Wednesday, November 27, 2013

Kata 77

Assalamualaikum

Muhammad Qhalish Zharfan ;

Anak buah pertama saya dan cucu pertama mama dan baba saya.

Cuti sekolah merupakan ruang dan peluang yang diberi Tuhan kepada saya untuk menjaga si kecil ini. Meskipun dengan hanya mengulitnya tidur, siapkan pakaian dan jadikan lengan saya sebagai bantalnya. Itu semua pengalaman dan pelajaran buat saya.

Semalam, Qhalish berjaga malam. Mungkin tidur lama di siang hari menyebabkan dia sukar untuk lena. Mamanya ke hulu ke hilir, bergilir dengan mama saya untuk tidurkan si kecil ini.

Tuhan, sungguh di sebalik semua kejadian itu pasti ada kisahnya. Sewaktu kita kecil, ingatan jangka panjang kita tidak dapat menembusi apa sahaja yang berlaku bukan.

Jadi, semalam sewaktu kakak saya cuba untuk tidurkan dia meskipun waktu sudah menunjukkan jam 2 pagi, ingatan saya terus menuju ke umur saya yang mungkin seusia Qhalish ;

Mama mungkin berjaga malam, untuk pastikan anaknya tidur lena. Berasa resah gelisah pabila suhu badan naik. Kita mungkin tidak nampak semua itu kerana fitrahnya apabila kita ada anak sendiri baru kita rasa dan tahu apa yang mak kita pernah lakukan kepada kita.

Oleh itu, mengapa kita perlu menunggu lama untuk menghargai ibu bapa kita. Hargai mereka. Sayangi mereka.

Tuhan, semoga dikau tempatkan ibu bapa ku di syurga-Mu.

Muhammad Qhalish Zharfan ; selamat berumur 1 bulan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...