Saturday, January 31, 2015

Bicara Cikgu Mimi


Assalamualaikum W.B.T

Ape khabar semua, moga kita sentiasa sihat di dalam lindungan Ilahi. 

Tajuk entry blog bakal berubah, sepertimana berubahnya kehidupan aku. 

27 Januari 2015, 

Tarikh keramat bagi aku dab rakan-rakan IPG yang telah tamat belajar dan sedang menunggu tawaran untuk menjadi pendidik bangsa. 

Jam 10 pagi, keputusan penempatan keluar. Dan keputusannya :-


SARAWAK. iyeaaa SARAWAK.

Tak terkata apa, terus telefon mama. Mengucap panjang mama.

Telefon baba, baba cakap tahniah.

Telefon baba 2, sama macam mama mengucap panjang.

Aku, diam membisu bersama linangan air mata.

Mencari-cari siapa yang seangkatan denganku.

Akhirnya aku jumpa, mereka sahabat karib (Mira dan Megat serta beberapa orang kawan aku)

******************

Tarikh lapor diri 28/29 Januari dan penerbangan ke Sarawak 29/30 Januari.

Masa yang singkat untuk menyiapkan segalanya.

Allah. Tuhan Maha Adil. Dia berikan apa yang terbaik buat aku.

Maka redha lah aku dengannya.

**************

Oleh itu,

blog ini bakal menjadi tempat aku berkongsi pengalaman, kegembiraan dan perjalanan aku sepanjang menjadi Guru.

Maka,

Dengarlah 'Bicara Cikgu Mimi'.

InsyaAllah jumpa di entry seterusnya.

***************

Buat baba dan baba. Buat mama dan mama.

Ketahuilah, anakanda mu ini sudah redha dan tenang dengan aturan ini.

Sepertimana aku redha, seperti itulah aku inginkan kalian tenang nun jauh di sana.

Doakan anakanda kalian yang berada di sini. Semoga kami menjadi pendidik yang ikhlas.

Jaga diri.

Meskipun kita jauh ; namun kita tetap dekat dalam tiap hembusan doa.

Moga kalian di lindungi Ilahi.

😘


Baba dan baba. 
Mama dan mama. 
Rindu kalian. 

Perjalanan baru bermula. 

Monday, January 19, 2015

Kata 86

Assalamualaikum

Hai semua!
Hai semua!!
Hai semuaaaaaaa!!! *nada excited*

Ya Allah, lama sungguh tak menconteng di sini. Rindu. Rindu nak tulis apa yang ada dalam fikiran.

Ampunkan tuan hamba kerana kekangan masa untuk membuka laptop dan menulis sesuatu.

Eleh, padahal handphone ada. Ape gune telefon canggih ko tu. *monolog hati.

Oiii telefon gua, tak boleh install ‘blog’ laaaa! Stress ko tahu tak.

Ok. Lupekan. Mari menulis. Mari bercerita.

***********************

Seperti yang sedia maklum, Alhamdulillah tamat sudah pengajian saya selama 5 tahun 6 bulan di IPG.

Sekarang duk rumah, tanam anggur. Hari-hari siram air semoga anggur tu cepat berbuah. HAHA


Untuk entry pertama 2015, izinkan saya mengimbas kembali kenangan-kenangan lalu. Semestinya kenangan di Ipoh.


5 tahun di Ipoh. Macam-macam yang terjadi. Jatuh-bangun-tergolek-terguling-tersakiti-disakiti-gelepa macam ayam kena sembelih *baba baca, comfirm baba gelak!-dan banyak lagi. Semua kat Ipoh. Kalian yang sering ada di tiap saat jatuh bangun. Moga jodoh kita panjang. ;)

***********







notakaki : I'm back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...