Assalamualaikum WBT..
Hai semua, sebenarnya rindu nak menaip panjang-panjang macam dulu-dulu kat blog nie. Tapi kadang-kadang idea kurang mencapah tu yang letak kata-kata je.
Tapi malam ni, macam ada idea je sikit..
Ok, erm macam mana nak mulakan ye..
Tarbiah dari ALLAH SWT tanpa disedari..
Bismillahirahmanirahhim..
Suatu ketika dahulu, masa pihak IPG suruh pelatih-pelatihnya mula mencari rumah sewa sebab takut tak muat asrama, saya dan kawan-kawan da mula cuak. Ok cuak sebab nak cari kat mana, nanti kenderaan macam mana, kawasan macam mana, jiran-jiran macam mana, rakan serumah macam mana, tuan rumah macam mana! Pendek kata semua tu memang terlintas dalam hati-fikiran-dan perasaan!
Jujurnya rumah yang sedang saya duduki ni dicari oleh sahabat saya Athirah & Kak Ain, terima kasih korang sebab tanpa korang tak duduk la dekat rumah no 18 nie..(^___^).
Kembali pada cerita kita..alhamdulillah sepanjang sebelum duduk kat rumah sewa, semua urusan memang dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Dari cari rumah, jumpa tuan rumah, kemas rumah, cari barang dan sebagainya. Syukur Ya Allah..
Jiran, bab ni bab paling sensitif dalam hidup bermasyarakat! Mama-baba-kawan2-pensyarah dan semua selalu pesan, jaga hubungan dengan jiran! Jangan sombong dengan jiran, kenali jiran kita dan yang paling penting hormat jiran kita. Ok pertama kali saya jumpa jiran sebelah kiri saya, masa saya ke rumah sewa untuk bayar deposit rumah.. Hai, kak ani dan keluarga selamat berkenalan.. kak ani seorang guru, anak-anak dia comel dan suka datang rumah kami.(^___^)
Jiran sebelah kanan saya pula seorang india. Pasangan suami isteri yang sungguh baik. Hai uncle John dan aunty *maaf xtahu nama*..haha.. Haa, uncle John da pencen tau tapi isteri dia seorang nurse di hospital bahagia.
Jap, apa motif nie cerita pasal jiran nie?? Ok motifnya, saya tertarik dengan jiran saya uncle John dan isteri ni. Diaorang baik sangat dan sangat menghormati kami sebagai seorang Islam. Uncle John ada seekor anjing nama ‘nana’. Dia tak pernah lepaskan anjing dia, kalau petang-petang kiteorang lepak depan rumah, uncle dan aunty mesti sertai sekali tapi dia kurung la nana tuuu..!
Satu lagi, uncle dan aunty suka panggil kiteorang adik tau! Rasa muda je kejap.. bahasa dia pun lembut sangat.. ‘adik, uncle nak bagitahu...’! uncle dan aunty memang seorang jiran yang prihatin. Kalau malam-malam dia nampak ada kereta atau motor yang tak dikenali mesti dia tanya, ‘semalam siapa datang rumah adik?’. Lepas tu dia siap pesan lagi, jangan bawak kawan lelaki datang ye, tak elok, adik-adik kan perempuan, lagipun agama adik-adik tak benarkan pergaulan bebas kan. Gluppp tersentak tau bila uncle cakap macam tu. Dia faham cara hidup Islam macam mana dan dia terima semuanya.
Haa, kalau bab2 makanan lak, kalau ada makanan yang dia belikan macam maruku ke, mesti dia akan cari kat tempat bersih dan yang halal tau. Baru dia bagi kat kiteorang jiran-jiran dia. Pernah sekali tu dia pesan, adik suka makan kek sec*** re*** tak? Kitaorang pun tanye la kenapa uncle, dia cakap dia ada kawan keja kat situ. Kawan dia cakap dalam kek tu ada campuran ar*k.. uncle pesan, kalau boleh jangan la makan, uncle pun da tak makan. Adik-adik orang Islam, mesti tak boleh makan yang ada campuran ar*kkan.. glurppp kali kedua! Hye uncle terima kasih sebab ingatkan kami.. lepas pesanan uncle, bila g JJ mesti tak singgah beli kek da. Takut..hehe
Tapi dalam banyak-banyak pesanan yang uncle bagi ada satu pesanan yang memang saya ingat sampai hari ini, saat ini dan tika ini. Uncle dan aunty tahu saya sakit dan aunty tak pernah kedekut dalam kongsi ilmu untuk sembuh. Suatu petang uncle tanya, adik macam mana dengan kesihatan, saya cakap ok uncle, cuma saya masih dalam rawatan. Uncle pun pesan, ubat tu makan, jaga kesihatan, jangan sedih sebab Tuhan tahu adik boleh kuat untuk lawan sakit ni dan yang paling penting adik kena selalu berdoa untuk sembuh! Jangan pernah lupa untuk berdoa, nanti pasti Tuhan akan bagi kesembuhan.
Ya Allah, serius! saya tak pernah terbayang dalam fikiran saya bahawa jiran saya seorang india akan bagi saya semangat sampai macam ni sekali. Dia faham, dia baik dan dia memahami. Syukur Ya Allah sebab Kau kurniakan orang sekeliling yang baik-baik belaka.. Alhamdulillah..
Sekian, nota untuk hati-jiwa dan perasaan. Tanpa kita sedar ramai orang ambil berat pasal kita. Be positif dan kembali senyum.. Jumpa lagi, assalamualaikum.(^__^)
Notakaki :: Bila kita memberi kemarahan kepada orang, orang akan lempar balik kemarahan pada kita TETAPI bila kita sedekahkan kasih sayang dan senyuman, orang akan bagi balik semula dengan kasih sayang yang berlipat kali ganda..(^___^)