Sunday, March 20, 2011

Segalanya Bermula

Assalamualaikum WBT…

Fuhhh, segalanya bermula..

Alhamdulillah PBS pertama berjalan dengan lancar walaupun banyak kejadian yang kelakar terjadi kat sekolah tadi..

Pagi2 sampai di sekolah, hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum.. hampir cair make up cikgu.. hehe..

Memandangkan hujan turun, maka tiada lah perhimpunan pada pagi tadi..(^_____^*)

Tempat pertama yang dituju ialah ‘pejabat sekolah’ tu pun lepas ikut budak-budak praktikum dari IPG Sultan Mizan.

Masuk pejabat, jumpa cikgu-cikgu atasan & di beri taklimat oleh guru besar..

Macam-macam kata nasihat yang diberi oleh beliau. Alhamdulillah cikgu-cikgu kat sana semua baik2 & teramat baik + peramah..(^____^*)

Lepas habis taklimat, maka saya & kawan2 terus berjalan-jalan sekitar sekolah, amek gambar & dikejar oleh PK 1, katanya ---> cikgu tolong ganti kelas ye..

Setiap sorang dapat satu kelas. Saya kena ganti kelas darjah 4, Anith ganti kelas darjah 2 & Basirah ganti kelas darjah 1..

Masuk kelas darjah 4, memang nakal.. fuhh penat duk melayan kerenah budak2 sekolah rendah..

Sempat la berkenalan ngan budak2 tu & paling x sangka skali dapat jawapan “cikgu nama cikgu macam nama kucing saya kat rumah”…

Errr, tergamam woooo… xtau nak cakap ape… *kalau kucing awak comel macam cikgu, cikgu setuju & cikgu harap cikgu lari comel dari kucing awak..*…hehe

Habis ganti kelas, g tolong cikgu2 kat dewan.. lusa sekolah nie akan mengadakan English Co Academic, agak sibuk la sekolah minggu nie..

Sehari berada kat sekolah memang banyak pengalaman yang saya timba.. terlalu banyak & baru tahu ape rasanya jadi cikgu..

Terharu lak bila lalu tepi murid-murid tadi & disapa ‘Assalamualaikum cikgu’.. (^____^*)

Alhamdulillah semoga kerjaya ini terus diminati..

Langkah pertama sudah bermula.. selamat berjaya buat yang lain-lain..(^___^*)




Notakaki
: teringat prinsip hidup guru besar iaitu --> Kita bantu orang, Allah bantu kita balik, Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita..(^____^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...