Assalamualaikum wbt..
Hai semua, salam ramdhan yang mulia.
Harap anda semua sihat sejahtera dipenghujung ramadhan yang
mulia ini.
Tinggal beberapa hari lagi sebelum menjelang Syawal, moga
kita semua masih berpeluang untuk mengejar saki-baki ramdhan yang tinggal.
Dalam post-post sebelum nie saya banyak menulis dan
berkongsi sesuatu mengenai TFTN.
TFTN nie sebenarnya singkatan daripada ‘Teach For The Needs’
di mana kami membantu kanak-kanak yang lemah dalam pendidikan.
Alhamdulillah sekarang beberapa pelatih guru dari IPG IPOH
sedang membantu anak-anak yatim di DAHIKMAH Gopeng, Perak. Sebuah yayasan anak
yatim dan golongan miskin. Kami akan ke sana setiap hujung minggu dan bantuan
pelajaran kepada anak-anak di sana secara percuma, kerana kami yakin setiap
individu itu mempunyai potensi untuk berjaya.
Syukur, kerana pihak di sana menerima kehadiran kami dan
anak-anak di sana cukup teruja dengan kehadiran kami.
Bagi kalian yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai TFTN, boleh klik pada link ini ! Yeah, satu lagi klik di sini..
Dan,
Kepada anda yang ingin menghulurkan sebarang bantuan kepada
DAHIKMAH atau TFTN tak kira wang ringgit atau alat tulis dan sebagainya, boleh
la merujuk kepada saya. Dan kami amat-amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi sukarelawan dalam TFTN.. InsyaAllah niat baik, sedekah dan bantuan yang anda hulurkan itu
akan saya sampaikan dan semoga dapat mengembirakan hati mereka..
Terakhirnya,
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.. (^__^*)
*gambar sekadar hiasan, cari saya kalau jumpe..haha*
Notakaki : Erti kegembiraan ; kegembiraan itu hadir apabila
kita memberi sesuatu dengan ikhlas dan orang yang menerima itu gembira.. Raikan
Aidilfitri anda dengan memberi atau sekurang-kurangnya menjentik orang lain
untuk sama-sama memberi.. (^__^)
2 comments:
Sronoknye..dh daftar nma..tp nk join program mcmmna ye?
alhamdulillah..
da daftar kat website TFTN ke?
kalau nak join blh je join kat DAHIKMAH..tp kami rancang nak buat kat satu lagi rumah anak yatim dekat2 dgn IPG IPOH...:)
thanks yea..
Post a Comment