Saturday, July 31, 2010

..:: Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Post kali nie, hanya sekadar renungan bersama...^_^

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)



Wednesday, July 28, 2010

..:: Sudah Tiba Masanya ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Emm, sudah tiba masanya...
Setelah 1 bulan belajar..
Pensyarah masuk ke kelas sambil membawa soalan asgment..
Hohoho, asgment da dapat..
2 sekali gus & masa hantar pun hampir sama...

Minggu nie memang minggu asgment..
Maktab lain pun da dapat..
Nie baru 2, yang lain belum lagi..
Esok, lusa gerenti dapat..

Nie baru asgment, lau Kajian Luar..
Emm, macam mane ye..
Minggu depan ke Kuala Kangsar..
Kena buat kajian luar..
Tugasan pensyarah pun makin banyak..

Maka, bermula lah acara x tdo malam..
Bahan da kena start cari..
Jangan tangguh2 lagi ye..
Nanti susah nak buat..

Tolong, tolong, tolong...
X sanggup nak tengok asgment 2..
Tapi nak buat macam mane..
Da adat belajar..
Benda 2 yang membantu kita, hihi..
So, buat je..
Jangan banyak cakap..^_^


gune saya untuk cari MAKLUMAT..^_^

Tuesday, July 27, 2010

..:: VVIP ::..

Assalamualaikum W.B.T....

Hai, saya menulis lagi, hehe... Hari nie nak tulis pasal 'VVIP', haa ape 2 vvip. vvip 2 ialah 'Very Very Important Persons'.. Ok, untuk pengetahuan semua, ari nie cukup 1 bulan saya berpisah dengan VVIP saya & saya rindu mereka... Nak tahu sape VVIP dalam hidup saya, aaa mestilah KELUARGA saya. Maaf, saya nak tulis jugak, saya rindu mereka semua, saya x pernah berpisah dengan VVIP pertama saya.. Hehe...


VVIP hidup saya..

Maaf la, dalam gambar nie baju semua sama & saya akan ceritakan pasal mereka satu persatu ye..

VVIP 1 ---> yang duduk di atas kerusi memakai baju lain dari yang lain.. VVIP itu ialah 'mama' saya. Insan yang melahirkan & membesarkan saya. Perkara yang membuatkan saya teringat pada mama saya ialah kalau saya balik bercuti, saya list ape saya nak & x lame lepas 2 saya dapat ape yang saya nak. Mama juga orang yang sama2 melompat & menangis bersama saya bila saya dapat masuk ke IPG & banyak lagi...LUV U MAMA..^_^

VVIP 2 ---> yang duduk di tepi VVIP 1.. Merupakan 'baba' saya. Insan yang sering mententeramkan hati saya & membantu saya bila saya dalam kesusahan. Perkara yang membuatkan saya teringat pada baba saya ialah baba sering mengusap kepala saya & mencium dahi saya kalu dia nak g jauh... Baba akan tolong saya cari buku & bagi duit kat saya walaupun dia kena tanggung yang lain & banyak lagi..SAYA SAYANG BABA SAYA..^_^

VVIP 3 ---> yang berdiri di tepi baba saya. VVIP 3 nie merupakan 'kakak sulung' saya. Insan yang sering menyelamatkan saya kalau ada orang kacau saya.. Haha, betul ke.. betul la.. Perkara yang membuatkan saya teringat pada kakak saya ialah lau time dapat gaji mesti dia akan belanja & lau nak ape2, gtau je nanti mesti dapat. Lau dia balik kampung, dia suke blanje makan & bagi duit.. Hehe, time kasih kakak!! SAYANG KAKAK ^_^

VVIP 4 ---> yang duduk di hadapan mama saya. VVIP nie merupakan kakak kedua saya iaitu 'kak ma'. Insan yang sering menjadi tempat luahan perasaan saya & tempat saya berkongsi segala2nya. Perkara yang membuatkan saya teringat pada Kak Ma ialah dia sering 'msg, tel & 3G' bersama saya.. Dia selalu msg tnye kaba saya & org yang ambil berat pada saya, x berkira lau ada duit & mesti dia akan share..hehe..Thanks kak ma!! LUV U..^_^

VVIP 5 ---> yang berdiri di tepi mama saya. VVIP 5 nie merupakan adik saya yang pertama iaitu 'aina' & turut dikenali sebagai kembar saya..Hehe.. Insan yang menjadi tempat saya cerita segala masalah saya & orang yang berjaya buat saya gembira. Perkara yang membuatkan saya teringat pada aina ialah time balik cuti, lau sampai rumah, saya akan terus bercerita dengan dia & dia selalu tel saya tanye bila saya nak cuti. Lau saya ada masalah kewangan dialah orang pertama yang membantu saya.. Thanks sis, LUV U..^_^

VVIP 6 ---> yang duduk ditengah2 tu.. Merupakan adik bongsu saya 'azzim'.. Insan yang selalu teman saya lau saya nak ke mana2 & selalu share makanan dengan saya. Perkara yang membuatkan saya teringat pada dia ialah, lau saya on9 FB mesti dia chat ngan saya & dia selalu tel tnye bila saya nak balik. Lau saya bercuti dia akan susun jadual kereta & mintak saya hantar dia ke mana2..Huhu, i miss my bro..^_^

Jappp, rase macam x cukup je lagi nie.. Sape lagi ye... Haaa, saya da ingat...



Tarangggg.... Nie VVIP yang no 7.. Hehe, VVIP nie merupakan nenek saya.. Insan yang mengajar saya mengenai dunia perniagaan & insan yang mengajar saya mengenai bahasa Terengganu.. Hehe.. Perkara yang sering meingatkan saya padanya ialah, lau saya tel mesti dia tnye 'mimi sihat x, bila nak balik'... Lau saya balik dia mesti tido umah saya, sebab saya akan anta dia balik umah, lau saya balik mesti dia ajak saya ke klinik untuk teman dia, lau saya balik mesti banyak cerita yang dia bgtau saya. Tapi bila saya nak g blaja balik, dia akan pegang tangan saya erat2 & peluk saya erat2 & dia tnye 'nanti bila pulak nak balik'.. Bila saya jawab soalan dia, dia akan termenung & menangis.. Uhhh, i miss my nenda...:(

p/s :: saya rindu sangat kat mereka...rindu yang teramat rindu, lau saya tel mama saya mesti saya cepat menangis..huhu... Kawan2 yang berada di sekeliling saya juga VVIP saya jugak.. hehe, saya sayang anda semua...THANKSS to all of u...

..:: Akhirnya ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Ape kaba semua, fuhh da lame agaknya x menulis sesuatu di sini. Kesibukan yang melanda diriku telah membantutkan waktu untuk aku menulis di ruangan ini, namun 'akhirnya' sempat jugak aku curi masa untuk menulis. Alhamdulillah beberapa tugas yang telah diamanahkan kepada aku telah berjaya di siapkan, so lepas nie mungkin ada masa untuk berkarya lagi...hoho 'kelakar pulak ayatnye'...

Emm, lama sangat x menulis, sampai akau sendiri xtahu nak tulis pe, tapi dalam kepala nie banyak je bendanye.. Ok, mula dengan hujung minggu yang lalu, hujung minggu yang paling sibuk buat aku.. Haa, bermula ari sabtu pagi 2 aku n kawan aku g tempah tshirt untuk kelas, balik tengah hari. Petang lak, kuar g Giant nak beli barang n balik malam. Malam lepas magrib sampai tengah malam aku berada di dapur surau, menyediakan ising kek.. Haa, aising kek untuk ape.. Untuk pertandingan menghias kek.. program nie under Lujnah Makanan so segala persiapan perlulah dibuat n alhamdulillah sebab kami dibantu oleh lujnah2 yang lain n penyertaan juga amat memberangsangkan.. ramai gak masuk sampai ada junior 2 last minit baru masuk.. Terima Kasih semua sebab banyak membantu...hehe

Gambar yang nak ditunjukkan terlalu banyak so korang tengok kat sini je la..(klik sini)

p/s :: time kasih buat semua yang banyak membantu saya & kawan2 yang lain.. Lain kali sambung tulis lagi, saya mahu ke kelas...^_^

Wednesday, July 21, 2010

..:: Hidup Seorang Pelajar ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Di kala setiap insan sedang menikmati mimpi yang indah dan diselimuti dengan selimut yang tebal *sebab hujan lebat*, aku masih berada di meja kecil dan berhadapan dengan laptop kesayanganku untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu dibereskan. Aku berhenti seketika dari terus menyiapkan kerja itu kerana hati ku tergerak untuk menulis di sini.

Hidup seorang pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah sebab banyak perkara yang perlu kita pelajari untuk menempuh hidup yang akan datang. Ditambah pula dengan jawatanku selaku seorang setiausaha dalam Lujnah Makanan menyebabkan pelbagai tugas yang perlu dilakukan. Namun apa yang penting ialah NIAT... niat untuk bekerja, belajar kerana ALLAH S.W.T pasti akan dimudahkan ALLAH atas setiap urusan. Tambahan pula Lujnah kami akan mengadakan 1 pertandingan 'Menghias Kek' tak lama lagi dan banyak perkara yang perlu disiapkan.

Fuuhh, memang penat apatah lagi ditambah dengan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun selalulah berfikiran positif sebab itu tugas yang diamanahkan kepada aku & banyak ilmu yang aku peroleh semasa menyiapakn tugasan tersebut. Jam 10.30 malam aku telah menerima kunjungan naib ketua aku & beliau telah menyenaraikan tugas-tugas yang perlu aku bereskan....:

*menyiapakn syarat-syarat pertandingan - SIAP
*menyiapkan borang-borang hakim - 80% SIAP
*menyiapakn surat sumbangan - (AMT)
*menyiapkan surat jemputan - (Ekin)
*jumpa dengan ahli lujnah tarbiah
*maklum pada semua mengenai mesyuarat
*dll....

Tepat jam 12.00 tengah malam aku & ekin bergerak ke bilik senior 'kak nora, kak ima, kak laila & kak didi' untuk menuntut ilmu..

Penat...penat..penat.. tapi dalam aku merasa penat, kegembiraan tetap hadir kerana menjadi 1 kegembiraan apabila kerja yang diamanahkan kepada kita dapat disiapkan & aku juga turut dibantu oleh MEREKA2 yang sungguh baik hati & pemurah.. Alhamdulillah..^_^

p/s :: terima kasih buat semua yang membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung. diharap agar program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan di Redhai ALLAH S.W.T..AMIN..^_^


~sambung buat kerja balik...hihi..~

SEBELUM.....!!!



SELEPAS...^_^

Tuesday, July 20, 2010

..:: Remaja & Dunia Percintaan ::..

Assalamualaikum W.B.T..

Hari nie hujan turun dengan lebatnya, sehingga membawa pergi mood untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu di bereskan. Hehe, sebentar tadi fb telah di onkan & satu note mengenai 'Remaja & Dunia Percintaan' telah ditag oleh seorang hamba Allah kepada aku. Haaa, nak tahu kisahnya jom hayati bersama..

****************************************


" Kenapa ni? Monyok je ni? Sakit ke? " Nurul yang baru balik daripada 'tutorial' bertanya kepada teman sebiliknya.

" Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku. " Soal Ain sambil menangis teresak-esak.

" Kenapa? " Nurul bertanya kembali, agak cemas dengan Ain yang semakin kuat esaknya.

" Kami...kami....dah putus. " raung Ain.

Cinta adalah salah satu kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa ialah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda sekiranya baginda menginginkan Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, Rasulullah menyatakan bahawa mereka belum mengetahui kebenaran malah baginda turut mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang amat mendalam kepada Rasulullah s.a.w sehingga para sahabat sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Di dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah pula menyebabkannya sanggup berkorban demi kebahagiaan ahli keluarganya. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar jelas dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ;

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Namun kini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, kemungkinan besar terjadilah perkara yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum yang telah Allah tetapkan. Di alam menuju kedewasaan meminati dalam kalangan insan yang berlawanan jenis adalah satu lumrah.


Kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah ketampanan Nabi Yusuf sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kepadanya. Nabi Yusuf disumbatkan ke dalam penjara setelah Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu perkara yang patut dilaksanakannya setelah peristiwa Zulaikha mencuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya sehingga terkoyak.

Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf sehingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.

Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.

" Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta redha Islam sebagai agama kamu". (Surah al-Maidah:3)

Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi. Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya.

Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang sewaktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa daripada mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran. Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan nafsu semata-mata.

Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu adanya bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri apabila cinta yang diharapkan tidak kesampaian.

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "
" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

p/s :: post ini hanya sebagai sebuah cerita yang ingin dikongsi bersama... Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah pergi..^_^


Sunday, July 18, 2010

..:: Kepenatan ::..



Assalamualaikum W.B.T...

Ape kaba semua.. fuhh, ari nie merupakan hari yang betul2 memenatkan.. hari nie aku & kawan2 g 'Yik Foong' sebab nak pasang anti virus yang baru & baiki printer aku yang rosak.. Kuar jam 11.00pagi, makan2 dulu & baru ke sana. Alhamdulillah jam 12.30 aku sampai kat sana & terus menuju ke kedai yang selalu kami pergi. Fuhh, hujung minggu memang penuh dengan orang.

Lepas kasi laptop & printer kat tauke 2 & bincang sal harga terus kami caww, yela xkan nak tunggu, lame woo... First skali g surau nak solat zohor & memandangkan kat yik foong 2 xada surau so terpaksa lah kami solat kat pasar & alhamdulillah kat situ ada surau.. Lepas menunaikan solat kami ke 'The Store' pulak sebab kawan2 aku nak shoping baju.. Haaa, aku ingat aku ikut je, tgk2 aku pun beli gak.. Tapi 1 je tau..hehe...

Jalan2 kat the store hmpir 2 jam kiteorang pun balik ke yik foong semula.. Amik laptop & printer terus balik...Haa, penat tapi best..Thanks 2 all my prenz...

..:: Hati & Perasaan ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Hanya sebuah kisah untuk tatapan semua.. Hayati maksud kisah ini...^_^


************************************

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kemudian jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu, tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......


tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
wallahualam..^_^

Saturday, July 17, 2010

..:: YA ALLAH ::..

Assalamualaikum W.B.T....

Pada post kali nie aku ingin berkongsi sesuatu yang aku dapat melalui pembacaan buku 'La Tahzan'...

********************************

YA ALLAH

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman, ayat 29:

Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu ia berada dalam aktivitiNya.

Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak "Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya dan para khalifah merasa kebingungan menentukan arah perjalanan, mereka akan berseru "Ya Allah!"

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut "Ya Allah!"

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru "Ya Allah!"

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru "Ya Allah!"

**********************************

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.

Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu ; bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.


Wednesday, July 14, 2010

..:: La Tahzan -----> Jangan Bersedih ::..




Assalamualaikum W.B.T...


Jangan bersedih..
Sekiranya anda hidup miskin,
Masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang..
Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan,
Sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung.
Jangan bersedih kerana suatu penyakit,
Betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.
Jangan bersedih kerana anda kehilangan anak,
Sebab masih ada orang lain yang kehilangan beberapa orang anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus..

Jangan bersedih..
Kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha' serta qadar yang baik dan yang buruk !!
Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha' dan qadar.

Jangan bersedih..
Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat..
Sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya..
Dan sekiranya anda telah melakukan kesilapan, perbaikilah kesilapan itu.
Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu amat luas, pintu rahmatNya sentiasa terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih..
Kerana anda sendiri yang menggerakkan saraf anda..
Mengubah keadaan anda..
Meletihkan hati anda..
Mengganggu tidur anda..
Dan membangunkan malam-malam anda..

Jangan Bersedih Wahai Saudara-Saudaraku...^_^

Tuesday, July 13, 2010

..:: Bermacam-macam Rasa..::



Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah aku di beri peluang untuk menulis lagi..
Hari nie bermacam-macam rasa yang aku rasakan..
Ada yang hepi, ada yang sedih..
Aku rasa hidup aku kosong sangat ari nie, x tahu la nape..

Rasa Hepi
|
|
|
@


Aku dapat coklat dari lecture kesayangan aku 'Cik Yati', thanks 4 da coklat.. Katanya coklat 2 untuk aku berbuka...^_^
Cik Yati juga memberi aku pokok kecil & meminta aku menjaganya elok2..
Alhamdulillah aku dapat menjalani puasa dengan baik pada hari nie..

Rasa Kurang Hepi
|
|

|
@

Aku rasa kosong...
Aku rasa lonely..
I miss my FAMILY...
I miss my best friends..
I miss 2 cry..
Aku pun x tahu ape aku rase sekarang..hehe

Rasa X suke @ Takut ---> 2, 3 ari nie tangan kanan aku x boleh bergerak secara aktif.. Aku xleh nak letak tangan aku dalam masa yang lama sebab aku rasa tangan aku terketar2.. Aku pun xtahu nape & aku harap benda nie x lama.. 2, 3 arini jugak kepala aku semakin cepat berpusing2, petanda bahawa 'migrain' akan muncul x lame lagi...Huhhh, aku x suke macam nie...

p/s :: thanks 2 Cik Yati 4 pokok n coklat, InsyaALLAH i'll take care 'pokok' 2 sebaik mungkin..^_^

..:: Genap 1 Tahun ::..




Assalamualaikum W.B.T..

HAri nie genap 1 tahun aku & budak2 kelas aku 'UNIT J2' berada di IPG IPOH.
Kami masuk mendaftar pada 13 Julai 2009..
Dan telah sah menjadi anak kepada Pn Norainah Bt Mohd Saleh (Tutor)..
Ari nie da 13 Julai 2010..
1 tahun kami di sini..
Selamat menyambut ulang thun yg PERTAMA..

Banyak kisah suka & duka yang telah kami lalui..
Bermula dgn zaman pemerintahan Asyaraf (KU) & Aku (PKU) masa sem 1..
Di ikuti dengan pemerintahan Syafiq (KU) & Basirah (PKU) masa sem 2..
Dan mengikuti pemerintahan Fizi (KU) & Eqa(PKU) sem 3 @ sekarang..


pic sem 1 ---> jamuan akhir tahun..

Semakin lame, pemikiran semakin matang..
Semakin lama semua boleh bertolak ansur..
Semakin lama semua semakin bergaya..
Semakin lama, semakin banyak ilmu yang diperolehi..
Dan....semakin lama, hubungan kami kian rapat..


sem 2 ---> umah Hj Razali..


Taniah kepada UNIT J2 kerana telah berjaya mengharungi 1 tahun selama kita bersama.
Semoga kita akan terus maju..
Semoga semakin banyak ilmu akan di kutip..
Semoga kita akan terus bergembira..
Kerana 4 Tahun lagi kita berada di sini..
Susah senang akan di rasa bersama..^_^

Monday, July 12, 2010

..:: Syaaban sudah datang ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Bertemu lagi di ruangan post nie. Alhamdulillah pada petang tadi aku berkesempatan untuk menghubungi ibu tersayang yang berada nun jauh di sana. Pabila mendengar suaranya terasa semua masalah terbang jauh dari diri aku nie. Pesan mama juga esok merupakan 1 Syaaban.. Ye, Syaaban sudah tiba & meninggalkan bulan Rejab.. Pesan mama lagi, puasa la esok sebab banyak pahalanya. Alhamdulillah sebentar tadi juga aku mendapat mesej dari 'peace4islam' mengenai ' Selamat Memuliakan Bulan Syaaban' & aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai bulan Syaaban nie..

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw..Sabda Baginda saw ".Dinamakan dengan Syaaban(berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat Banyak Kebajikan yang berserak-serak...

-Setiap amalan kebajikan akan digandakn oleh Allah swt dengan 700 kali ganda.

-Allah swt akan menurunkan Rahmat-Nya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya...

-kelebihan Malam Nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan Solat Sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa ,berzikir , berselawat,bertasbih , membaca Al-Quran dan sebagainya...

-maka Allah swt akan membukakan untuknya 300 pintu Rahmat disamping doanya tidak akan ditolak..

-Orang-orang yang tidak akan diampunkan Allah swt pada malam Nisfu Syaaban ialah:

-mereka yg menyekutukan Allah dengan sesuatu
-Tukang sihir
-Tukang nujum
-mereka yang suka bermusuh
-peminum arak
-pemakan riba
-derhaka terhadap ibu bapa
-pembuat fitnah
-mereka yang memutuskan silaturrahim

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal,pertengahan ,dan diakhirnya maka Allah swt akan menuliskan baginya pahala 70 orang Nabi ,pahala beribadat selama 70 tahun...

p/s ::selamat beramal....hidup mu,hanya malam ini dan esok...selebihnya dlm pengetahuan Tuhan..
usah bazirkan usia kita dengan perbuatan yang sia-sia...sesungguhnya kita telah berdosa dengan masa dan Allah swt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...