Assalamualaikum WBT.
15 Jun 2013.
Tiga hari selepas saya keluar dari hospital.
Menjalani kimo-iodine saya yang ke-6.
Menjalani Ablation 100Mci saya yang kedua.
Semalaman saya tidur di wad yang sampai sekarang saya rase
seram dan menakutkan.
Perjalanan selepas keluar hospital bukan mudah.
Saya sering merasa loya.muntah.mual dan pening.
Bau makanan buat saya pening.
Makanan masuk dalam badan saya buat saya rasa ingin muntah.
Badan saya letih dan lesu.
Minda saya asyik teringat akan ubat yang saya minum.
Penat.
Perit.
Tetapi itulah ujian untuk saya.
Ujian yang perlu saya tempuhi untuk sihat diakhirnya.
InsyaAllah.
Saya harus kuat bukan?
Saya harus lawan bukan?
Doakan saya yea. J
Semoga perkhabaran positif diterima nanti. Amin. InsyaAllah
*tetapi wad dan bilik yang menyeramkan itu memberikan saya
beribu pengajaran dan hikmah.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Syukur Alhamdulillah.
Bersangka baik dengan Sang Pencipta kita yea. J
Notakaki : cuti sehingga bulan Julai. Semoga saya kembali
kuat.