Assalamualaikum WBT..
# Salam Kuntum Jumaat semua.. (^__^)
:- Bahagia itu datang dari hati yang tenang. -:
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)
Hati yang tenang akan bersyukur apabila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela memberi maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.
notakaki :: Salam Jumaat, penghulu hari. Jumaat terakhir di tahun 2011. Moga bertemu lagi di jumaat akan datang. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment