Sunday, September 16, 2012

Di Suatu Hari

Maha Suci Allah.






Assalamualaikum WBT..



"Akak, sini kejap nak bagitahu sesuatu. Akak saya minat sangat nak melukis, tapi kan saya tak ada kertas la." ; Mohammad.

Akak kalau saya lukis komik tebal-tebal dan banyak-banyak boleh tak kalau kita hantar dekat surat khabar ke majalah ke? ; Fahmi

InsyaAllah boleh, kenapa nak hantar kat majalah atau surat khabar?

Sebab nanti bila pak sedara saya tengok ada nama saya dalam majalah atau surat khabar mesti diaorang bangga dengan saya ; Fahmi.

Dahrul suka akak dan abang-abang datang, tapi Dahrul xsuka kalau akak-akak dan abang-abang balik. ; Dahrul.

Nanti akak akan tengok saya masuk surat khabar, jadi pemain muda bola sepak. ; Syawal

Ikhwan telefon mak tadi, mintak mak belikan bola untuk kiteorang. kiteorng rindu dengan mak, nak telefon mak boleh tak.

"Hadiah! hadiah! waaa, hadiah dia menarik sangat. cikgu saya nak masuk nyanyi lagu jugak. 

mereka akan melakukan sesuatu jika ganjaran yang diberikan setimpal dengan usaha mereka.

Mereka adalah anak-anak kecil yang menghuni di sebuah rumah anak yatim dan golongan miskin. mereka insan yang memerlukan secebis kasih sayang, perhatian dan bantuan.. 



notakaki : to handle yourself, use your head. to handle others, use your heart. 
TFTN, DAHIKMAH. 

Sunday, September 9, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah =)





"Semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui"




Assalamualaikum wbt


Hari ini dalam sejarah :-

  1. Darul da boleh cakap banyak! dia duduk di tepi saya dan berbual panjang dengan saya.
  2. Nasrul, salah seorang murid yang jarang berbual dan senyum kepada saya tetapi hari ini dia belanja saya 2 batang ais krim dan mintak saya datang lagi minggu depan.
  3. Hakimi menangis hampir 4 kali, tetapi dipertahankan oleh abang kesayangannya. duduk di tepi saya dan menikmati ais krim yang dibeli.
  4. Rahman murid tahun 6 yang lambat membaca tetapi berjaya membaca satu ayat panjang hari ni dan jawab soalan PMR.
  5. Iman menikmati ais krim yang dibelinya di atas pangkuan ku.
  6. Murid darjah 5 join kelas saya jugak.
  7. Beramah mesra dengan adik-adik sekolah menengah.
  8. Dapat komik yang dibuat khas oleh Fahmi. cantik-kreatif-menarik.
  9. Makin hari makin jatuh cinta-jatuh sayang.
  10. Bbq ramai-ramai. mengeratkan hubungan kami semua.


Inilah kuasa ALLAH SWT. menemukan saya dan mereka.
Inilah kuasa TFTN..
Inilah kuasa DAHIKMAH (yayasan anak yatim dan golongan miskin)
Inilah kuasa cinta dan sayang..

notakaki: Setiap orang yang saya jumpa, dalam beberapa perkara melebihi saya. Oleh kerana itu saya selalu belajar daripada orang lain. (Emerson)

Wednesday, September 5, 2012

Rancangan Allah =)


InsyaAllah,
Allah akan tentukan yang terbaik untuk saya, anda dan semua..
(^__^*)


notakaki : Alhamdulillah, kekalkan motivasi..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...