Tuesday, June 19, 2012

Sem Baru











Assalamualaikum WBT..


Setelah 3 minggu mengemukkan badan dirumah, sudah tiba masanya untuk saya pulang ke tempat asal. tempat yang bakal memerlukan tenaga kerja dan usaha yang lebih..


Yeay, selamat datang semester 4.. tinggal 4 semester lagi yang perlu diharungi. tinggal 2 tahun saja lagi untuk saya tamat belajar. perjalanan masih jauh lagi. 


Tiada apa yang diharapkan cuma semoga diri ini terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk menuntut ilmu, dipermudahkan segala urusan dan berjaya di dunia dan di akhirat.


Selamat memulakan semester baru rakan-rakan IPG.. semoga kita semua diberi kemudahan dalam semua perkara..


"Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya. "

(Riwayat Ibn Hibban)


notakaki : kuliah hari kedua ; masih tiada sebarang interaksi. bersedia untuk kelas ganti..

Sunday, June 10, 2012

Kerana Aku Rindukan Mereka.. :(









Assalamualaikum WBT..


Bismillahirahmanirahim..



Coretan dari hati yang ingin meluahkan.


Saya tidak pernah menduga bahawa ALLAH SWT akan memberikan saya peluang untuk berkhidmat di rumah anak yatim itu. Meskipun waktu yang diperuntukkan kepada saya hanya pada waktu kelapangan di hujung minggu namun nikmat yang sementara itu terus kekal di hati saya menjadi kenangan yang terindah.


Saban hari saya asyik memikirkan, bagaimana perasaan mereka yang sudah kehilangan permata berharga di dalam hidup mereka. saya yang jauh beribu batu dari permata hidup saya sering kali merasa rindu kepada mereka. tetapi, mereka? Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui perasaan anak-anak kecil itu.


Pertama kali bertapak di sana, perasaan saya bercampur baur! Saya takut, saya tertekan, saya teruja, saya bimbang! Semua saya rasa, saya takut hati saya luluh melihat mereka, saya teruja untuk bersama mereka, menyelami apa yang mereka rasakan. Namun sehari bersama mereka jelas menunjukkan mereka amat memerlukan. Ya mereka memerlukan kasih sayang, mereka memerlukan perhatian, mereka memerlukan sahabat untuk berkongsi.


Alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk saya berkongsi dengan mereka, Allah memberi saya pelajaran bahawa sesusah dan seteruk ujian yang saya terima, teruk lagi ujian yang terpaksa mereka hadapi. Saya diuji dengan ujian kesakitan, namun saya masih ada mereka-mereka yang baik untuk bersama di sisi saya. Tetapi! Anak kecil itu diuji dengan ujian kehilangan permata berharga mereka, mereka kehilangan kasih sayang pada usia yang masih kecil, usia yang mana manusia amat-amat memerlukan kasih sayang untuk membesar dengan sempurna.


Tetapi, ALLAH itu Maha Mengetahui. Setiap saat yang akan datang sudah DIA ketahui apa yang akan terjadi kepada setiap hambanNya. Mungkin ALLAH menguji anak kecil itu dengan ujian kehilangan, namun ALLAH memberikan mereka hati yang cukup kuat, cukup tabah dan cukup tekal untuk menghadapi kehilangan itu! ALLAH memberi saya kekuatan, kelapangan, pelajaran yang terindah untuk saya belajar bahawa dalam hidup ini jangan pernah mengalah, jangan pernah berputus asa! Perjuangan harus diteruskan kerana disetiap perjalanan itu ALLAH ada disisi yang sungguh dekat untuk membantu hamba-hambaNya. SubhanaAllah..


Kunjungan setiap minggu ke sana Alhamdulillah diterima baik oleh mereka. apa yang paling mengembirakan ialah, mereka masih ingat akan nama penuh saya meskipun saya pernah tidak ke sana dalam tempoh hampir satu bulan! Mereka masih teruja untuk belajar, bermain, berkongsi dengan saya! Allahuakbar, indah sungguh percaturan ALLAH. Kini, saya sedang bercuti, mereka juga begitu, namun mereka sentiasa dihati saya, jauh dimata namun dekat di hati dan di dalam doa.


“Ya Allah, lindungilah mereka, limpahkan mereka dengan kasih sayangMu, berikanlah mereka segenap kekuatan untuk terus berjuang dijalan Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. “


Notakaki :: Teach For The Need (TFTN)! Terima kasih! Syukur Alhamdulillah Ya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...