Monday, July 12, 2010

..:: Di Sebalik Semua Itu ::..





Assalamualaikum W.B.T...

Apa kaba semua. diharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat. Post aku yang terdahulu berkisarkan mengenai konflik. Post aku pada kali ini pula adalah mengenai 'di sebalik semua itu'. Alhamdulillah selepas semua terjadi pelbagai perkara & pengajaran yang aku perolehi antaranya ialah untuk terus bersabar, mengalah, mengadu masalah kita pada Pencipta kita, sentiasa tenang & berfikiran positif.

Apabila diri kita berada dalam keadaan marah, syaitan amat mudah untuk membisikkan kata2 berbau hasutan supaya kita membenci orang yang bergaduh dengan kita. Namun, jika kita bergaduh dengan seseorang, cuba lihat & ingat kembali sikap baik yang pernah mereka lakukan dan pasti kebencian kita akan berkurangan. Berpegang lah pada kata2 'apabila anda melihat seseorang, lihatlah sikap positif yang ada pada mereka dan nescaya akan berkuranglah perasaan benci dan iri hati anda pada mereka'.

Selain itu juga, apabila aku berada dalam situasi di benci oleh seseorang, hati & perasaan aku amat lemah sekali. Nasihat & kata2 semangat dari sahabat2 yang lain aku rasakan kurang berkesan pada aku kerana aku dapat rasakan kekuatan itu muncul apabila aku mengadu pada Tuhan yang mencipta aku. ALLAH S.W.T. yang mencipta hambaNya dan Dia mengetahui apa kelebihan & kekurangan yang ada pada hambaNya. Satu analogi yang pernah di kongsi oleh senior aku ialah 'jika kita mencipta sebuah peti sejuk & peti sejuk itu rosak, kita pasti tahu bagaiman untuk membaikinya kerana kita tahu di mana kelemahan @ kelebihan peti sejuk itu. Begitu juga bila kita dilanda masalah, mengadu lah pada Tuhan Yang Maha Mencipta kerana Dia akan sentiasa Mendengar segala permasalahan kita & akan membantu kita.

Di sebalik semua itu, aku merasakan aku semakin matang untuk menghadapi sesuatu masalah & aku dapat bermuhasabah diri dari apa yang berlaku. Jangan mudah letakkan kesalahan pada orang lain, kerana kita sendiri tidak tahu ape salah kita & ringankan mulut untuk memberi kata maaf walaupun mungkin bukan salah kita, buanglah perasaan ego supaya hubungan yang di cipta akan berkekalan.

p/s :: Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH kerana memilih aku untuk menerima ujian ini dan terima kasih buat semua sahabat yang sentiasa di sisi aku ketika aku dalam suka mahupun duka.


4 comments:

Anonymous said...

sabar deh mimi..
ucu pom ada masalah..
masalah yang akan hilang bila ucu kuar dari mktab ni..
ase nak pindah mktab je..
huk3..kalo xleh
ucu akan cuba IGNORE..:(
huk3..

Nur Shamimi Jamudin said...

thanks ucu....
ucu pun bykkn bersabar ye...
ignore je, lau fikir sakit hati je...so kita hepi2 je, jgn sbb masalah 2 kita jd tension2...hehe..

Nur Shamimi Jamudin said...

thanks ucu....
ucu pun bykkn bersabar ye...
ignore je, lau fikir sakit hati je...so kita hepi2 je, jgn sbb masalah 2 kita jd tension2...hehe..

Anonymous said...

btoi~huhuu
:( sekarang da ok dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...