Wednesday, March 30, 2011

SHARE ;)

Assalamualaikum WBT..

Apa khabar semua..? harap semua sihat ye. Haa, kalau kat tempat saya, cuaca sekarang tak menentu.. kalau pagi panas, petang mesti hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum. Kalau kat tempat korang pun hujan, silalah jangan main hujan ye.. nanti demam, susah lak.. Xleh nak g kelas la, nak g tempat kerja dan tak boleh buat sebarang aktiviti.

Okeh, set induksi da selesai. Jom kita masuk ke langkah pertama *haissh penangan RPH nie*. Lama tak berkongsi sesuatu kat sini. Kalau post sebelum nie banyak pasal sekolah *tapi sesi persekolahan da habis*, tapi hari nie saya nak berkongsi mengenai “TIPS MENGENALI ORANG SAKIT & CARA NAK BANTU MEREKA”.. cerita nie sebenarnya da lama dalam fikiran saya & idea datang selepas berbual dengan sepupu saya tapi sekarang baru boleh post.. Haa, korang pernah dengar tak pepatah “ PENGALAMAN MENGAJAR KITA” dan melalui pengalaman lah kita dapat belajar.

Okeh antara TIPS2 MENGENALI ORANG SAKIT :-

  • Muka dia selalu je senyum dan gembira – sape x setuju, sila angkat tangan. Haa, nak tahu tak sebab ape saya cakap macam tu, sebabnya orang sakit nie dia x nak tunjuk dia sakit. Sebab dia x nak susahkan orang sekeliling dia. Dan yang paling penting dia sebenarnya nak lawan sakit yang dia alami. Tu sebab dia senyum dan gembira je. Cuba kalau dia lemah, mesti orang tanya “ehh, kau sakit ke..” betul kan?? Pastu kadang2 kalau kalau dia jawab “YA” ada lak orang cakap, alah sakit sikit nak ngadu kat orang!! Haisshh, cakap salah, x cakap pun salah! Konklusinya mereka menyembunyikan sakit mereka dengan senyum dan gembira je…(^____^*)
  • Dia akan buat macam-macam kerja – haa, nie tips no 2. Dia buat macam-macam kerja maksudnya dia x duk diam la. Kejap ke sana, kejap ke mari.. Pernah tengok tak kawan-kawan korang macam nie.. nak tahu x sebab ape diaorang jadi macam tu, alasan dia sama je, iaitu untuk dia lupakan sakit dia tu.. Kadang-kadang, kalau kita sakit kan kita x leh nak manjakan sakit kita tu.. nanti bila dia manja dia makin teruk dan suka kat kita. Jalannya kita kena LAWAN la.. nak lawan sakit tu kita kena lupakan dia. Nak lupakan dia kita kena sibukkan diri kita. Kalau kita duk saje & asyik kenangkan sakit kita haaa, jawabnya makin sakit la kak oiii… Tapi kalau korang nie dalam kategori sakit haaa, awas --> Buat kerja setakat yang mampu je tau, jangan paksa diri..
  • Ayat diaorang mesti sedih2 & ayat perlukan semangat – korang pernah dengar tak kawan2 cakap “macam mane nak hilangkan sakit nie @ kalau g hospital sakit tak @ maaf la kalau saya pernah buat salah kat awak @ saya sayang awak, nanti kalau saya x ada, awak jaga diri baik2 tau”.. Haa, pernah tak??? Tahu tak nape diaorang cakap macam 2?? Sebabnya kadang2 bila dia sakit, mind set dia mesti akan fikir hidup nie da x lama. So mula lah keluar ayat macam tu. Kalau korang dengar mesti nak marah kan..?? Tapi marah bukan jalannya, sebab masa tu diaorang tengah sedih, lemah & x ada semangat. Korang kena biarkan dia layan dulu perasaan tu & bagi kata2 semangat. Ingat, bila orang yang dekat dengan kita sedang sakit, dia sebenarnya amat memerlukan semangat kita. Semangat untuk dia melawan sakit yang dialami. Empeti terhadap mereka & berbuatlah sesuatu walaupun dengan hanya mengusap bahu mereka..(^___^)

Alamak, xperasaan lak.. berjela-jela sudah ayat kat atas nie.. ok, cikgu pendekkan untuk TIPS seterusnya, iaitu CARA NAK BANTU DIAORANG..

  • Doa – doakan mereka supaya cepat sembuh & paling penting doakan mereka supaya terus tabah untuk hadapi setiap dugaan. Ingat, kalau kita berdoa setiap hari & berdoa bersungguh-sungguh, ALLAH tak akan tolak doa kita..:)
  • Biarkan mereka menjalankan aktiviti harian seperti biasa – kalau si sakit tu jenis aktif & x duk diam, biarkan mereka *jangan halang perkembangan mereka* sebabnya itulah cara untuk mereka lupakan kesakitan tue..(^____^)
  • Teruskan bagi semangat – kalau korang tanye si sakit “ok tak hari nie”. Dia akan jawab “OK” meskipun sebenarnya tak ok. SO, jangan percaya sangat ngan diaorang..!! korang cakap je “tabah ye, InsyaALLAH semuanya akan baik”, pastu kalau dia senyum dan cakap terima kasih maknanya memang sah dia “TAK OK & kata-kata korang telah meresap dalam jiwanya & semangat dia kian membara..!
  • Senyum & melalui sentuhan – haippp pesanan penaja *hanya untuk yang sama jantina sahaja*.. kalau korang malu nak bagi semangat atau nasihat, melalui senyuman dan sentuhan cukup membantu si sakit. Senyum kat dia supaya dia balas senyuman korang. Bila dia senyum, kuasa sakit tu akan berkurangan. Percayalah… Sentuhan adalah sesuatu yang ajaib tau. Genggaman erat tangan mereka dan usapan di bahu mereka, boleh membantu mengurangkan kesakitan mereka. Dan melalui tu si sakit tahu, masih ada lagi orang yang mengambil berat pasal dia..(^___^)

Ok, saya rasa cukup setakat nie dulu.. nanti kalau ada lagi saya tulis lagi.. Haa, tips nie lau nak percaya, percaya la.. Lau xnak pun xpe. Semua nie hanyalah perkongsian mengenai apa yang telah dialami penulis & masyarakat sekelilingnya..

Ingatlah, bila kita bantu orang, ALLAH pasti bantu kita dan bila kita mudahkan urusan orang, ALLAH pasti mudahkan urusan kita..

Senyum selalu ye..(^____^)

notakaki: Yang bagi kita sakit ni sebenarnya ALLAH. Sakit kan nikmat? Hanya orang yang sakit je tahu nikmatnya. Yang sihat tetap akan sakit, yang muda juga akan menjadi tua kecuali ajalnya awal. Dalam dunia nie hanya ada dua pilihan je ; mati sebelum tua atau tua baru mati. Oleh itu, syukuri lah masa yang kita ada..(^___^)


Saturday, March 26, 2011

Bola Jaring =)

Assalamualaikum WBT..

Holaaaa, ape khabar semua? Harap2 semua sihat ye..

Haa, ari nie merupakan ari terakhir saya berada di rumah. Maknanya pagi esok saya sudah berada di IPOH PERAK yang tercinta..(^___^)

Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan bola jaring bertempat di SKKB 2.. haa ingat x sekolah ape tu..??

Sekolah tempat saya berPBS tu..

Sebab g tengok : nak ambik gambar untuk laporan & bagi sokongan pada team bola jaring sekolah nie..

Fuhh ramai kot orang pagi tadi.. saya sempat g yang perlawanan pagi je, petang x dapat join sebab beg baju x kemas lagi.. haisshh da la nak naik bas malam nie..

Ape-ape pun team bola jaring SKKB2 memang terbaik.. atlet dia pun bagus2..

Taniah untuk kalian.. (^___^)

Jom tengok gambar :-



atlet bola jaring sekolah =)




penjaga skor board =)




cikgu praktikum + cikgu PBS datang bagi sokongan..;-)


tulis jangan x tulis..


kedai koperasi pun bukak jualan kat padang :-)


team bola jaring


makan, makan & makan..

notakaki :: rindu nak main bola jaring..(^___^*)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...