Sunday, November 1, 2015

Bicara Cikgu Mimi - 5



"JANGAN KAU CABUT MASA BERMAIN ANAK-ANAKMU DENGAN CEPAT, KERANA KELAK KAU AKAN MENEMUKAN ANAK-ANAKMU YANG DEWASA TETAPI KEANAK-ANAKAN. "








Baru terasa hikmahnya mengajar murid-murid tahap 1.

Cikgu Mimi ; Sayang kalian. 

notakaki : diari cikgu, selain mengajar ; menjadi pengurusan pasukan juga perlu. ;) 
 

Sunday, October 25, 2015

E-Day Cikgu Mimi

Assalamualaikum 

Haiiii semua. Ampun maaf dipinta kerana hampir lupa dengan kewujudan blog ni. 

Sob-sob-sob

Pejam celik, pejam celik dah hampir 9 bulan aku mengajar kat Bintulu.

Pejam celik, pejam celik 2015 hampir melabuhkan tirainya.

Pejam celik, pejam celik aku nak kahwin dah!!!

Ehhhhhhhh

Alhamdulillah Raya ke-3 haritu merupakan majlis pertunangan aku.

Memilih tahun 2015 sebagai simbolik kepada 10 tahun perkenalan kami.

Moga Allah terus panjangkan jodoh kami. 

Gambar yuk!

*****************************






Akak masuk gambar sikit-sikit yea. 

Malu nak masukkan banyak-banyak. :)

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. 

Aamiin.


Notakaki : mimixrafie 

Monday, February 9, 2015

Bicara Cikgu Mimi - 4




Assalamualaikum WBT. 

Alhamdulillah minggu ni masuk minggu ke-2 aku berada di Bintulu, Sarawak. 

Perasaan, alhamdulillah bahagia, tenang dan damai.

Aku bersyukur kerana aku dikelilingi oleh mereka yang sangat osem!

Dari housemate, roomate, schoolmate, jiranmate dan semua. 

Serius, korang memang osem.

Hujung minggu selalunya aku and geng rumah akan ambik peluang untuk jalan-jalan atau makan-makan. 

Aku rase best giler bila ada housemate yang sangat sempoi macam Kak Eja dan Kak Niza. 

Kak Eja suka suggest tempat makan yang syok dan dia akan jadi driver. Ko sebut la teringin makan ape, kompem dia bawak.

Kak Eja power bab2 masak. *walaupun ayat dia selalu, "akak campak-campak je". Ciss, tapi masakan dia selalu buat aku berjaya menambah 2 kali. 

Kak Eja ore kelate. So boleh speaking klate dengan dia pun dah boleh hilangkan rindu aku pada buduuuu yang nun jauh di sana. 

Kak Niza pun housemate dan schoomate aku jugak. Seorang yang super bizi sebab pegang banyak tugas penting & berat. Tapi dia cool. Dia mampu siapkan. 

Aku bersyukur sangat. Walaupun aku jauh di sini, tapi Allah letakkan aku dalam kumpulan yang sangat baik. Aku bahagiaaaaa.

*************************

Oke, tujuan entry aku kali ni ialah aku nak ceritakan kisah hujung minggu aku ke Kuala Tatau. 

Letaknya 45minit dari rumah aku dan tempat ni famous dengan seafood yang fresh. 

Kalau sebut tempat makan, perkara yang aku bayangkan ialah kedai yang banyak dan berderat. Tapi bila sampai, ada kedai tu je yang jual seafood. 

Tapiiiii, korang jangan pandang rendah pada kedai tu. Tomyam dia superbbbbb! best wooo

Oklah, banyak tulis tak syok jugak kan. Yuk layan gambar. 

Bukti penulis memang bahagia berada di Bintulu! hehe

team housemate Kak Eja

and jiranmate ain

team housemate Dillah & Kak Niza

seriusly, first time aku makan udang galah.
mau nagis rasa sedapnye udang ni

sotong sumbat


gaya-mutu-keunggulan

*******************

Lepas kenyang, kiteorang bergerak pulang. Kalau korang nak tahu Kuala Tatau ni terkenal dengan tanaman kelapa. So tak hairan kalau korang jumpa ramai peniaga kelapa.

Tapi yang buat aku teruja bila ke sini ialah hasil tanaman yang sangat murah. 

Durian belanda aku dapat rm1 sebiji yang saiz sederhana.

Kelapa fresh rm2 sebijik

Pisang rm2 seikat

Betik 50sen sebijik.

Aku dan Kak Niza borong sakan woii. 








penduduk kat sini semua sempoi. ajak bergambar mahu diaorang, osem ar mak cik!



rumah panjang moden

segar





Sampai di sini sahaja perjalanan ke Kuala Tatau.

Minggu depan kita bercuti di Sibu pulak.

Sehingga berjumpa lagi. :) 

***************

Kehidupan ibarat lautan air yang kita sendiri tak tahu penghujungnya.

Air itu sendiri ada ujiannya.

Mungkin dilanggar batu, dihimpit ruang yang kecil, terperangkap dalam dosa yang kotor. 

Tapi, biar apa cara alirannya, air itu tetap mengalir. 

Begitu juga dengan kehidupan kita, meskipun pelbagai ranjau yang kita harus tempuhi, maka tempuh la ; kerana kita tidak pernah tahu bagaimana pengakhiran kita. 



Love,
Mimi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...