Sunday, April 29, 2012

Lepas :(((






Assalamualaikum WBT..


29 April 2012


Saya terlepas panggilan dari ayahanda tercinta yang sedang berada di Tanah Suci Mekah.
Setiap saat saya menunggu panggilan darinya dan hari nie saya terlepas..

oke, kecewa + sedih..
saya rasa saya patut 'tingkatkan' lagi volume telefon saya!

rupanya baba telefon nak bagitahu yang baba nak melawat satu tempat.. *sumber dari mama*


Ya Allah,
Semoga baba diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadat di sana..
Semoga baba dipermudahkan segala urusan..
Semoga rindu ini sampai kepada baba yang di sayangi..
Amin Ya Rabbal Alamin..


Salam-sayang-lagi-rindu..


notakaki :: be more alert (!)

Friday, April 27, 2012

Doa dan Harapan ;)

Bissmillahirahmanirahim..

Ya Allah, jauhkan aku dari sikap berputus asa dan lemah semangat ;
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kegembiraan. semoga dengan kekuatan dan kegembiraan itu mampu aku alirkan kepada mereka yang berada di sekeliling ku..

Amin Ya Rabbal Alamin..


notakaki : dalam-sujud-ku-memohon.

Sunday, April 22, 2012

Kata Semangat








Assalamualaikum WBT..




Pesanan dan amanat yang baba berikan sebelum berpisah :-

Dik, dua doa utama yang baba nak berdoa depan Kaabah nanti ialah 'baba nak berdoa anak-anak baba cepat dapat jodoh dan yang kedua baba nak berdoa semoga anak baba iaitu Mimi cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk menghadapi kesakitan."

tapi dik..

walaupun baba dan mama berdoa untuk kamu, kekuatan tu datang dari diri kamu sendiri. Kamu kena kuat untuk hadapi sakit tu. abaikan apa kata orang sekeliling. banyakkan berdoa, minum air kosong, sentiasa positif, senyum, jangan banyak menangis, dan yang paling penting jangan putus asa.. Kekuatan tu kamu yang kena bina sebab itulah sebenar-benarnya terapi kepada kesembuhan..

bermula saat itu, saya berjanji kepada diri saya untuk kuat dan terus kuat hadapi semuanya ujian yang mendatang. 

Ya Allah Engkau berkatilah kedua ibu bapa ku. kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku kecil. lindungilah baba dan mamaku walau dimana sahaja mereka berada. semoga mereka diberkati ALLAH SWT.. (^_____^*)



notakaki :: motivasi-anak-ayah..:)

Friday, April 6, 2012

Kata 36

Assalamualaikum WBT..



The power being a teacher..



Sejak saya sekolah rendah lagi, bila cikgu tanya ’shamimi, apa cita-cita awak bila besar nanti?’ saya tanpa segan silu lagi malu saya cakap ‘saya nak jadi seorang cikgu’. Yup (!) menjadi cikgu merupakan pilihan pertama saya. Tapi masa kecik-kecik dulu tak tahu pun sangat, sampai da besar sikit terus minat tu makin mendalam. Mungkin terkena badi mama saya yang juga seorang cikgu dan Alhamdulillah rezeki saya untuk berada di bidang ini. Syukur Alhamdulillah Ya Allah..

Saya suka melayan budak-budak (!)

Saya suka mengajar budak-budak (!)

Saya suka tengok wajah comel mereka (!)

Saya suka dengan pilihan saya nie (!)

Fakta : bila saya kena masuk sekolah untuk PBS atau apa-apa sahaja program, saya rasa nak duduk kat sekolah je dan tak mau balik maktab..

T___________T




maaf, gambar jelas menunjukkan saya mudah mengesan kamera yang datang mendekat. (!)

saya suka bila saya dikelilingi oleh murid-murid dan mereka bersungguh-sungguh sehingga mulut mereka ternganga (!)


gambar sekadar hiasan (!)


nak rasa semua nie, jemput lah jadi cikgu (!)
(^____________^*)


semoga berjaya di dunia dan di akhirat.


mula merindui mereka..


notakaki :: Good teacher explain, average teacher teach, the best teacher inspire. InsyaAllah;
via : Prof Dr Muhaya.

Tuesday, April 3, 2012

Kata 35




Assalamualaikum WBT..


Intelligence plus character -- that is the goal of true education.
-Martin Luther King, Jr. -




notakaki :: Teach For The Needs, InsyaAllah. moga dipermudahkan segalanya.. (^__^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...