Wednesday, July 17, 2013

Kata 67

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan..



Cerita Praktikum Hari Ke-tiga. (17 Julai 2013)

Hari ini pertama kali saya masuk ke kelas 4 Inovatif.

Mengajar Pendidikan Jasmani.

Memandangkan sekarang ini bulan puasa, jadi tiada aktiviti PJ dipadang.

Konklusinya belajar di dalam kelas.

Tapi,

Biasa la, pertama kali masuk kelas ;

soalan wajib murid-murid akan tanya :-

1) umur cikgu berapa?

2) cikgu da kahwin?

3) bila cikgu nak kahwin?

4) cikgu datang sekolah naik ape?

ok.. baiklah. 

tekaan murid-murid terhadap umur cikgu shamimi yang comel lagi manis ini ialah 25 ke atas.

baiklah!

muka cikgu matang sangat yea... sob sob sob. sedihh!!

itu kot puncanya hari pertama melaporkan diri, guru PK 1 bagi saya mengajar kelas tahun 5 dan tahun 4.

muka tua sangat.. 


Baru bab 1.

murid-murid tahun 4 ni pulak semuanya kecik-kecik. macam budak darjah 2. 

tapi bila nampak cikgu praktikal menuju ke kelas diaorang, mula la bersorak dari jauh.

tak sempat cikgu tarik nafas, da bagitau ;

"cikgu hari terakhir cikgu kat sini nanti mesti kiteorang nangis."

cikgu baru tiga hari kat sekolah la sayang-sayang.. ohoiiii..

praktikal mesti banyak cerita lucu bakal saya tempuhi.

cabaran buat saya.. :)

moga terus tabah untuk menghadapinya.

semoga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan. Amin..



anak murid saya semua aktif macam nie!!
**gambar sekadar hiasan


xoxo
Cikgu Shamimi.
:)


Monday, July 15, 2013

Kata 66

Assalamualaikum semua,

Salam Ramadhan.


Semoga semuanya sihat di dalam jagaan Ilahi.

Mohon maaf atas kekangan masa untuk mencoret sesuatu di blog buruk ini.

Penulis sibuk dengan hal-hal dunianya seperti sibuk di sekolah, di rumah dan sibuk dengan diri sendiri. *eh


Ramadhan ke-6.

Praktikum Fasa II sudah pun bermula.

Mendapat amanat untuk mengajar di Sk Methodist Tanjung Rambutan, Perak.

Bakal menjadi guru praktikum di sana selama 2 bulan.

Mengajar Bahasa Melayu tahun 5 dan Pendidikan Jasmani tahun 4.

Sekolah yang majoritinya murid berbangsa India. 



Semoga Ramadhan ini bakal memberi suatu semangat yang luar biasa kepada guru dan murid.

ohh lupa, murid kelas saya ada yang istimewa. 

walaupun jumlahnya sedikit, namun kenakalannya membuatnya cikgu-cikgu teruji.

seperti biasa, masuk kelas dengan wajah yang garang. :)


Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan.

Salam Ramadhan.

xoxo

Cikgu Shamimi
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...