Tuesday, November 29, 2011

Tika Nafasku Berwirid...











Assalamualaikum WBT..


Bismillahhirahmanirahim..



Wahai penjaga nyawaku..

Aku hanyalah insan kerdil yang berpijak di alamu

Tanpamu siapalah aku di dunia ini..

Kau memberi cahaya tikaku kegelapan..

Kau memberiku ilham tika kebuntuan..

Cahayamu ibarat kilauan yang tak tergambar..

Terima kasih Ya ALLAH kerana memberiku waktu hari ini

Kerana esok belum pasti menjadi milikku..



Wahai Pemberi Nafasku..

Ampunilah segala dosa-dosaku ini..

Kerana aku sentiasa melakukan kemungkaran kepadamu..

Moga Kau berkati kehidupan ini..

Amin.



Salam Maal Hijrah 1433. Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan dan lebih istiqamah dalam segala ibadat.. InsyaALLAH.. (^___^*)



notakaki
:: semoga sentiasa diberi kekuatan.. amin. (^__^*)

Wednesday, November 23, 2011

Banjir =(







gambar sekitar rumah nenek saya..




Assalamualaikum WBT

Berita dari Besut, Terengganu :-

# Paras air hujan sudah naik mencapai paras banjir.

# Musim boh telah bermula...@___@!!

# Banyak jalan-jalan ditutup terutamanya jalan di kawasan rendah.

# Bagi mereka yang bercita-cita @ berkeinginan untuk keluar fikir 1000x sebab bimbang anda kena u-turn balik..

# Jalan berani nak redah banjir nanti rosak enjin kereta.

# Jangan teruja nak main air banjir @ air bah bimbang badan anda dihinggapi pacat @ lintah..(^__^)

# Pastikan ada orang dewasa menemani anda jika anda ingin tengok air..

# Pindah ke kawasan atau tempat yang selamat jika rumah anda dilanda banjir teruk!

# Kalau anda akan mengadakan kenduri di musim-musim ini, semoga majlis itu berjalan lancar. InsyaALLAH benda baik, mesti Allah bantu permudahkannya..

# Bagi anda yang tak boleh keluar rumah, duduk kat rumah & manfaatkan masa yang ada dengan tido, makan, tengok tv, baca buku, tolong mak, gali ubi & sebagainya..

#Musim hujan, makan ubi rebus dan air kopi owhh, sungguh sedap!

# Jaga diri masing-masing..

# Semoga selamat semuanya..

Notakaki :: Harap baba,kakak-kakak, adik dan sedara mara saya dapat pulang ke kampung dengan selamat. Amin..

Monday, November 21, 2011

Tahniah Malaysia =)










Assalamualaikum WBT...






Alhamdulillah!


Tahniah Harimau Muda!
Tahniah Harimau Malaya!
Tahniah Malaysia..!

Tahniah, tahniah, tahniah atas kemenangan pingat emas ke-59!!



Fakta tentang penulis :-

#Gila dengan bola!
#Simpan jadual perlawanan Malaysia & simpan dalam telefon!
#Sanggup tumpang rumah jiran nak tengok bola! maaf rumah sewa xde tv..*tapi pergi rumah jiran tu masa suami dia kerja la*..
#Rela suara serak sebab menjerit saat Malaysia jaringkan gol!
#Menjerit sampai lupa diri & lupa ada kat mana!
#Semua kerja tak kan berjalan dengan lancar bila menghadap bola!
#Memang tak kan sentuh makanan masa nie sebab fokus bola..*tips untuk kuruskan badan*
#Agak susah la nak layan hp..jangan kacau masa orang tengok bola!!
#Ok, perempuan pun minat bola jugak ye..(^__^*)


notakaki :: penulis pun tak pasti ape kaitan 'fakta tentang penulis dengan entry nie', tapi ape pun Tahniah sekali lagi Malaysia, bangga jadi rakyat Malaysia.. i menangis tadi tau sebab terharu dengan kejayaan anda..(^__^*)

Sunday, November 20, 2011

Alhamdulillah =)







Assalamualaikum WBT..



~ Mempunyai sikap terlalu yakin dan nekad bukan bererti degil. Tetapi kadang-kala merupakan suatu jalan untuk terus BERANI melangkah ke hadapan tanpa ada perasaan ragu-ragu. Teruskan melangkah dengan yakin untuk ke hadapan.. (^___^*) ~


Terima kasih mama sebab bagi peluang membawa balik kereta meskipun perjalana yang jauh dari Ipoh ke Terengganu. Terima kasih baba sebab percaya akan anak perempuannya. Tak putus-putus mendoakan semoga perjalanan selamat. Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH kerana selamat tiba di teratak tercinta, syukur kerana dijauhkan dari segala bahaya.. (^_^)



Notakaki :: Perlukan rehat, sakit belakang suda :(((..

Thursday, November 17, 2011

Selamat =)






Assalamualaikum wbt..



Selamat tamat peperiksaan..

Selamat tamatkan segala tekanan pasal peperiksaan..

Selamat kemas beg baju..

Selamat kemas bilik..

Selamat naik bas..

Selamat pulang ke rumah..

Selamat bercuti!!!!!!


Alhamdulillah peperiksaan akhir untuk sem ni da tamat tepat jam 5.00 petang tadi..


Komen :- tak susah dan tak senang. Sedang-sedang saja namun berharap kejayaan dan kecemerlangan akan menjadi milik saya dan rakan-rakan yang lain.. InsyaALLAH.. Aminn..


Memandangkan peperiksaan da tamat maka bermula la cuti semester tapi kali nie balik lambat sikit sebab kena sertai forum yang bakal dijalankan. InsyaALLAH akan cuba kutip segala ilmu yang ada! Oke, semangat nie..!!


Cuti sem nie akan membawa si kembara pulang ke kampung, bakal merentasi perjalanan yang jauh bersama kawan-kawan. Ya ALLAH semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.. Doakan saya selamat sampai ye kawan-kawan.. (^__^*)


Selamat bercuti buat semua, semoga selamat semuanya dan yang penting jaga diri, jaga iman.. InsyaALLAH..(^__^*)

Notakaki :: dapat jemputan ke majlis kahwin.. wuhuu, pakat g bekwoh la kekgi deh..

Monday, November 14, 2011

Mereka Tahu









Assalamualaikum WBT..




Mama tahu yang terbaik untuk anak dia. Marahnya bukan kerana melarang atau membantah, marahnya kerana takut melihat anaknya merana di masa akan datang.


Tenangnya baba bukan bererti tidak mahu mengambil berat namun tenangnya untuk menyakinkan anaknya supaya tetap pendirian.


Namun bila si anak berkeyakinan barulah hati ibu merelakan meskipun tanpa sepenuhnya. Namun si anak tahu, doa ibunya akan mengiringi setiap langkah perjalanan.


Terima kasih mama, terima kasih baba. Sayang kalian. Semoga kalian diberkati ALLAH SWT. Amin..


Notakaki :: semoga segalanya dipermudahkan ALLAH SWT dan semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Friday, November 11, 2011

.11.11.11.






Assalamualaikum WBT..



11.11.11


Hanya sekadar tarikh je..


Tiada apa yang bermakna, mungkin ramai orang impikan tarikh nie untuk melangsungkan perkahwinan mereka atau sesuatu majlis yang bermakna.


Bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini, semoga jodoh anda berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..


Tapi hari ini, hari bertuah buat sepupu saya ‘Kakak Nurul’ atas kelahiran puterinya yang ke-3. Tahniah kakak, semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang solehah dan diberkati ALLAH SWT.. Tiga sudah anaknya dan tiga-tiga adalah perempuan. Yeah boleh masuk geng mama *mak saya*, anak perempuan berderat dulu baru boleh yang lelaki!

Tahniah kakak, Alhamdulillah makin bertambah keturunan ‘Che Do’.. (^__^*)


Notakaki :: Checklist : 17cucu, 3 cicit & 1 on the way. Menunggu kelahiran baby Kak zura & Abg wan pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...