Sunday, September 11, 2011

Cerita Lepas =)





Assalamualaikum WBT...



Hai, selamat hari raya semua! Update lepas raya, maaf tak sempat untuk menulis sesuatu di sini. Tiada cerita raya yang dapat ditulis kerana raya tahun nie banyak terlantar di atas katil kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan setelah sihat sibuk di dapur. Kesimpulannya ramai yang datang beraya kat rumah saya dan saya tak sempat ke rumah kawan-kawan tapi raya saya tetap MERIAH! Yang tak datang rumah lagi, jemput la datang..hehe.. Cerita raya anda semua?? Pasti menarik, tahu sangat kalau raya mesti meriah.. (^____^*)


Oke, lepas cuti raya seminggu saya perlu ke sekolah selama seminggu untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). PBS nie memerlukan saya buat pemerhatian, siapkan tugasan yang diberi oleh pensayarah, kumpul maklumat, tengok P&P di sekolah dan banyak lagi la. Sem nie saya kena buat tugasan subjek major iaitu saya kena buat laporan dan kumpul set soalan.


Haa, post nie bukannya nak cerita mengenai ape tu PBS tapi saya nak berkongsi cerita mengenai anak murid saya! Cerita yang buatkan diri saya lebih menghargai anugerah ALLAH SWT. Alkisahnya saya masuk ke satu kelas iaitu kelas 1C, seperti biasa tektik untuk buat murid senyap saya menyuruh mereka melukis sesuatu dan warnakan lukisan yang dilukis. Sedang melayan mereka melukis saya tertarik dengan seorang murid nie. Seorang yang bijak, lain dari orang lain dan fikiran jauh ke hadapan tapi orangnya agak nakal. Siap melukis dia bangun untuk mengambil pensel warna yang ada pada rakannya, saat dia berjalan saya perhatikan ada sesuatu yang berlainan pada dirinya! Tahu tak ape dia, rupanya kaki kirinya tidak sempurna seperti kaki kita. Kaki dia belok ke dalam tapi apa yang saya kagum dengan dirinya adalah dia seorang yang kental, tidak malu dengan kecacatan yang dialami dan yang paling penting dia seorang pelari yang laju. Saat tengok dia berlari, seolah-olah kakinya sempurna seperti orang lain. Subhanallah, kental jiwa dia menghadapi semua itu! Saya bangga dengan sikap yang ada pada diri pelajar nie.. Lepas nie mesti rasa malu kalau malas nak bangun pagi g kelas atau g perhimpunan sebab fizikal Alhamdulillah masih sempurna untuk datang ke kelas.. (^___^)


Itu baru anak murid saya yang pertama, pagi rabu yang lalu saya berkesempatan untuk menyiapkan tugasan sampingan iaitu mengaplikasikan RPH yang telah saya buat untuk kerja kursus BMM. Mendapat lampu hijau dari seorang guru bahasa melayu untuk mengajar murid tahun 5 merupakan peluang untuk saya. Meskipun agak berdebar untuk mengajar mereka namun tugasan itu perlu diselesaikan juga! Setelah selesai mengajar, guru BM tersebut meminta saya untuk membawa mereka ke perpustakaan untuk aktiviti nilam. Dikesempatan yang ada, saya sempat untuk berbual dengan mereka. Soalan yang biasa saya tanya ialah ‘apa cita-cita korang’. Fuhh, jawapan yang mereka bagi, ‘cikgu saya nak jadi juruterbang, cikgu saya nak jadi doktor pakar bedah, cikgu saya nak jadi pensyarah, cikgu saya nak jadi saintis, cikgu saya nak berjaya, dan macam-macam lagi.’ Cita-cita mereka sungguh besar dan kesungguhan mereka untuk mencapai cita-cita tersebut jelas dilihat.


Teringat masa saya di bangku sekolah, jika cikgu saya tanya ‘mimi bila besar nanti awak nak jadi apa? Saya terdiam sejenak dan kemudian saya jawab, ‘saya nak jadi seorang cikgu sama macam mama saya’. Yea, bila saya tengok balik fail peribadi saya pilihan cita-cita yang pertama sama dari tahun 1 ke tahun 6 iaitu saya ingin menjadi seorang guru. Alhamdulillah kini saya hampir untuk mencapai cita-cita tersebut. Syukur Ya ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..


Cita-cita, setiap orang mempunyai cita-cita. Tak siapa tak ada cita-cita, oleh itu keazaman dan matlamat perlu ada untuk mencapai cita-cita bukan. Cita-cita sebahagian dari impian, pabila tercapai cita-cita maka tercapailah impian yang kita inginkan. Dan ingat, bila kita ada cita-cita teruskan berjalan untuk mencapai cita-cita dan dapatkan apa sahaja yang kita inginkan. Tempuhi jalan yang dilalui meskipun jalan itu penuh dengan onak dan duri kerana setelah lalui jalan itu, kita pasti Berjaya..(^___^)



~ seorang murid yang berjiwa tabah ~


~ Selamat Kembali ke kampus ~

Notakaki :: Saya bangga jadi Guru..(^__^)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...