Friday, August 19, 2011

:(((








Assalamualaikum WBT..

Tiada ruangan lantunan semangat untuk minggu ini..

Terpaksa memberi komitmen pada tugasan yang perlu diselesaikan..

Menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan..

Cepat la cuti..

Nak balik kampong, nak balik rumah..

Rindu suasana membantu mama di dapur,

Rindu nak bawak adik-adik ke bazaar ramadhan,

Rindu nak mintak mama masak lauk kegemaran,

Rindu nak hantar lauk kat rumah nenek,

Rindu nak terawih bersama-sama mereka,

Rindu nak tolong nenek tangkap ayam kampong, sembelih & carik bulu ayam!

Rindu nak jaga kedai, lepas tu mak cik2 ramai datang cari ‘ragi’ nak buat tapai!

Rindu nak tengok pak cik2 lepak depan kedai untuk tunggu waktu berbuka..

Rindu nak tengok orang bukak kedai..

Rindu nak g rumah tukang jahit, amek baju raya..

Rindu nak cuba baju raya, lepas tu g cari tudung raya..

Rindu nak tunggu mama kejut, teman dia masak untuk sahur..

Rindu nak dengar tazkirah mama..

Rindu nak dengar bebelan mama..

Rindu nak dengar kata-kata semangat mama..

Rindu nak bercerita dengan semua..

Rindu nak tengok cerita2 best dengan adik-adik..

Rindu nak basuh baju raya, lepas tu bergaduh nak jemur *sebab semua malas*..hahaha

Rindu nak gosok baju raya, kain telekung..

Rindu nak masak rendang dengan mama, pilih menu untuk raya pertama..

Rindu nak g masjid kat rumah, jumpa orang kampong..

Rindu nak g jalan-jalan, kutip duit raya..

Rindu suasana raya...

Rindu serindu-rindunya tanpa menyedari Ramadhan hampir meninggalkan kita. Berpuas hati atau tidak dengan amalan yang telah dilakukan.. hanya tinggal beberapa hari sahaja, ayuh rebut peluang yang ada. *ingatan buat diri ini juga*..


Notakaki :: Kita tidak mengetahui sama ada kita berkesempatan atau tidak untuk ramadhan akan datang..:((

3 comments:

Lovely Lieyza said...

rindu family.... xsaba nk balik... ='(

Nur Shamimi Jamudin said...

kan..kan...
rindu mereka sangat3x...
menghitung hari nak balik nie..:((

Nur Shamimi Jamudin said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...