Assalamualaikum WBT..
Hai semua, apa khabar..
harap anda semua sihat sejahtera..
anda-anda semua. ya kepada anda yang rajin masuk ke blog saya untuk membaca atau hanya singgah untuk melawat tapak walau hanya seketika sahaja, mohon maaf saya ucapkan kepada kalian.
ya, lama sungguh blog ini tidak di 'update' dengan cerita baharu! da hampir bersawang saya rasa..
maaf ya, saya sedang menghadapi peperiksaan akhir semester. tumpuan diberikan lebih kepada buku-buku akademik yang sentiasa menemani dan sentiasa berada di sisi serta yang sentiasa mengoda saya untuk membacanya!
Alhamdulillah 2 kertas telah tumbang menantikan 2 lagi untuk ditumbangkan. jika
anda sedang membaca hingga ke ayat ini, mohon doakan saya berjaya serta
diberi ketenangan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.
hujung minggu saya pula dihabiskan dengan melawat 'anak-anak' yang disayangi lagi dikasihi.
Allah. 16 Mei 2012, hari guru la. Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang telah mendidik sehingga saya bakal menjadi seorang pendidik. Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang berada di mana-mana sahaja, buat mama saya. semoga kalian diberkati ALLAH SWT..
InsyaAllah entry tergantung ini akan disambung pada waktu dan masa yang sesuai.
p/s : kenapa saya rasa entry saya kali nie seperti penulisan yang agak kaku je!
notakaki : menangis terharu bila mama balas mesej dan bagitau, mama doakan mimi jadi guru yang lebih baik dari mama. InsyaALLAH. Amin, terima kasih mama..
No comments:
Post a Comment