"Semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui"
Assalamualaikum wbt
Hari ini dalam sejarah :-
- Darul da boleh cakap banyak! dia duduk di tepi saya dan berbual panjang dengan saya.
- Nasrul, salah seorang murid yang jarang berbual dan senyum kepada saya tetapi hari ini dia belanja saya 2 batang ais krim dan mintak saya datang lagi minggu depan.
- Hakimi menangis hampir 4 kali, tetapi dipertahankan oleh abang kesayangannya. duduk di tepi saya dan menikmati ais krim yang dibeli.
- Rahman murid tahun 6 yang lambat membaca tetapi berjaya membaca satu ayat panjang hari ni dan jawab soalan PMR.
- Iman menikmati ais krim yang dibelinya di atas pangkuan ku.
- Murid darjah 5 join kelas saya jugak.
- Beramah mesra dengan adik-adik sekolah menengah.
- Dapat komik yang dibuat khas oleh Fahmi. cantik-kreatif-menarik.
- Makin hari makin jatuh cinta-jatuh sayang.
- Bbq ramai-ramai. mengeratkan hubungan kami semua.
Inilah kuasa ALLAH SWT. menemukan saya dan mereka.
Inilah kuasa TFTN..
Inilah kuasa DAHIKMAH (yayasan anak yatim dan golongan miskin)
Inilah kuasa cinta dan sayang..
notakaki: Setiap orang yang saya jumpa, dalam beberapa perkara melebihi saya. Oleh kerana itu saya selalu belajar daripada orang lain. (Emerson)
1 comment:
ALHAMDULILLAH ^_^
Post a Comment