Saturday, April 30, 2011

Senyuman Perawat =)


* gambar sekadar hiasan *

Assalamualaikum WBT….


Selamat berada dalam mood bercuti semua..


Apa khabar semua, harap semuanya sihat sejahtera..


Alhamdulillah hari nie merupakan hari kedua saya berada di rumah. Alhamdulillah bahagia sangat bila bersama keluarga tercinta. Semuanya terasa lengkap je..(^___^)

Berada di rumah, rutin seperti biasa. Bagun pagi tolong mama kat dapur, kemas rumah, tengok tv, makan, tido, berbual & macam-macam la. Hobi kegilaan saya iaitu menghabiskan masa dengan membaca tetap tak kan dilupakan. Kata orang baca buku 'ubat tido'.. ermm, boleh la. Tapi asalkan isinya masuk dalam kepala kita!!

Haa, nie nak kongsi sesuatu dengan anda semua. Sesuatu yang saya dapat melalui buku “Mohonlah Hanya Pada-Nya” hasil karya Iskandar Dzul Karnian H.M & Mohd Dzul Fadhli. Credit kepada mereka atas penghasilan buku yang menarik. Secara ringkasnya buku nie mencoretkan tentang ujian sakit. Bila masa sakit itu tiba pada siapa layak mengadu & memohon. Mengapa ujian itu datang, beberapa kajian mengenai penyakit-penyakit & sebagainya lah. Secara tuntasnya buku nie mengenai ‘motivasi untuk mereka yang berada dalam kesakitan’. Bagi saya buku nie patut dibaca oleh semua, sebab tersangat menarik & banyak memberi motivasi..(^__^)

Dalam banyak-banyak tajuk yang ditulis saya tertarik pada suatu tajuk iaitu “Senyuman Perawat”.

Melalui sekuntum senyuman boleh merawat segala-galanya. Betul, x caye. Cuba bila anda berada dalam situasi yang teramat sakit atau tertekan, pastu ukirlah senyuman paling manis! Nescaya anda kembali pulih dan orang sekeliling akan turut terkesan dengan senyuman anda.

Pastu kalau korang berada dalam sitausi yang tegang. Ada orang tengah mengamuk x tentu pasal, pastu cube ukirkan senyuman, mesti orang yang tengah marah tu jadi sejuk sikit. Yela api x boleh balas dengan api, nanti makin teruk! So senyumlah. Senyum memberi motivasi & buat orang sekeliling kita jadi selesa.

Haaa, lau korang tengah rindu kat seseorang, pastu Nampak dia senyum kat korang! Perghhhh terawat rindu dalam hati… haha.. nie mesti betul. Nak2 terjumpa kat tengah jalan lak. Sekali dia senyum, mesti boleh pengsan… haha.. kan senyuman seseorang pernah menjadi penawar rindu kepada kita..(^___^).

Senyuman merupakan ubat kepada penyakit berbahaya! Percaya lah, kalau ditimpa penyakit kronik, apa yang perlu kita lakukan ialah senyum. Nak tahu kenapa?? Sebabnya bila kita senyum, kita positif terima ujian penyakit tu, bila kita positif, sel-sel penyakit tu akan terhalang untuk menjangkiti kita. Yela cuba kita bandingkan bila kita sedih, kita jadi tertekan, kita akan menyalahkan semua di sekeliling kita mengenai sakit tu. Betul kan?? Berbeza bila kita berada dalam sitausi positif, kita akan lebih sabar hadapi ujian tu, kita boleh berfikir dengan tenang & apa yang penting kita akan lebih DEKAT dengan ALLAH SWT.. Mohonlah hanya pada-Nya. Sesungguhnya DIA yang timpakan sakit itu dan DIA lah yang menyembuhkan..(^__^)

Teringat pada pesan baba, senyuman & selalu positif adalah salah suatu cara penyembuh penyakit..

Kata seorang doktor pula, ubat untuk merawat penyakit pembunuh no 2 iaitu Kanser adalah melalui senyuman, ketabahan, kesabaran & positif..(^__^)

Ingatlah.. senyuman adalah antara penawar mujarab yang sedia ada dalam diri kita. Xyah bayar beribu-ribu pun untuk senyum. Kita pun akan berasa tenang bila tengok orang lain menguntum senyuman. Sama jugak dengan orang lain, dia mesti tenang tengok kita bila kita menguntumkan senyuman..

Haaa, jangan lupe, senyum itu sedekah ..(^______^)

Senyum, senyumlah selalu kerana ia adalah penawar kepada orang lain dan diri kita sendiri.

Notakaki :: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya ALLAH sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.. – Surah al-Nisa : 86 -

Friday, April 29, 2011

Coklat =)


*gambar sekadar hiasan*

*credit to mr google*

Assalamualaikum WBT…

Haaa, bagi penggemar coklat boleh la terjah ke blog nie :

‘Nowwa Chocs’

Coklat dia superbeb teramat lah sedap!!!

Kalau korang nak beli untuk :-

  • Makan di waktu lapang.
  • Beli untuk saya.
  • Beli untuk family.
  • Beli untuk kawan-kawan.
  • Beli untuk suami @ isteri ke.
  • Beli untuk pakwe @ makwe ke.
  • Beli untuk anak murid ke.
  • Beli untuk sape-sape la…

Silalah masuk page dia & tengok..

Design coklat nie pun semua cantik-cantik & harga pun berpatutan..

Coklat dia memang best, x terlalu manis & x terlalu tawar. Sederhana je.. Bak kata orang kalau makan tu manisnya x lekat kat tekak ar. *serius cakap sebab saya pernah makan coklat dia..hehe*

Haa, lau nak join kelas buat coklat pun ada jugak! Harga untuk join kelas tu pun ok la, not to bad & banyak tawaran istimewa korang akan dapat.

So, ape tunggu lagi.. Jom terjah page tu…(^_____^*)

notakaki :: sementara menunggu masa untuk pulang ke kampung halaman, sempat terjah ke blog-blog yang best. Selamat Bercuti semua..:)

Tuesday, April 26, 2011

Balas @ Balasan =)

Assalamualaikum WBT…

Kenapa bila kita buat baik orang marah??

Kenapa bila kita buat jahat pun orang nak marah??

Sebab dia dengki dengan kita ke??

Sebab dia x suka cara kita ke??

Kalau orang buat baik dengan kita, kita mesti la balas dengan perbuatan baik. Kalau dia buat jahat kat kita sekalipun x yah la nak balas dendam balik!! Sabo la wei, ingat apa yang orang buat kat kita mesti Tuhan akan balas balik. Kalau orang yang buat jahat dengan kita, x dapat balasan kat dunia skalipun kita kena ingat kita ada 1 alam lagi iaitu alam AKHIRAT.. haa, time tu x leh lari da. Semua amalan kita akan terbalas.

Ok fine, memang la susah nak maafkan orang yang buat jahat kat kita.! Betul, saya setuju. Tapi mari sama-sama kita positif & muhasabah diri balik. Kita diciptakan dengan kekurangan! Xada manusia yang sempurna, so kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu bila hidup bermasyarakat kita kena la saling terima satu sama lain. Ko terima kelebihan dan kekurangkan aku, aku terima kelebihan dan kekurangan ko.. haa, boleh kan? (^___^)

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Bagi saya, kalau ada orang buat jahat kat kita, kita fikir positif la. Mungkin sebelum nie kita pernah buat jahat kat orang ke tanpa kita sedar! Benda nie kadang-kadang ada kaitan dengan hidup kita jugak.

Bila kita buat baik dengan orang pulak, InsyaAllah orang akan buat baik dengan kita! Betul la kan, kita pun mesti tak sampai hati nak buat jahat dengan orang yang baik dengan kita..

Lagi satu, kalau kita tak suka kawan kita tu TERLALU BAIK sangat, bagitau la elok2.. TOLONGLA JANGAN HALANG PERKEMBANGAN diaorang! Tertekan weeiii, dia ada hak untuk buat ape sahaja! Kalau benda tu perlu ditegur, tegurlah secara berhemah. Jangan main hentam je. Nanti korang kena hentam balik baru tahu.

Mama selalu pesan “kalau kita tak nak orang buat sesuatu yang kita x suka, kita pun jangan buat benda tu kat orang lain. Sebab apa yang kita buat tak kira baik atau jahat akan dibalas jugak”.

Umpamanya, kalau kita tak mahu hati kita disakitkan oleh orang lain, kita janganla sakitkan hati orang lain! Lepas tu kalau kita tak nak orang susahkan kerja kita, kita pun janganlah susahkan kerja orang!

Pointnye senang je, ‘kadang-kadang apa yang kena kat batang hidung kita sendiri tu adalah datangnya dari SIKAP KITA jugak yang pernah buat kat orang’. Lau x caya cuba sama-sama kita muhasabah diri kita & InsyaAllah kita akan temui jawapannya.

Peringatan ini untuk diri saya jugak. (^___^)

Sekian, terima kasih.

Note-note menarik boleh dapatkan di sini (tekan sini)


kalau kita buat baik kat orang, orang mesti buat baik dengan kita..
*gambar sekadar hiasan*

Notakaki :: what goes around, comes around.

Marilah sama-sama kita berlaku baik sesama kita walaupun kita dianiayai,walaupun kita ditipu,walaupun kita dipermainkan kerana apa yang penting ialah balasan akhirat,bukan balasan dunia.

Monday, April 25, 2011

Sara & Pari: Our 1st GIVEAWAY!

Assalamualaikum WBT

Terima kasih daun keladi buat cik bunge yang telah lama tag kak mimi dalam contest GIVEAWAY nie & mintak maap banyak-banyak la ye sebab lambat nak buat entry nie.. *nasib baik x sampai tarikh tutup dia*

Okeh, kawan-kawan jom berkenalan dengan tuan empunya idea nie..

(Tekan sini)

Da bace, mudah kan??

Dengan ini saya persembahkan GIVEAWAY mereka (^___^)





Saya menurunkan TAG kepada :-

SYIRA

SHIDAH


ETA

Sunday, April 24, 2011

Pesta Buku @ PWTC =)

Assalamualaikum WBT…

Apa khabar semua, harap semua sihat2 ye..

Haa, Jumaat yang lepas, habis je kelas saya bergegas pulang ke asrama, amek beg & gerak ke Medan Gopeng. Tepat jam 2 petang, bas meluncur laju ke Kolumpo..

Weeee…. Misi pertama berjaya..

Kul 4 sampai Kl Sentral, baba ambik saya & ke terus pejabatnya *pertama kali saya ke sana & baru saya tahu betapa sibuknya baba saya*..

Baba siapkan kerjanya & saya habiskan masa dengan membaca majalah untuk terbitan akan datang & saya berpeluang berjumpa dengan penulis yang saya minati. Beliau adalah Tn Hj Zainuddin Ayip *Editor Kumpulan MMP*.. kalau nak tahu beliau merupakan penulis di ruangan motivasi, ruangannya cukup ringkas, padat & menarik.. *terharu weeii dapat jumpe ngan beliau, tapi x sempat bergambo sebab saya malu-malu kucing.. hahaha *gelak sopan*

Habis baba siapkan kerja, kami terus gerak ke Hentian Putra, park keta kat situ sebab baba saya nak balik Besut naik bas & saya akan pulang ke rumah dengan kakak saya.

Alang-alang lalu depan PWTC ape lagi, jenguk sekejap tengok buku. Hari pertama, x ramai sangat tapi saya hampir pengsan, tengok buku berlambak-lambak tu. Dalam kepala da aim buku ape yang nak..!!

Lepas magrib saya pulang ke rumah, badan da mula lemah.. demam nak datang jenguk la tu!!

********

Pagi esoknya memang sah, xleh bangun! Tekak sakit! Demam ooo demam…:((

Lepas zohor, pujuk kakak g Pesta Buku.. abaikan demam sekejap *saya kan degil*…hahaha

G Pesta Buku naik KTM, langkah untuk berjimat cermat, cepat & mudah!

Sampai sana jumpe ngan budak IPG, beli buku, jumpe penulis-penulis yang terkenal, ambik gambar & makan!!

Lepas tu jalan-jalan & makan.. *saya suke time kakak2 saya dapat GAJI sebab semuanya diTAJA*…(^__^*)

Malam balik rumah, badan pun letih.. baru teringat kat demam..

Ape-ape pun memang seronok yang teramat. Terima kasih buat kakak & kak amal, terima kasih penjual buku & terima kasih semua..

Semoga berjumpa lagi di Pesta Buku tahun depan.

Jom nengok gambo.



baba & kerjanya..(^__^)


saya & baba (^___^)


bersama mereka(^___^)


gimik pelancaran..


ngan Dr H.M Tuah Iskandar



dapat autograph *nada riak*..hehe



muke kekenyangan *baru pas makan*



saya suke gambar nie..(^____^)

Notakaki :: Puas hati dapat merembat buku-buku yang da lama cari. Jom membaca!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...