Assalamualaikum WBT..
Hari terakhir untuk tahun 2011..
Hari-hari yang dilalui sebagai :-
Hamba Allah :
#Syukur Alhamdulillah meskipun diuji dengan kesihatan namun nikmat sihat untuk menjalankan ibadat masih diberikan Allah. Syukur Alhamdulillah..
#Ya Allah, kadang-kadang lupa diri. Bila hati terusik dengan ujian, manusia yang mulanya dicari lantas melupakan Mu Ya Allah. Alhamdulillah mujur diingatkan oleh seorang sahabat ‘bila berada dalam masalah mulanya, solatlah untuk minta petunjuk dan berdoa Ya Allah andai kebaikan untukku maka permudahkan lah dan tenangkanlah hatiku.’ InsyaAllah akan dipegang kata-kata ini.
#Ya kadang-kadang lupa diri. Bila sibuk dan leka dengan urusan dunia kadang-kadang perkara yang patut dikejar buat sekadar keperluan. Bila datang kesusahan baru cari Allah. Ya Allah, kejamnya hambamu ini..
#Nikmat yang dikurniakan kadang kala disalahgunakan. Nikmat masa, kadang-kadang terbuang begitu sahaja, nikmat kesihatan, nikmat ketenangan.. Aku Hamba yang lemah lagi hina.
#Iman kadang kala turun naik.
#Semoga akan terus istiqamah!
Anak kepada 2 orang insan mulia, adik kepada 2 orang kakak dan kakak kepada 2 orang adik :
#Syukur Alhamdulillah dikurniakan keluarga ini. Mereka baik, memahami dan menyayangi. Sayang mereka kerana Allah SWT..
#Bila berada di tempat belajar, terlalu fokus pada pelajaran sehingga terlupa menghubungi mereka, padahal doa mereka yang mengiringi kejayaan saya.
#Baba sering mengalirkan semangat, mama sering memberi kekuatan, kakak-kakak sering memberi tunjuk ajar, adik-adik sering menjadikan contoh. Semoga mereka semua diberkati Allah swt.
#Kata-kata semangat sering diperoleh dari mereka tatkala hati diusik dengan ujian. Mereka hebat.
#Seringkali terkasar bahasa dengan adik beradik. Menegur mereka mungkin dengan cara yang tidak disenangi, namun ketahuilah semua itu kerana sayang.
#Alhamdulillah diberi ruang dan peluang untuk menjaga nenek yang tersayang. Nenek yang pernah menjaga dan mendidik saya suatu ketika dahulu. Banyak perkara yang dipelajar. Teringat kata-kata doktor, bukan mudah untuk mendapat pahala jaga orang sakit. Ya Allah sembuhkanlah nenek ku. Aminn..
Pelajar, sahabat dan kawan :
#Syukur berjaya mengharungi tahun pertama ijazah. Banyak peristiwa pahit-manis-kelat-masam dan semuanya.
#Syukur Alhamdulillah dipertemu dengan rakan-rakan yang memahami. Membantu tatkala susah, memberi jawapan tatkala buntu.
#Syukur dapat menimba ilmu Allah SWT..
#Duduk di rumah sewa. Belajar duduk serumah. Menahan pelbagai rasa, belajar lebih bertanggungjawab, bersabar dan Alhamdulillah teman serumah semuanya baik-baik belaka..
#Maaf sahabat andai ada yang berkecil hati dengan perangai saya.
#Syukur Alhamdulillah diberi keputusan yang mengembirakan. Alhamdulillah mampu untuk menjadi contoh kepada adik-adik dan membuatkan baba dan mama bangga.
#InsyaAllah akan terus kekalkan prestasi dan akan cuba berhenti buat kerja di akhir waktu, InsyaAllah!
#InsyaAllah akan lebih rajin berjumpa pensyarah dan lebih rajin buat kerja.. dulu2 suka buat satu draf kerja kursus je, buat sampai puas hati, hantar kat pensyarah dia cakap ok baiki sikit dan hantar.. adoiii, kawan2 yang lain berdraf2 kerja kursus dihantar.. mereka hebat!
Saudara se islam :
#Kadang kala lupa untuk saling memperingati..
#Kadang kala lupa untuk sebarkan senyuman dan salam..
#Kadang kala lupa untuk mendoakan..
#Kadang kala leka dijalan sendiri..
#Untuk kalian yang sering mendoakan semoga anda diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah kalian berada dalam doa ku.
Banyak benda yang berlaku dalam tempoh setahun. Kadang kala bila berada dalam masalah, kita sering merungut dan mengeluh tentang cara untuk selesaikannya dan tanpa kita sedar sebenarnya sudah melalui masalah itu dan menyelesaikannya. Allah itu Maha Berkuasa, Dia berikan kita jawapan dan kekuatan untuk selesaikan semuanya. Meskipun bukan secara langsung namun kadang kala Dia hantar seseorang sebagai pembantu penyelesaian masalah kita. Semuanya dari ALLAH SWT..
Bila mendapat nikmat, kadang kala hati mula terleka. Bila ditarik balik lantas menangisi mohon diberi semula. Oleh itu, tatkala apa sahaja nikmat yang diperoleh gunalah sebaik mungkin dan yang paling utama ucaplah Alhamdulillah, Syukur kepada Allah.
Semoga hari terakhir di tahun ini bakal menjadi hari terakhir untuk sikap dan sifat yang kurang sempurna. Semua manusia tidak akan mencapai tahap kesempurnaan kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT, namun kita boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. InsyaALLAH.
Harapan untuk hati dan diri yang lemah ini adalah semoga dapat mengubah kepada yang lebih baik dan lebih istiqamah dalam segala hal. InsyaAllah. Doakan untuk saya ye.. (^___^)
Notakaki :: Titik tolak melalukan perubahan adalah kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.