Friday, February 25, 2011

CUTI-CUTI CINTA (^____^*)

Assalamualaikum WBT….

Holaaa ape khabar semua..?? Harap korang semua dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat dan jagaan Ilahi..

Uiiitt, lame rasenya x menconteng sesuatu di sini..

Maaflah penulis bercuti-cuti cinta di Pulauko selama 4 hari 3 malam..

Penulis bercuti-cuti cinta bukan untuk bersuka ria ye, tapi atas menamatkan siri BIG yang wajib diambil oleh setiap pelajar…

Letih, memang letih.. biasala kan adat berkhemah.. mesti kita akan rasa letih..

Nasib baik Pulauko hanya 2 minit perjalanan dari kediaman saya, lau x mesti letih naik bas.. kui,kui,kui,kui….(^_____^)

Percutian bersama mereka ::




Haaa, ari Selasa aritu program nie bermula & tamat pada jam 12 tengah hari tadi..

Selama 4 hari program ini berlansung, banyak pelajaran yang saya dapat..

Sifat kerjasama antara kami ahli kelas, sifat toleransi, kasih sayang & sebagainya membantu merapatkan hubungan kami semua. ..

Macam best la pulak g BIG nie..tido dalam khemah besar, masak ramai2, makan 6 kali sehari, aktiviti yang menarik, lecture yang spoting & banyak lagi la..

Walaupun buat di kawasan IPG IPOH je tapi banyak hikmahnya.. Yela walaupun ura-ura pernah mengatakan suatu ketika dahulu BIG bakal di buat di Pulau Pangkor tapi atas sebab2 tertentu terpaksa di buat di PULAKO.. yela mana tak nye, kalau x buat di Pulako mesti saya x dapat pengalaman mandi di kolam renang, tido dekat padang IPG yang luas, solat di kawasan yang menjadi tempat permainan ping pong, masak makanan yang sedap2 & sebagainya..

Alhamdulillah, walaupun dekat tapi seronok & mencabar.. *psssttt, muka x terbakar teruk macam di Pulau Pangkor aritu..*

Aktiviti yang dirancang pun teramat la seronok, buless mengembara di hutan belakang nie, boleh berenang di kolam renang, masak untuk kenduri kahwin, makan makanan western & banyak lagi la..

Okeh, penulis da kekeringan idea..gambar sebagai jalan ceritanya..(^____^)













notakaki :: bercuti selama 4 hari 3 malam, hp tinggal di asrama.. balik dari bercuti dapat mesej dari adik yang bongsu, katanya 'mie bukak la no line tu, mama nak cakap.. mama rindu..kesian mama'...owh mama, mimi rindu mama jugak..(^____^*)

Sunday, February 20, 2011

Aku & Mama

Assalamualaikum WBT..

Mama…

Tersentuh hatiku tatkala mendengar suara lemah si ibu menjawab panggilan anaknya…

Err, ayat pertama pun da terlalu puitis.. sori2x..

Mood mamai-mamai lagi *entry ditulis selepas bangun tido*..

Halooo, ape khabar semua, sihat x??

Lama x menconteng sesuatu kat sini..

Conteng dalam laptop da ada, tapi nak masuk ke ruangan nie amatlah susah.. Line broadband tibe2 macam xbrape betul, mencuba beberapa kali baru berjaya… Alhamdulillah..(^____^)

Minggu nie mood diri nie asyik lemah je.. macam-macam berita yang sampai ke telinga nie sampaikan xlarat nak tapis & akhirnya semua masuk ke hati dan melemahkan diri nie.. Mimi bangunnnn, mimi kena kuat…!!!!!

Minggu nie jugak jadual terlalu-lalu padat, hampir setiap malam xnampak bayang kat bilik..

Ada je menumpang bilik orang untuk wat keja, tengah malam baru balik mencari katil.. mimi oohhh mimi, fikir la kat diri tu sikit..

Saya terpaksa atau saya memaksa diri saya… errrmmm

Ok, berbalik pada anda semua pulak, macam mane keadaan korang??

Kuliah ok x? Asigment da buat ke belum?? Hah, ada yang da siap.. waa bagus kalau sape yang da siap tu, bak sini nak tiru pinjam..huhu

Ape pun perjalanan hari kuliah kalian, harap2 semuanya berjalan lancar ye & harap2 kalian semua sihat…(^______^*)

********

Berbalik pada tajuk entry nie.. hati nie terlalu2 merindui kat mama tercinta..

Da berhari-hari nak telefon, tapi selalu je x sempat nak curi masa untuk telefon..

Namun akhirnya semalam Alhamdulillah, sempat jugak telefon mama..

Ya Allah sayu sangat rasa hati, bila mama jawab panggilan tu sambil terbatuk-batuk dan ditambah dengan selesema yang dihadapi..

Mama demam, da lama rasenya mama x demam. Setelah di tanya rupanya da hampir 3 hari mama demam.. Mama seorang ibu yang kuat, jarang sekali nak tengok dia demam..

Teringat pulak bila saya demam, mama selalu ada di sisi untuk menjaga saya.. Merawat dengan penuh kasih sayang, menghantar makanan & ubat kepada saya *tapi x makan pun, saya x suke makan ubat* hehe. Kalau sampai tahap teruk dia bawak g klinik.. Tapi bila mama demam, saya xleh buat macam mama buat pada saya. Saya xleh anta dia ke klinik, xleh suapkan dia ubat, xleh picit kepala dia.. ikutkan hati, nak je balik rumah sekarang tapi mendapat tentangan dari mama. Maafkan mimi ye mama, mimi hanya mampu berdoa supaya mama cepat sembuh..

Untuk post kali nie, cukup untuk setakat nie je kot.. Hati x mampu untuk terus menulis.. kawan-kawan, doakan mama saya cepat sembuh ye.. Terima kasih.. (^_____^*)

Notakaki :: amat susah untuk kembali bangkit setelah diri ini terjatuh.. namun saya akan cuba untuk bangun dan menyambung kembali langkah untuk ke hadapan. Mimi kuat, chaiyok3x..(^____^)

mencuba dari petang tadi untuk post entry nie tapi kurang berjaya..hehe

Monday, February 14, 2011

Dilema...

Assalamualaikum WBT..

Bismillahirahmanirahim..

Apabila..

Dilema…

Menguasai diri…

Pemilihan Antara dua JALAN

Dua-dua JALAN ada baik & ada buruknya…

Kuatkan aku untuk menghadapi setiap jalan yang dipilih..

Tepatkah jalan yang bakal aku pilih..

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

….

Jalan yang ada segalanya, orang yang terpenting di sisi..

Jalan yang ada segalanya, kekuatan perlu di jana dengan lebih kuat..

Jalan yang bakal merubah kehidupan untuk selamanya..

Ya Allah berikanlah aku petunjukMu..

Kuatkan hati ku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

Berikan aku ketabahan untuk menghadapi setiap ujian Mu..

Kurniakanlah aku nikmat kesabaran supaya aku terus bersabar dengan ujianMu..

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu..

Berikanlah hikmah di setiap ujian ini..

Sesungguhnya hanya pada Mu aku bermohon…



Notakaki : saya sayang semua orang.. maafkan saya andainya kita terpaksa berpisah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...