Friday, February 25, 2011

CUTI-CUTI CINTA (^____^*)

Assalamualaikum WBT….

Holaaa ape khabar semua..?? Harap korang semua dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat dan jagaan Ilahi..

Uiiitt, lame rasenya x menconteng sesuatu di sini..

Maaflah penulis bercuti-cuti cinta di Pulauko selama 4 hari 3 malam..

Penulis bercuti-cuti cinta bukan untuk bersuka ria ye, tapi atas menamatkan siri BIG yang wajib diambil oleh setiap pelajar…

Letih, memang letih.. biasala kan adat berkhemah.. mesti kita akan rasa letih..

Nasib baik Pulauko hanya 2 minit perjalanan dari kediaman saya, lau x mesti letih naik bas.. kui,kui,kui,kui….(^_____^)

Percutian bersama mereka ::




Haaa, ari Selasa aritu program nie bermula & tamat pada jam 12 tengah hari tadi..

Selama 4 hari program ini berlansung, banyak pelajaran yang saya dapat..

Sifat kerjasama antara kami ahli kelas, sifat toleransi, kasih sayang & sebagainya membantu merapatkan hubungan kami semua. ..

Macam best la pulak g BIG nie..tido dalam khemah besar, masak ramai2, makan 6 kali sehari, aktiviti yang menarik, lecture yang spoting & banyak lagi la..

Walaupun buat di kawasan IPG IPOH je tapi banyak hikmahnya.. Yela walaupun ura-ura pernah mengatakan suatu ketika dahulu BIG bakal di buat di Pulau Pangkor tapi atas sebab2 tertentu terpaksa di buat di PULAKO.. yela mana tak nye, kalau x buat di Pulako mesti saya x dapat pengalaman mandi di kolam renang, tido dekat padang IPG yang luas, solat di kawasan yang menjadi tempat permainan ping pong, masak makanan yang sedap2 & sebagainya..

Alhamdulillah, walaupun dekat tapi seronok & mencabar.. *psssttt, muka x terbakar teruk macam di Pulau Pangkor aritu..*

Aktiviti yang dirancang pun teramat la seronok, buless mengembara di hutan belakang nie, boleh berenang di kolam renang, masak untuk kenduri kahwin, makan makanan western & banyak lagi la..

Okeh, penulis da kekeringan idea..gambar sebagai jalan ceritanya..(^____^)













notakaki :: bercuti selama 4 hari 3 malam, hp tinggal di asrama.. balik dari bercuti dapat mesej dari adik yang bongsu, katanya 'mie bukak la no line tu, mama nak cakap.. mama rindu..kesian mama'...owh mama, mimi rindu mama jugak..(^____^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...