Assalamualaikum semua.
Selain daripada membaca buku, salah satu hobi dan kegemaran saya ialah memasak.
Saya lebih suka masuk dapur dan mencuba pelbagai resepi yang mudah dan comel. *tapi ikut musim jugak. bila musim rajin jerr.. hihi
Eh tapi membakar kek bukan kegemaran saya.
Saya suka untuk mencuba resepi lauk-pauk dan puding-puding tertentu sahaja.
Eksperimen mengenai puding-puding selalunya akan saya lakukan di rumah ketika musim cuti atau di rumah sewa.
"Throwback" salah satu puding yang saya suka buat ialah :- Puding Triffle.
Pertama kali mencuba ketika raya tahun lepas.
Resepi :-
-1 bungkus kek gulung (mimi ambik perisa butter, sebab rase die marveles)
-1 kotak agar2 perisa strawberi jenama NONA
-1 cawan air
-1 tin buah-buahan koktel (pisahkan air dia dari buah)
-2 sudu makan tepung kastard
-1/2 cawan gula halus
-1 tin susu cair/3 cawan susu segar
cara membuatnya :-
1)potong kek dan susun dalam satu bekas..
2) air dari buah2an koktel disiram atas kek yang telah siap di susun..
3) Then masakkan kuah kastard pulak...Cara2 die, campurkan tepung kastard, gula, air & susu cair..kacaukan sampai pekat okeh...lagi pekat lagi sedapppp..
4) lepas tu, tuangkan la kuah kastard tadi atas kek tadi...pastu tabur la buah2an campuran atas kuah kastard td.
5) lastnye masa untuk masak agar2 plak..panaskan atas api & kacau je sampai agar2 ni pekat n likat...dah pekat tu tuang atas buah2an tadi..
da siap semua tu masukkan dalam peti sejuk.. makan mase sejuk2 lagi best..
*kalau nak triffle nak lembut dan budak2 kecik boleh makan, mimi lebih suka guna koktel yang tin besar sebab banyak air dia & nanti dia akan kembangkan kek tadi..
selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment