Assalamualaikum WBT..
Kamu...
Ya, kamu Nur Shamimi Jamudin..
Dengar sini,
Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetangah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia,
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka,
Pasti ada perkara yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis,
Pasti ada!!
Kerana dia juga manusia!
Hye Shamimi,
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap dan kamu salah!
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan,
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui!
Ada!!
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah Nampak,
Jangan selalu menganggap bahawa kamulah yang paling susah,
Yang paling sakit diuji,
Paling berat diduga!
Ada,
Ada insan lain yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudah! Kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu,
Pujuk hatimu,
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandarkan harapan padaNya, DIA tidak akan sekali-kali mempersiakan harapan kamu,
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNya,
DIA tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan kamu!!
notakaki :: teruskan hari-hari yang mendatang dengan semangat baru..(^_^)
No comments:
Post a Comment