuat,
Semoga terus tabah,
Semoga terus gagah melangkah,
Semoga cekal,
Semoga tiada lagi kelemahan datang menyapa..
InsyaAllah..



Selitkan nama saya dalam doa kalian ye..

Doakan saya ditetapkan iman, dikuatkan semangat, diberi kekuatan dan tabah dalam segala ujian.. Saya yakin doa kalian yang menguatkan saya hingga kini dan saya berharap jangan pernah kalian berhenti berdoa kerana dengan doa semuanya berubah. InsyaAllah, ingatan untuk saya juga.





Akhir kalam,
mohon maaf atas segala kekilafan..


notakaki
: terima kasih semua. moga hidup kita semua diberkati Allah SWT. amin.

Tuesday, January 24, 2012

Kata 21










Assalamualaikum WBT...







Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali kita menerima kehendak ALLAH SWT...

=(



notakaki :: tak suka bila saya lebih memikirkan yang negetif sebelum positif dan tak suka bila hati cepat buat andaian sebelum tanya pada tuan empunya diri! jangan tiru macam saya. sekian.

Monday, January 23, 2012

Kata 20














Assalamualaikum WBT...





ALLAH yang memegang hati itu..




Andai hati itu terluka, ingatkan ia tentang penyembuhnya agar DIA titipkan penawar bisa..




Andai hati itu terpalit dosa, ingatkan ia tentang pengampunannya agar DIA bersihkan debu dosa..




Andai hati itu gundah gelana, ingatkan ia tentang pentadbirnya agar DIA hembuskan ketenangan ke dalam dada...





notakaki
:: Terima kasih Ya Allah atas ujian yang menguatkan hati, atas rasa yang menabahkan hati, atas senyuman yang terukir tanda mengakhiri setiap duka yang tidak terperi.. (^__^)

Wednesday, January 18, 2012

Kata 19












Assalamualaikum WBT...






Jelas
Nyata
Terang lagi bersuluh...



Syukur Alhamdulillah sebab diberi kesedaran awal dari diri terus hanyut..




notakaki
:: awak buat saya sakit tau! larikan diri mimi...lari, jangan duduk situ!!!! :(((

Tuesday, January 17, 2012

Kata 18









Assalamualaikum WBT...






Bismillahhirahmanirahim..




Manusia di dunia ini baik disedari atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya. Dan pasti dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasan-Nya dari perbuatannya yang buruk mahupun yang baik. (Al-Insyiqaq : 6)



Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka). [Al-Insyiqaq : 23]




notakaki :: Alhamdulillah, di atas segala apa yang mereka katakan. saya terima dengan hati yang redha. Saya yakin akan hari pembalasan ALLAH SWT.. Ia menyakitkkan hati saya dan mereka. semoga semuanya ada jelas, terang dan nyata.. Amin ya rabbal alamin..

Thursday, January 12, 2012

Kata 17






Assalamualaikum WBT...



Bissmillahhirahmanirahim..


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."


Amin Ya Rabbal Alamin..


notakaki :: berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.. DIA Yang Maha Mengetahui..

Monday, January 9, 2012

Kata 16









Assalamualaikum WBT..



Betapa sukarnya menyusun bicara


Meluahkan rasa menuturkan kata



notakaki :: Lafaz yang tersimpan.. =(

Saturday, January 7, 2012

Kata 15









Assalamualaikum WBT..





Dekat tapi jauh..


vs


Jauh tapi dekat..






notakaki :: semoga semuanya sihat dan berada dalam jagaan Allah SWT serta diberkati Allah SWT. Rindu mereka..

Thursday, January 5, 2012

Kata 14







Assalamualaikum WBT..



Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita meminta..


Adakalanya DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedia...


DIA memberikan ujian yang pahit untuk kita hadapinya..;


tetapi bukankah ubat yang pahit membantu menyembuhkan penyakit..


Sesungguhnya DIAlah ALLAH Yang Maha Mengetahui hikmah disebaliknya..



notakaki :: kehadapan Rushy @ Shidah.. terima kasih atas kunjungan dan kesudian. (^___^*)

Wednesday, January 4, 2012

Kata 13





Assalamualaikum WBT..



Ya Allah..


Aku cukup bahagia dengan kehidupan yang aku lalui ini.. Walaupun dugaan datang silih berganti, namun di sebalik dugaan itu, pasti ada saja Engkau selitkan kegembiraan buat ku.. Aku bersyukur kerana Engkau telah bukakan pintu hati ku untuk mensyukuri nikmat Mu dan memberikan kesabaran dalam dugaan Mu.. Alhamdulillah...


notakaki :: Alhamdulillah da mula melangkah masuk ke Tahun kedua Ijazah. Selamat berjaya semua.. (^___^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...