Tuesday, September 28, 2010

Hidup @ Kehidupan

Assalamualaikum W.B.T....

Ape kaba semua rakan2 yang disayangi...emm lame x conteng sesuatu di sini.. Yela masa yang sering cemburukan kita membuatkan susah untuk saya menulis sesuatu di sini..

Pernah dengar x orang cakap, 'kadang-kadang kita kena percaya dengan gerak hati kita',.. Kadang2 benda nie betul & kadang2 kurang tepat. Sejak malam semalam saya rasa x sedap hati, rasa x tenang, gelisah semacam je.. Mungkin semalam saya risau memikirkan keputusan doktor yang bakal keluar & sudah pun keluar pagi tadi.. Untuk mengambil keputusan doktor nie, saya terpaksa ponteng kelas untuk balik ke rumah & g hospital yang agak jauh dari rumah.

Seawal jam 7 pagi saya, mama & adik saya turun dari rumah menuju ke hospital. Selepas anta adik saya ke sekolah saya & mama ke hospital. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar tanpa ada sebarang kesesakan & sampai sana pun parking masih banyak lagi jadi saya & mama ke hospital dengan senang hati... debaran di dada saya lupakan seketika.

Ok, saya xsuke g hospital sebab saya sedih tengok mereka yang sakit, saya xsuke bau ubat sebab saya xsuke makan ubat, saya xsuke menunggu doktor lama2 sebab nanti saya tertido.. Banyak benda saya belaja masa kat hospital tadi, kadang2 Allah bagi kita hidup bahagia & sihat tapi JANGAN ALPA sebab nikmat 2 Dia akan tarik bila2 masa je.. Saya kesian tengok mereka yang berjalan dengan tongkat, ditolak dengan kerusi roda & macam2 lagi.. Semoga kalian semua selamat...:)

Setelah hampir 2 jam menunggu, nama saya dipanggil oleh doktor.. Saya & mama pun masuk ke bilik doktor. Sebelum saya berjumpa dengan doktor saya lihat sekeliling saya, saya pelik sangat kenapa banyak sangat artikel tentang kanser. saya tengok arinie doktor lain pulak yang rawat saya, dia check fail saya & dia tanya 'pernah amek sampel tisu ke dulu', saya jawab 'ye'..dia terus semak fail saya & dia tanya sedikit sebanyak pasal kesihatan & diri saya.. Lantas mama saya tanya 'doktor mcm mane result anak saya aritu'....doktor jawab 'anak puan menghidap KANSER tapi kiteorg xleh detect kanser tahap mane tapi dia perlu DIBEDAH SEGERA kerana kesan yang dialaminya... Haaa, debaran yang saya alami sejak semalam kini telah terjawab.. Saya menghidap KANSER... dan jawapan mengenai artikel kanser juga terjawab.

Saya cuba untuk kuat, x nangis depan doktor & mama saya.. Saya cube untuk kuat walaupun kenyataan itu PERIT sangat... doktor terus buat pemeriksaan pada saya, xcukup sorang, datang lak doktor pakar check saya.. dan keputusan mereka saya perlu dibedah segera. lepas saya dicheck, segala persoalan oleh doktor mama saya yang jawab, saya da x mampu nak hadapi. Saya kuat hanya untuk seketika.. doktor jelaskan pada mama tentang kesan yang saya akan terima SEPANJANG HIDUP saya.. saya xmampu cakap ape, hanya pandangan kosong saya berikan pada doktor.. setelah hampir 1 jam saya berada dalam bilik doktor, saya dapat tarikh untuk PEMEDAHAN tu.. Bertarikhkan 21 OKTOBER 2010 saya akan dibedah, saya kena masuk wad pada 19 OKTOBER 2010. saya cakap kat mama saya, awal xleh ke ma...masa 2 kan BESDAY MIMI...waaa, berumur 20 tahun, saya akan sambut besday saya di dalam WAD...:(

Jawapannya TIADA tarikh awal sebelum 21 oct..saya tetap akan dibedah pada tarikh itu, ok saya redha, saya pasrah, saya akur akan keputusan tu.....lepas kuar dari hospital mama bawak g makan & jalan2 untuk hilangkan kesedihan saya...Thanks mama...mimi sayang mama...

p/s :: Kata-kata yang dapat dipetik dari artikel kanser tadi ialah 'SEMEMANGNYA MASIH ADA KEHIDUPAN SELEPAS KANSER'.... time kasih buat keluarga, sahabat, senior & semua kerana banyak bagi mimi kekuatan...InsyaALLAH mimi akan kuat hadapi ujian nie..doakan mimi cepat sembuh & doakan mimi kuat...^______^

Saturday, September 25, 2010

Kita Selalu Bertanya



Assalamualaikum....

Kita Selalu bertanya
&
Al-Quran Sudah Menjawabnya

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
- Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…”– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” – Surah Yusuf ayat 12

“TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MEMBERI SYAFAAT (PERTOLONGAN) MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH S.W.T”... SESIAPA YANG BERPEGANG AL-QURAN DAN SUNNAH TIDAK AKAN SESAT SELAMA – LAMANYA... “DARIPADA ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI”... BARAKALLAHUFIKUM..

siapa kite yg nk bgge kn dgn harta?..
yg nk bgge kn dgn kecntikan luaran..?..
kepndaian akal fikiran..?..
kelebihan yg menakjubkan..?..
kdg2 kite lupa....
kita hnya berkata ia 'NASIB'....
benarkah ia nasib??..
nasib itu dtg drpd siapa?..
lahir kita di dunia....
umpama kain putih....
yg tiada dosa dan noda....
siapa yg mencalar ia sedemikian rupa....
siapa kita??..
HAMBA ALLAH??..
sbg ape??..
KHALIFAH....
itulh sbnr2nye kita....
"HAYATI KULLUHALILLAH"..
HIDUPKU SEMUANYA UTK ALLAH.... .
setting niat always krn ALLAH....
ckup lh ape y kita lakukan ad lintasan ALLAH....
dlm fikiran kita.....
konsep IHSAN....
"kamu mengabdikan dri seolah2 ALLAH melihat kamu,andai kata kamu tidak melihat ALLAH..sesungguhnya ALLAH melihat kamu...."..
hati adlh pnca segalanye....
bersihkan hati....
capailah keredhaan ALLAH....
"MARDATILLAH" dgn mendktkn dri pdNYA....
BITAUFIQ WANAJJAH..BARAKALLAHUFIKUM..

Tuesday, September 21, 2010

Info Kesihatan

Assalamualaikum W.B.T....

Haii, da lama x menulis kat sini... tapi arinie saya nak menulis tentang INFO KESIHATAN... kesihatan, satu perkataan yang semua orang tahu maksudnye kan, semua orang nak sihat, sapa yang x nak sihat 2 memang 'pelik' la... tapi kadang2 dalam kita menjalani kehidupan kita macam biasa nie, ada juga penyakit yang datang kat kita tanpa kita sedar.. Haa, korang2 semua pernah dengar x tentang sakit 'tiriod @ beguk @ bengkak di leher'... lau xpernah mai sini nak cerita...

GOITER - Bengkak kelenjar tiroid

TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin ‘guttur’ yang bermaksud kerongkong.

“Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan,’’ kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.

Tanpa iodin yang secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan oleh tubuh anda.

Pada tahun 1920, penyakit goiter semakin berkurangan selepas garam yang sedia diiodin diperkenalkan di Amerika Syarikat.

Dr. Abd. Hamid berkata, lazimnya, kelenjar tiroid anda menghasilkan dua hormon iaitu tiroksina dan triiodotironin (T3), yang beredar di dalam aliran darah dan membantu mengawal metabolisme.

“Ia mengekalkan kadar tubuh anda menggunakan lemak dan karbohidrat, membantu mengawal suhu tubuh badan, mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.

“Kelenjar tiroid turut menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium di dalam darah,’’ ujar beliau sambil menambah, kelenjar pituitari dan hipotalamus mengawal kadar hormon-hormon ini dihasilkan dan dibebaskan.

Proses ini bermula apabila hipotalamus - satu kawasan di bahagian dasar otak yang berfungsi sebagai termostat untuk sistem tubuh secara keseluruhannya, memberikan isyarat kepada kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid (TSH).

Menurut Dr. Abd. Hamid, apabila seseorang mempunyai penyakit tiroid goiter, ia tidak bermakna kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secara normal.

“Walaupun apabila tiroid anda dibesarkan, ia mungkin menghasilkan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, normal ataupun melebihi paras normal.

“Pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa (diffuse goiter) atau kelenjar mungkin membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul (nodular goiter),’’ katanya.

Nodul-nodul ini merupakan ketulan-ketulan yang terdapat di dalam kelenjar tiroid yang normal.

Terdapat juga punca-punca pembesaran tiroid yang terjadi bukan disebabkan oleh kekurangan iodin seperti:

* Penyakit Graves: Penyakit autoimun ini merupakan punca yang paling biasa bagi tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme).

“Dalam penyakit Graves, antibodi-antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun merangsang tiroid untuk menghasilkan tiroksina yang terlalu banyak.

“Lazimnya, sistem imun anda menggunakan antibodi-antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada virus, bakteria dan bahan-bahan asing lain yang menyerang tubuh anda,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Tambahnya, antibodi-antibodi menyerang kelenjar tiroid secara tidak sengaja dan ada kalanya menyerang tisu-tisu di belakang mata dan kulit di bahagian bawah kaki.

Para saintis tidak pasti kenapa penyakit Graves terjadi. Tiroid yang dirangsang secara berlebihan dalam penyakit Graves akan mengakibatkan pembengkakan yang tidak mendatangkan rasa sakit di kelenjar anda.

* Penyakit Hashimoto: Penyakit ini dikenali sebagai tiroiditis limfositik yang kronik, merupakan punca biasa tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme). Penyakit Hashimoto ini juga, jelas Dr. Abd. Hamid, merupakan penyakit antiimun dan menyebabkan inflamasi yang merosakkan kebolehan tiroid untuk menghasilkan hormon.

“Kemudian, kelenjar pituitari akan cuba untuk merangsang kelenjar tiroid anda untuk menghasilkan lebih hormon tiroid yang akan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak.’’

* Goiter multinodular: Dalam keadaan ini, beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak. Ia terjadi apabila hormon tiroid yang biasa, rendah atau berlebihan dihasilkan.

* Nodular tiroid yang tunggal: Terjadi apabila seketul nodul terdapat di mana-mana bahagian kelenjar tiroid anda. Kebanyakan nodular adalah bukan kanser (benigna).

* Kanser tiroid: Kanser tiroid jarang terjadi berbanding nodular tiroid benigna. Satu bahagian tiroid anda akan kelihatan membengkak.

* Mengandung: Sewaktu sedang hamil, hormon gonadotrofin korionik manusia (HCG) mengakibatkan kelenjar tiroid membesar.

* Inflamasi: Tiroditis merupakan satu keadaan di mana tiroid anda membengkak. Terdapat beberapa jenis tiroditis yang boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda membengkak.

“Kadangkala ia akan mendatangkan rasa sakit yang akan menjadi lebih perit apabila anda menelan atau meletakkan sebarang tekanan kepadanya,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Beberapa jenis tiroiditis dikaitkan dengan hipertiroidisme.

Dr. Abd. Hamid menasihatkan: “Jika anda mengalami bengkak di bahagian depan leher iaitu di bahagian atas dan di antara tulang selangka, ini menandakan kelenjar tiroid anda mungkin membengkak.

“Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada tiroid anda yang menyebabkan leher membengkak dan mengapa ia berlaku.’

Dengan memeriksa leher anda, doktor akan memastikan tahap serta kawasan di mana kelenjar anda membengkak. Dalam beberapa kes, doktor mungkin dapat berasa kehadiran nodul-nodul di leher anda.

Simptom-simptom goiter

* Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak

* Rasa perit di kerongkong

* Batuk

* Suara menjadi parau

* Sukar menelan

* Sukar bernafas

Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda lain bergantung kepada punca asas penyakit goiter berlaku.

Diagnosis

* Ujian hormon: Ujian darah boleh menentukan jumlah hormon yang dihasilkan oleh tiroid dan kelenjar pituitari. Jika tiroid tidak aktif, tahap hormon tiroid menjadi lemah.

Dalam jangka masa yang sama, tahap TSH akan ditingkatkan kerana kelenjar pituitari akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid.

Goiter sering dikaitkan dengan tiroid yang terlebih aktif yang melibatkan tahap hormon tiroid yang tinggi di dalam darah dan tahap TSH yang lebih rendah berbanding normal.

* Ujian antibodi: Beberapa punca goiter termasuklah penghasilan antibodi yang tidak normal. Ujian darah akan memastikan kehadiran antibodi di dalam tubuh anda.

* Ultrasonografi: Transducer, satu alat seakan tongkat diletakkan pada leher anda. Gelombang bunyi akan melantun melalui leher dan bahagian belakang anda, membentuk imej di skrin komputer.

Imej-imej yang dipaparkan akan mendedahkan saiz kelenjar tiroid anda dan sama ada kelenjar tersebut mengandungi nodul- nodul yang mungkin tidak dapat dikesan oleh doktor secara fizikal.

* Skan tiroid: Anda akan menerima isotop radioaktif yang disuntik pada pembuluh darah di bahagian dalam siku semasa berbaring di atas meja, dengan kepala didongakkan ke belakang manakala satu kamera khas akan memaparkan imej tiroid anda pada skrin komputer.

Rawatan

Bergantung kepada saiz pembengkakan, simptom-simptom dan punca-punca asas ia berlaku. Doktor mungkin mencadangkan anda melakukan mana-mana prosedur berikut:

* Pemerhatian: Jika goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah dan tiroid berfungsi secara normal, doktor mungkin mencadangkan anda untuk tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.

* Ubat-ubatan: Jika anda mempunyai hipotiroidisme, hormon tiroid akan digantikan dengan levotiroksina yang akan menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme dan juga pembebasan hormon perangsang tiroid daripada kelenjar pituitari anda, di mana ia sering kali mengecilkan saiz goiter.

Untuk kelenjar tiroid yang mengalami radang, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. Bagi goiter yang dikaitkan dengan hipertiroidisme, ubat bagi menormalkan tahap hormon anda diperlukan.

* Pembedahan: Satu pilihan yang boleh dilakukan jika anda mempunyai goiter yang besar dan mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan.

Atau, di dalam beberapa kes, jika anda mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid akan dibuang (tiroidektomi).

Pembedahan juga merupakan rawatan untuk kanser tiroid. Anda juga mungkin perlu mengambil levotiroksina selepas surgeri dilakukan, bergantung kepada jumlah tiroid yang dibuang.

* Iodin radioaktif: Dalam beberapa kes, iodin radioaktif digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberikan secara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid.

Rawatan ini akan mengecilkan saiz goiter tetapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak begitu aktif. Anda mungkin memerlukan penggantian hormon sintetik tiroid levotiroksina sepanjang hidup.

p/s :: ada kaitan ngan simptom2 di atas...rujuk doktor dengan segera..lau lambat2 nnti bahaya... JAGALAH DIRI, INGAT ORANG YANG TERSAYANG...^_^

Tuesday, September 14, 2010

Lagi Cerita Raya -episod ii-

Assalamualaikum...

Haihh, cite raya lagi...yela bila da nama hari raya makanya banyak la cite ari raya nye.. haa, untuk post kali nie lak, aku nak cite pasal beraya kat umah mak sdare aku 'che ton' kat 'Kok Lanas, Kota Baharu'.. aku & family ke sana sebab che ton ada buat rumah terbuka pada raya ketiga 2.. kami adik beradik g dulu sebab mama & baba aku g kenduri umah guru besar mama aku. So untuk ke sana kakak yang drive keta & diikut oleh family mak sdare aku jugak 'chik chah'...

Bertolak ke sana pada jam 12 tengah hari & dekat2 nak zohor baru sampai, nasib baik jalan x jem sangat, lau x mesti sampai lewat. Haa, sampai2 umah che ton terus makan, selain wat makan2 diselitkan juga dengan besday party abg fir, iris, alia & kakak farhah. waaa, meriah gitu dengan 3 biji kek yang sungguh enak.

Family che ton saya sungguh sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah, sepupu saya pun sibuk dengan berulang alik isi lauk dalam bekas, meriah sungguh, tetamu pun ramai. Haa, part yang x lepas dalam majlis nie ialah 'bergambar'... kan da cakap kami-kami nie suka bergambar & ditambah dengan suasana + halaman rumah yang cantik maka apa lagi, bergambar la kan... mula2 bergambar dalam rumah ---> ruang tamu ---> luar rumah ---> hujan ---> dalam rumah balik.. part bergambar merupakan part yang terakhir sebelum pulang ke rumah.. Ape2 pun tengok gambar je la ye...^_^



besday party
si kecil -iris-


di ruang tamu


di atas tangga


di ruang tamu lagi


dan lagi



di halaman rumah


candid


port lain pulak


ruang tamu 'fasa 2'


last sekaliii....^_^

p/s :: gambar mude2 je sebab mude2 je suka bergambar..beshh la amek gambar kat umah kaan, nnti nak amek lagi ye.. mama jeles tengok gambar nie sebab mama xleh g..hehe..^_^

Monday, September 13, 2010

Cerita Raya Kedua

Assalamualaikum W.B.T

Ape kaba semua, haa ada sape2 lagi yang dalam 'mood' raya..? kalau ada, taniah untuk anda.. beraya la sepuas2nya sebelum memikirkan tekanan tempat belajar @ tempat kerja..

Haa, sebelum 2 aku nak explain sikit nie.. post arinie pasal cite hari raya kedua aritu,,maap la baru boleh tulis sebab sibuk sangat dengan jemputan ke rumah terbuka.. Hehe...

Ok, event pada raya kedua aritu ialah pasal 'Majlis Pertunangan Sepupu' ~fifi & faizal ~ yang bertempat di Kota Baharu.. Majlis bermula pada jam 4 petang. sepatutnya dalam perancangan lepas zohor, tapi memandangkan jalan sesak, so lambat la sikit majlisnya. Ape2 pun majlis yang cukup ringkas tapi menarik nie memang fun dengan kehadiran sedara mara, photographer yang baik hati ~sepupu saya a.k.a abg fifi~ & macam2 ag la..

Majlis nie bertemakan colour 'purple & pink' & hampir keseluruhan gubahan nie dibuat sendiri oleh mak cik & sepupu aku.. cantik sangat gubahan dia.. ~che ngah, mimi tempah che ngah ye untuk majlis tunang mimi~...haha...

Haa, memandangkan fotographer 2 sepupu saya sendiri, maka banyak la gambar 'kami-kami' sampaikan kalah si tunang 2..hehe.. lau photographer lalu, maka keluarla ayat nie 'abg imie, gambar please'.. hohoho, gila kentang betul la, sebab semua gile bergambar.. Ok ape2 pun kita tengok gambar sepanjang majlis berlansung ye..^_^


pelamin yang dibuat sendiri


saya, adik saya & sepupu saya


gambar sepupu2


candid time


baba & mama saya


taraanggg nie gamba family saya...
baru boleh amek..^_^


gambar candid family saya


sepupu2 time kat pelamin


lepas gambar 'formal' mesti ada 'candid'


candid 2







dalam bilik ngan mak sdare & sepupu saya


da puas tengok orang, duk luar balik & amek gambar lagi..


makan2 pulak..


majlis bermula ~penyarungan cincin~


~penyarungan cincin~


kami & fifi


candid fifi 1


candid fifi 2


candid fifi 3


konon2nya acara baling bunga


~berebut~


tengok sapa yang dapat


cubaan kali kedua


xtahu tangan sape yang dapat





a big & lovely family..^_^

p/s :: taniah buat my sepupu 'Afifahtul Akmal' kerana suda selamat menjadi tunangan orang, kami mendoakan semoga anda bahagia hingga ke anak cucu...

Ok, perhatian kepada cucu che do.. giliran sape lak bertunang selepas ini ye, mari sama2 kita tunggu..hehe..^_^

Friday, September 10, 2010

Raya...raya...raya..!!!

Assalamualaikum W.B.T...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua sahabat, muslimin serta muslimat yang mengenali diri ini... Dikesempatan ini juga, saya NUR SHAMIMI BINTI JAMUDIN ingin memohon maaf sekiranya saya ada buat sape2 terasa melalui lisan mahupun tulisan saya ye...

Hehe maap la ye baru boleh wish.. selama nie sibuk sikit, xsempat nak menulis, lau menulis, banyak lak cite yang sedih2.. Hehe, so di hari yang mulia nie, kita sambut dengan penuh ceria ye.. yela selalunya lau nak buat luahan perasaan sikit mesti bunyi suara 'mimi, tolong mama buat nie....'... macam2 ar, tapi x pe, malam nie lappy aku punye.. Haa, ramai ngah membungkang depan tv tengok cerita2 besh, so gunakan masa yang ada untuk menulis...

Haa, pagi raya aku dimulai dengan solat subuh & bersiap untuk berhari raya.. Pagi ari baru sempat gosok baju raya sebab malam 2 sibuk siapkan kuih raya *opppss, padahal baju baru kering*..lepas da siap bersiap, g smayang raya & terus ke umah nenek aku.. memandangkan tahun nie mak cik2 aku x balik so kami la yang memenuhkan rumah nenek aku.. duduk umah nenek aku 2 sesuatu yang mengembirakan sebab ramai yang datang umah dia, mak sepupu, orang kampung, jiran2 & ramai ag la.. Haa, masa nie la boleh kenal sepupu sepapat, baru boleh jumpe yang duk jauh, dekat & macam2 ag la...

Dan seperti biasa, hari pertama nie aku akan berjalan ke umah kawan baik aku masa kat sekolah menengah, sebab selalunya raya ke 2, kami sekeluarga akan berkumpul di Kota Baharu.. kebetulan pulak, esk sepupu aku akan bertunang, so untuk mengelakkan dari x jumpe ngan kawan2, raya pertama aku da berjalan2 da...:)

Usai solat zohor tadi, aku menunggu ketibaan kawan aku *juwita*, tahun nie dia lak yang amek kiteorang untuk dibawa berjalan2.. selalunya aku yang bawak keta, tp tahun nie tuka orang lak.. Rumah pertama yang dilawati adalah umah Shima diikuti ngan umah Wani dan Salihahs & pastu g umah Juwita.. gembira rasanya bila boleh berjumpa ngan diaorang semua, yela lepas habis sekolah, masing2 g blaja tempat lain2, hari raya je boleh jumpe balik ramai2... da puas berjalan2 + rasa lenguh kaki, ape lagi balik umah la pulak.. macam biase balik tadi aku dihantar oleh juwita + dia pun beraya kat umah ngan mama sebab x lama lagi dia nak balik Sabah, sebab dia blaja kat sana...

*maap ye, xada banyak idea untuk menulis, nanti saya buat cerita2 lagi ye..^_^

Emm, maap ye..nak tunjuk gambar banyak2 pun xleh sebab gambar family x ada, x cukup orang.. nanti lau ada, saya masukkan ye... Haa, yang ada gambar saya & kawan2 saya yang cumil...hehe...


saya ngan Shima *dia sudah bekerja ye*



saya ngan Juwita *gadis yang belajar di Sabah*


saya ngan Eka *dia juga sudah bekerja & driver kami petang tadi*

gambar nie je yang sempat amek sebab masa g umah yang lain2, tel out of bateri...hehe....nanti kita amek gambar sesama ye...^_^

p/s : sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri ye buat semua.. nikmatilah hari kebesaran ini dengan sebaik2nya & dalam kita bergembira jangan dilupa pada mereka yang kurang bernasib baik.. Sama2 lah kita saling bermaaf-maafan di hari yang mulia ini, Hari Raya... Hip,hip horeyyy....Raya...^_^

Wednesday, September 8, 2010

..:: Ma, sakitnyaaa... ::..



Assalamualaikum...

Haa, ape kaba semua...hari nie untuk post nie bukan sal raya tau..!!..nie untuk coretan sepanjang ke hospital semalam ngan mama & adik2 ku...

********************

Ma, sakitnya....
Bila awal2 pagi kita kena bertolak ke hospital..
semata-mata nak bawak mimi ke sana...

Ma, sakitnya...
sampai-sampai kat hospital, jalan jem yang teramat...

Ma, sakitnya...
bila kita terpaksa tunggu lama...
dan mimi terpaksa lawan kesejukan kipas angin 2...

Ma, sakitnya...
bila masuk jumpe doktor..
doktor 2 check tiriod mimi...
dia tekan kat tempat sakit 2 ma...
sakit sangat ma...!!

Ma, sakitnya...
bila doktor 2 cakap, kita nak amek sample isi, takut terkena 'KANSER'...

Ma, sakitnya...
bila doktor 2 amek isi daging mimi kat tengkuk tu..
dia amek 3 kali tanpa bius ma...
ma sakit sangat....!!!!
mimi xtahan, mimi nangis depan dia...
mimi nak mama ada tepi mimi masa dia amek 2...
tp doktor 2 garang sangat x bg masuk..!!

Ma, sakitnya...
bila dia amek 2 kali kat tempat yang sama sebab dia ckp, tersalah amek...
ma sakit sangat nak tahan dia amek 2...

Ma, sakitnya...
lepas dia amek isi, mimi kena g amek darah pulak..
mimi da start pening2 da kesan dari amek isi 2...
dia amek darah pun mimi jadi pening sebab urat mimi dalam...
ma nape sakit sangat....!!!!

Ma, sakitnya...
lepas 2 kena berjalan jauh sebab orang ramai...
ma nape sakit sangat...

Ma, sakitnya...
mimi nak telan air liur pun perit mimi rase..
mimi bukan xmau telan ubat..
tp sakit sangat bila nak telan...

Maa....
mama, baba, kakak, kak ama, aina, kawan2 mimi, senior2 mimi...
semua pesan suruh mimi kuat..
tapi kan ma, mimi xtahu mcm mane nak kuat...
mimi rase sakit sangat....
sakit sangat ma...!!!

Mimi nak telan air liur pun perit, apetah lagi mimi nak telan nasi...
Mimi nak tidur pun susah, apetah lagi bila nak bangun..
Mimi xleh nak pusing2 mcm selalu..
mimi rase mcm ada benda kat tengkuk mimi...
maa, mimi takut nak bukak plaste 2...
mimi takut nak tengok tempat yang dia amek isi 2...
sakit ma...sakit sangat....

Ma, anith cakap mimi kena berjuang untuk family..
senior mimi cakap mimi kena kuat, sabar, tabah..
diaorang cakap mimi kena bykkn berzikir, bace Quran...
diaorang cakap nak sihat kena makan ubat & tabah...
mimi nak buat semua 2...tapi bila mimi fikir ape doktor cakap,
mimi jadi lemah...lemah selemah2 nya...
ma tengok, mcm2 mesej & post kat FB mimi diaorg anta...
mimi sayangggg sangat kat diaorang ma...
mimi sayang sangat..!!!

Mama & family serta diaorang la sumber kekuatan mimi...
mimi sayangkan kalian....
semoga mimi dijauhkan dari 'kanser'...
mimi takut nak hadapi ma...

ma, terima kasih sebab banyak berkorban semalam untuk mimi...
mimi tahu mama letih, tp mama x tunjuk..
mimi tahu mama takut, tp mama x tunjuk...
mimi sayangggg sangat kat mama...

Terima kasih semua...^_^
& sory ye...i'm a very 'sensitive' girl....^_^

Saturday, September 4, 2010

..:: Cerita - cerita ::..



Assalamualaikum W.B.T....

2.9.2010...

Hari dapat duit raya.... Kelas pagi 2 start ngan kelas BM yang diajar oleh En Isa. sebelum kelas mula, en isa tanye.. korang dapat duit raya brape ringgit sorang, emm ramai jawab, makin tua makin banyak encik.. Aiikk, tibe2 tanya sal duit raya nie nape, rupe2nya dia nak bagi duit raya.. Waaa, dapat duit raya.. Beshnye, kelas pagi tu bermula dengan penyerahan duit raya....


kira dulu brape keping sebelum bagi...^_^


duit raya...!!!!

Kul 3 petang gerak g surau untuk tolong pak cik deris masak untuk berbuka.. lepas magrib, ada senior (abg mat) bagi duit raya kat aku... Hehehe, duit raya ag & di ikuti oleh ***** pun bagi duit raya gak...tp duit raya nie lain sikit, xleh guna untuk sebarangan...^_^

3.9.2010...

Lepas perhimpunan aku ke HEP untuk amek surat kebenaran untuk rawatan pelajar.. Kuar HEP, jumpa ngan Hj Razali (lectr sem lepas)... Berbual2 ngan dia, dapat ag duit raya... Yihaaa.... duit raya lagi..Pastu ke library anta buku & g jumpe mentor... Salam2 ngan dia & dapat ag duit raya... Alhamdulillah...murah rezeki betul...x balik ag da boleh kumpul duit raya..^_^

Petang kul 3 gerak g GM teman ma & che ain cari baju raya & barang2 untuk di bawa pulang.. Bagus betul,,bawak balik adiah untuk mak ayah kat kampung..

Kul 9 malam aku & kawan2 yang lain gerak ke medan gopeng ---> nak balik kampung k... tepat jam 10 malam bas pun bergerak... naik bas ekspress macam naik bas maktab sebab bas penuh ngan budak maktab..huhu, naik bas lak terpaksa duk belakanggggggg sekali coz tiket beli lambat...haiyaakkkk pening kepala woo, rase macam tunggang kuda je, da la aircond sejukk giler, mana x ketar duk atas bas 2, nak tido pun pening....

4.9.2010

Tepat jam 4 pagi ---> Alhamdulillah selamat sampai ke Besut, rumah ku... Ok tunggu mama datang ambik & sampai umah bersahur & sambung tido....ingat nak tido lama sikit tapi last2 kul 8 da dikejut sebab kena anta azim ke sekolah.. Haiyooo, ganggu saya tido ye.... bila da start bagun, maka banyak la kerjanya.. kena g ambik nenek, kena amek azim, tolong 'proses' ayam kampung, masak untuk berbuka & semua la..


ayam kampung ---> sebelum diproses


ayam kampung ---> rebus dalam air panas...


ayam kampung ---> on the way nak 'proses'...

Haiii, anak perempuan dari 4 orang sorang je baru balik(aku) ... nak x nak kena la tolong mama.. tapi x pe, dapat upah lauk kegemaran...hehe.. kebetulan lak, ari nie family sepupu aku datang berbuka kat umah, jadi lauk kena masak banyak la.. best dapat makan ramai + teringat makan kat surau...hehe...lepas berbuka --> solat --> kemas --> main2 ngan si comel 2 orang (iris + iesha) anak sepupu saya....waaa, seronoknya hari nie...saya suke duk kat rumah...!!!

p/s :: Alhamdulillah di atas kebahagian yang dirasai nie... terus hepi bila berada di rumah... kepada semua selamat berpuasa & selamat hari raya..^_^

Thursday, September 2, 2010

..:: Pesan Mama ::..

Assalamualaikum W.B.T

Hai semua ape kaba..?? Harap semuanya sihat.. Emm, termasuk ari nie da dua hari berturut-turut aku tel mama.. Tel sebab rindu yang teramat.. Semalam tel sebab rindu sangat kat mama, tapi arini mama yang tel & tinggalkan pesanan....

Pesan mama :

Balik umah cepat - xada orang kat umah -
Balik nanti kita masak sama-sama..
Jangan minum air batu + jaga diri + makan ubat...
Jangan lupe bawak balik surat doktor...
Jangan lupe mintak surat kat HEP untuk rawatan...
Jangan lupe siapkan 'ASGMENT'....eerr, bab nie susah sikit...


nie mama saya ---> pesan kepada saya...^_^

Emmm, ape lagi yang mama pesan ye...nie je kot.. Tapi 'surat' tu benda penting & kata mama, 'wajib' bawak balik.. Letak surat 2 dulu dalam beg baru letak baju & buku.. Err,, ok benda penting kena take note...Ok. 2 je untuk post nie..daa..selamat bersahur..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...