Tuesday, September 27, 2011

= , =





Assalamualaikum..



Sorry for the silence..



Terjumpa kata-kata ini..


" Sesekali ditegur janganlah berasa hati.. Rendah diri dan berlapang dadalah kerananya.. Siapa tahu berubah yang tidak baik menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Dan tentu ia jauh lebih bernilai daripada membiarkan tanpa sesekali menerimanya..."


notakaki :: Selamat Menjalani Kehidupan yang kadangkala makin mencabar serta ada turun naiknya.. (^__^)

Saturday, September 17, 2011

Jalan-jalan =)

Assalamualaikum WBT..


Haluuu semua..


Memandangkan Syawal belum lagi tamat dan memandangkan tak sempat beraya sakan ari tu, maka qada raya di Ipoh bersama rakan-rakan! Wuhuuuu best gitu. Pertama kali pensyarah jemput pegi majlis kawin anak dia, terima kasih En Baha & keluarga. Tak sia-sia kenal masa pergi Langkawi dulu, boleh pegi kenduri kawin. Haa, tapi rumah En Baha bukan rumah pertama saya dan rakan2 pegi la, rumah pertama pegi aritu rumah Puan Fatimah hari rabu lepas, puan buat rumah terbuka..(^__^)

Oke, bertolak ke rumahnya di Jelapang dengan 3 buah kereta dan sebuah bas. Best, join geng bas sekolah. Bas tu dinaiki oleh budak-budak J1 dan kami yang lain naik kereta dan konvoi ikut belakang bas. Kalau bas sesat, maka sesat la kami! Kami punya la excited nak pegi sebab anak en baha tu kapten jadi kawin bawah pedang! Tapi ape kan daya, tiada rezeki nak tengok majlis kawin bawah pedang sebab tok ketua rombongan suruh balik..:((((

Lepas ke rumah en baha di jelapang, kami 9 orang terus ke Sungai Siput, rumah Pn Saripah pulak. Mulanya janji nak pegi esok, tapi puan ada hal esok. So tukar plan pegi la.. 9 orang je join sebab yang lain ada hal lain.. 9 orang tu pulak semuanya perempuan..(^__^*). Sampai sungai siput makan lagi, best, sedap puan masak. Rasa macam tak mau balik, tapi akhirnya balik jugak!

Rumah terakhir untuk hari ini ialah rumah mak sedare hasnul. Ceh, tumpang sekaki rumah orang ea. Uitt, dapat makan nasi dagang ngan roti jala. Fuhhh, full suda perut untuk ari nie.. Terima kasih semua, terima kasih daun keladi semoga akan datang jemput lagi.. Terima kasih kepada budak2 J1 sebab sudi berkonvoi ngan kiteorg, lain kali kita g jalan-jalan sesame lagi tau! Hooyeahh..!

Macam tertinggal sesuatu! Ahaaa, jom negok gambar.






konvoi kereta ke dua..*keta syue*


ohh, kawan2 ku..(^____^)


wow!! ramai giler org tengah makan..


tu diaaaaaaaaa, bas di hadapan & keretaku..

bersama ibu pengantin..=)

ehemm!! maaf, gambar perasan..=)


tolong ikut giliran..(^__^)


cukup semua.

ahli rombongan J2..(^___^*)



wow!! awk pakai ape tuuu..=)


yang terakhir, di rumah Puan Saripah..

Notakaki :: Keletihan tapi seronok, esok sambung lagi..(^___^*)



Sunday, September 11, 2011

Cerita Lepas =)





Assalamualaikum WBT...



Hai, selamat hari raya semua! Update lepas raya, maaf tak sempat untuk menulis sesuatu di sini. Tiada cerita raya yang dapat ditulis kerana raya tahun nie banyak terlantar di atas katil kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan setelah sihat sibuk di dapur. Kesimpulannya ramai yang datang beraya kat rumah saya dan saya tak sempat ke rumah kawan-kawan tapi raya saya tetap MERIAH! Yang tak datang rumah lagi, jemput la datang..hehe.. Cerita raya anda semua?? Pasti menarik, tahu sangat kalau raya mesti meriah.. (^____^*)


Oke, lepas cuti raya seminggu saya perlu ke sekolah selama seminggu untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). PBS nie memerlukan saya buat pemerhatian, siapkan tugasan yang diberi oleh pensayarah, kumpul maklumat, tengok P&P di sekolah dan banyak lagi la. Sem nie saya kena buat tugasan subjek major iaitu saya kena buat laporan dan kumpul set soalan.


Haa, post nie bukannya nak cerita mengenai ape tu PBS tapi saya nak berkongsi cerita mengenai anak murid saya! Cerita yang buatkan diri saya lebih menghargai anugerah ALLAH SWT. Alkisahnya saya masuk ke satu kelas iaitu kelas 1C, seperti biasa tektik untuk buat murid senyap saya menyuruh mereka melukis sesuatu dan warnakan lukisan yang dilukis. Sedang melayan mereka melukis saya tertarik dengan seorang murid nie. Seorang yang bijak, lain dari orang lain dan fikiran jauh ke hadapan tapi orangnya agak nakal. Siap melukis dia bangun untuk mengambil pensel warna yang ada pada rakannya, saat dia berjalan saya perhatikan ada sesuatu yang berlainan pada dirinya! Tahu tak ape dia, rupanya kaki kirinya tidak sempurna seperti kaki kita. Kaki dia belok ke dalam tapi apa yang saya kagum dengan dirinya adalah dia seorang yang kental, tidak malu dengan kecacatan yang dialami dan yang paling penting dia seorang pelari yang laju. Saat tengok dia berlari, seolah-olah kakinya sempurna seperti orang lain. Subhanallah, kental jiwa dia menghadapi semua itu! Saya bangga dengan sikap yang ada pada diri pelajar nie.. Lepas nie mesti rasa malu kalau malas nak bangun pagi g kelas atau g perhimpunan sebab fizikal Alhamdulillah masih sempurna untuk datang ke kelas.. (^___^)


Itu baru anak murid saya yang pertama, pagi rabu yang lalu saya berkesempatan untuk menyiapkan tugasan sampingan iaitu mengaplikasikan RPH yang telah saya buat untuk kerja kursus BMM. Mendapat lampu hijau dari seorang guru bahasa melayu untuk mengajar murid tahun 5 merupakan peluang untuk saya. Meskipun agak berdebar untuk mengajar mereka namun tugasan itu perlu diselesaikan juga! Setelah selesai mengajar, guru BM tersebut meminta saya untuk membawa mereka ke perpustakaan untuk aktiviti nilam. Dikesempatan yang ada, saya sempat untuk berbual dengan mereka. Soalan yang biasa saya tanya ialah ‘apa cita-cita korang’. Fuhh, jawapan yang mereka bagi, ‘cikgu saya nak jadi juruterbang, cikgu saya nak jadi doktor pakar bedah, cikgu saya nak jadi pensyarah, cikgu saya nak jadi saintis, cikgu saya nak berjaya, dan macam-macam lagi.’ Cita-cita mereka sungguh besar dan kesungguhan mereka untuk mencapai cita-cita tersebut jelas dilihat.


Teringat masa saya di bangku sekolah, jika cikgu saya tanya ‘mimi bila besar nanti awak nak jadi apa? Saya terdiam sejenak dan kemudian saya jawab, ‘saya nak jadi seorang cikgu sama macam mama saya’. Yea, bila saya tengok balik fail peribadi saya pilihan cita-cita yang pertama sama dari tahun 1 ke tahun 6 iaitu saya ingin menjadi seorang guru. Alhamdulillah kini saya hampir untuk mencapai cita-cita tersebut. Syukur Ya ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..


Cita-cita, setiap orang mempunyai cita-cita. Tak siapa tak ada cita-cita, oleh itu keazaman dan matlamat perlu ada untuk mencapai cita-cita bukan. Cita-cita sebahagian dari impian, pabila tercapai cita-cita maka tercapailah impian yang kita inginkan. Dan ingat, bila kita ada cita-cita teruskan berjalan untuk mencapai cita-cita dan dapatkan apa sahaja yang kita inginkan. Tempuhi jalan yang dilalui meskipun jalan itu penuh dengan onak dan duri kerana setelah lalui jalan itu, kita pasti Berjaya..(^___^)



~ seorang murid yang berjiwa tabah ~


~ Selamat Kembali ke kampus ~

Notakaki :: Saya bangga jadi Guru..(^__^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...