Friday, April 8, 2011

Bibir Tersenyum... Hati Menangis

~ Bibir Tersenyum Hati Menangis ~

Assalamualaikum WBT…. Ape khabar semua..? harap semuanya sihat ye.. Alhamdulillah bersyukur sebab masih ada ruang & peluang untuk saya mencoret sesuatu kat sini. *ayat skema gitu*.. Macam mane ngan perjalanan hidup korang semua, harap semuanya berjalan lancar. Yang sedang bermuran durja tu, ha ape lagi sila senyum sampai ke telinga. Dengan senyuman semua masalah terlerai & kita akan kembali ok. X caye, sila aplikasikan..(^___^)

Ok, hari nie saya nak kongsi mengenai tajuk kat atas tue.. Bibir tersenyum hati menangis, sape pernah buat macam nie *cepat, angkat tangan.. cikgu nak kira nie*.. Saya yakin mesti ramai macam nie kan.. saya pun selalu gak macam nie. Kalau bahasa lembut mungkin orang cakap macam 2, tapi lau bahasa kasar orang cakap HIPOKRIT..!!! jeng..jeng..jeng… *hipokrit ke kita nie*..??

Errmm, agak2nya korang tahu x nape kita jadi macam tu.. kalau bagi saya la, kadang2 kita terpaksa berlakon nie sebab :-

  • Nak hormat seseorang, mungkin dia tu kawan baik kita, saudara kita & sape2 la..
  • Nak jaga hati dia --> kena jaga weii, nanti lau x jaga hati dia, dia xmau kawan ngan kita..
  • Takut benda tu jadi kat kita --> kan orang cakap hidup nie KARMA..apa yang kita buat @ kita cakap kat orang, benda tu mesti berbalik pada kita..
  • Malas nak besarkan sesuatu isu --> nie mungkin terjadi lau ada orang komen kita, malas nak cakap ape, kita senyum je padahal dalam hati, Tuhan je yang tahu..
  • Sebab kita dipaksa --> dipaksa buat sesuatu yang kita x suka nak buat..
  • Cemburu @ dengki --> haa, kalau dengki tengok orang lain lebih, kita cenderung rasa macam nie.. nak apa yang dia ada sedangkan kita x mampu nak miliki semua tu..

Sebenarnya istilah nie patut ada ke tak dalam diri kita..?? kalau diikutkan semuanya bergantung pada situasi la.. kalau korang rasa memang patut korang terus terang kat seseorang & demi kebaikan diaorang, just bgtau je la kan.. contohnya kalau kawan baik kita buat benda yang kita x suka macam asyik kutuk & jatuhkan kita je, ditambah lak kita nie bukan jenis suka lawan, makin naik minyak ar dia kenakan kita.. Haa, sah2 bibir korang menguntumkan senyuman yang manis & hati korang menangis berlagu la.. kalau da sampai tahap tu, terus terang je la kan, xyah nak pendam2 sakit hati tu.. cakap dengan lembut yang kita x suka cara dia buat kita macam tu…aishh, *kadang2 saya pun selalu kena macam nie, hehe..*

Dalam situasi yang lain pulak, kalau kita terpaksa menurut kepada sesuatu arahan & arahan tu berkuat kuasa dari ibu bapa, guru & sape2 yang tinggi pangkatnya pastu tambah lak arahan tu kita x suka.. *check macam mane muka kita, mesti senyum tapi hati menangis*.. kalau sitausi macam nie apa yang perlu buat.. kalau saya, biar la hati kita menangis, sebab saya percaya orang yang lebih tua nie tahu apa yang terbaik untuk kita. Bak kata pepatah *lebih dulu makan garam*. Jangan cepat letakkan tanggapan negatif pada arahan tu, fikir sejenak & ikut je arahan tu, siapa tahu bahagia menanti anda di hujung sana. Okeh contoh dapat saya bagi ialah pasal KAHWIN.. haaa, isu hot nie.. kalaulah keluarga atau sape2 menghalang anda untuk berkahwin, jangan cepat nak melatah.. duduk dengan tenang & fikir kenapa diaorang buat macam tue.. mungkin sebab kita masih muda, belajar x habis lagi, ilmu x cukup lagi & ape2 je la.. tapi saya rasa lau konteks nie mesti bibir senyum kelat yang teramat..hehe

Situasi yang seterusnya lak, lau kita cemburu ngan kelebihan orang. Cemburu tengok kawan kita yang asyik keluar ke depan untuk bercakap di khalayak, cemburu dengan kawan kita yang ramai kenalan, cemburu dengan kelebihan yang ada pada orang lain. Meskipun bibir kita tersenyum, tapi hati kita menangis meronta2 nak jadi macam dia jugak kan..?? Laaa, awat la hang nak dengki dengan depa tue, hang pun ada kelebihan hang jugak.. tok sah la duk dengki ngan orang nie.. x elok.. apa yang korang kena buat ialah TIRU GAYA MEREKA *yang baik ikut, yang kurang baik tu jadikan pengajaran*.. kadang2 kita ada kelebihan tu, tapi kita tak tonjolkan.. jangan malu kalau benda tu betul dan baik. Aplikasikan dalam hidup kita, nescaya tiada lagi bintik2 cemburu dalam diri kita..(^____^*)

Kalau kita mengalami situasi bibir tersenyum & hati menangis nie, renung balik kenapa situasi tu terjadi. Antara positif @ negatif hati kita yang menentukan semua itu. Kalau dapat kawal, terus kawal. Kalau dah tak tertanggung, sila buat sesuatu. (^____^)

Setakat ini sahaja ceramah saya untuk hari ini. Harap maaf kalau ada tersalah kata, tersilap tulis.. Apa yang ditulis tiada kaitan dengan mereka yang hidup mahupun yang telah pergi..

Perkongsian ini untuk Ingatan diri sendiri juga..

Selamat berhujung minggu & semoga selamat semuanya..(^___^)



Notakaki :: Dunia ini tempat persinggahan, bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahagi kepada dua. Pertama : orang yang menjual dirinya (kepada hawa nafsu) dan musnah kerananya. Kedua : manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya.. –Imam Ali bin Ali Talib.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...