Wednesday, December 25, 2013

Kata 82

Thursday, December 5, 2013

Kata 81

Assalamualaikum.


Kata orang ;



Indah mana ikan-ikan yang berenang di akuarium berbanding ikan-ikan yang berenang di samudera.

Masih menyambung entry mengenai percutian di Pulau Pangkor bersama anak-anak Dahikmah.

Salah satu aktiviti yang menarik ialah menaiki "jet ski, the great marble, poparazi dan banana boat".

MasyaAllah.

Seronok.

Seronok sangat.

Gembira.

Gembira sangat.

Terima kasih Tuhan di atas kesempatan itu. 









Kata 80

Assalamualaikum.

Kadang-kadang penyakit risau itu dari syaitan.

Kadang-kadang penyakit tak yakin dan tak percaya tu boleh membinasakn diri kita.

Habis tu nak buat macam mane ;

Orang lain dapat je apa yang diaorang nak.
Orang lain bahagia jerr.
Orang lain boleh hidup jer.
Orang lain tak ada pun runsing bagai nak rak!

Hye, itu orang lain.

Kita lain sebab Allah sudah tentukan jalan yang sesuai dan sepadan dengan kita.

Apa yang perlu kita buat ;

Sabar
Solat
Yakin
Tawakkal.

Moga ada yang terbaik buat saya-anda-dan-semua.

:)

Friday, November 29, 2013

Kata 79

Assalamualaikum.

Entry yang disambung.

Salah satu aktiviti yang kami lakukan di Pulau Pangkor ialah membina Istana Pasir.

Seronok tengok anak-anak bekerjasama untuk membina istana pasir mereka.

Kata orang ;

"Jangan kau cabut waktu bermain anak-anakmu dengan cepat. Kerana kelak kau akan menemukan anak-anakmu yang dewasa tetapi keanak-anakkan."

:)

Thursday, November 28, 2013

Kata 78

Assalamualaikum. Hai!

18 - 20 Novmber 2013.

Selepas 3 hari cuti sekolah, saya dan rakan-rakan dengan kerjasama keluarga Darul Hikmah membawa anak-anak bercuti di Pulau Pangkor.

Kami sebagai sukarelawan bertanggungjawab untuk menjaga mereka dan merancang aktiviti sepanjang anak-anak di sana.

Syukur, semuanya berjalan lancar. Terima kasih buat kawan-kawan dan keluarga Darul Hikmah di atas percutian yang hebat ini..

"mereka yang datang itu adalah kemulian-kemulianku. Sesungguhnya aku yang belajar dari mereka, bukan mereka belajar dari aku. Aku bukan guru, aku hanya sahabat bagi mereka!"

*entry ini akan bersambung*

Yuk tengok gambo ;)

Wednesday, November 27, 2013

Kata 77

Assalamualaikum

Muhammad Qhalish Zharfan ;

Anak buah pertama saya dan cucu pertama mama dan baba saya.

Cuti sekolah merupakan ruang dan peluang yang diberi Tuhan kepada saya untuk menjaga si kecil ini. Meskipun dengan hanya mengulitnya tidur, siapkan pakaian dan jadikan lengan saya sebagai bantalnya. Itu semua pengalaman dan pelajaran buat saya.

Semalam, Qhalish berjaga malam. Mungkin tidur lama di siang hari menyebabkan dia sukar untuk lena. Mamanya ke hulu ke hilir, bergilir dengan mama saya untuk tidurkan si kecil ini.

Tuhan, sungguh di sebalik semua kejadian itu pasti ada kisahnya. Sewaktu kita kecil, ingatan jangka panjang kita tidak dapat menembusi apa sahaja yang berlaku bukan.

Jadi, semalam sewaktu kakak saya cuba untuk tidurkan dia meskipun waktu sudah menunjukkan jam 2 pagi, ingatan saya terus menuju ke umur saya yang mungkin seusia Qhalish ;

Mama mungkin berjaga malam, untuk pastikan anaknya tidur lena. Berasa resah gelisah pabila suhu badan naik. Kita mungkin tidak nampak semua itu kerana fitrahnya apabila kita ada anak sendiri baru kita rasa dan tahu apa yang mak kita pernah lakukan kepada kita.

Oleh itu, mengapa kita perlu menunggu lama untuk menghargai ibu bapa kita. Hargai mereka. Sayangi mereka.

Tuhan, semoga dikau tempatkan ibu bapa ku di syurga-Mu.

Muhammad Qhalish Zharfan ; selamat berumur 1 bulan.

Monday, November 25, 2013

Kata 76

25 November 2013.

Sebulan sudah pemergian arwah nenek.

Mengingatinya mengembalikan kenangan lalu.

Kenangan yang tersimpan kemas dalam lipatan memori.

Dan tanpa sedar, 10 tahun berada di sisinya.

Tuhan, terima kasih atas setiap saat yang Engkau berikan.

Nenda, moga dikau tenang di sana. Al-fatihah.

Sunday, November 24, 2013

Kata 75

Assalamualaikum

Khalifah kecil di rumah.

Muhammad Qhalish Zharfan bin Mohd Khairul Anuar.

Dilahirkan pada 25 Oktober 2013.

Cuti sekolah ; tugas Cik Mie ialah dodoikan dia, siapkan baju untuk dipakai dan tepuk dia supaya dia berhenti menangis.. :)

Rase macam seronok jugak bila bangun pagi-pagi bunyi suara kecil dia..

Jaga diri. Selamat bercuti.

Saturday, November 23, 2013

Kata 74

Thursday, November 21, 2013

Kata 73

Pulau Pangkor bersama keluarga Darul Hikmah.

4 hari 3 malam yang sangat-sangat menyeronokkan.

Terima kasih Tuhan di atas kesempatan ini.

Sunday, September 15, 2013

Kata 72

Assalamualaikum 

Language Camp ; Darul Hikmah
15 September 2013.

Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.
Oscar Wilde.



























Where there is love there is life.
Mahatma Gandhi


xoxoxoxo
shamimi jamudin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...