Monday, August 30, 2010

..:: Bagun Sahur Tauuu...::



Assalamualaikum W.B.T...

Hai, semua berjumpa lagi di ruangan ini.. Harap korang semua berada dalam keadaan yang sihat & masih mampu untuk mengerjakan ibadat puasa ye... Haaa, bila sebut pasal puasa, perkara yang sinonim dengan puasa ialah 'Bersahur'.... Angkat tangan lau korang selalu bangun sahur, ok yang angkat tangan 2 boleh jadi geng aku....hehe... Sahur tu penting tau, banyak keberkatan yang diperoleh lau bangun sahur... Ok, nak tahu sesuatu tentang bersahur,, jom layan kisah kat bawah nie...^_^

*****************************

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

  • Menuruti sunnah;
  • Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
  • Menambah kekuatan untuk beribadat;
  • Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
  • Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
  • Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabdaa Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

-HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur,

Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran

p/s :: oleh itu, jom sahur ramai2...korban la tido 2 sekejap untuk mendapat pahala sahur nie...haaa, bagi yang susah sangat nak bangun 2, letak jam loceng kat telinga...wat lagu yang bising2 sikit + bak kata cikgu aku lak, sebelum tido tepuk dulu bantal & mintak semoga terjaga untuk bangun sahur.. InsyaALLAH tersedar punye la..selamat bersahur semua..^_^

Saturday, August 28, 2010

..:: Sepetang Bersama Mereka ::..

Assalamualaikum W.B.T....

Hai aku menulis lagi untuk hari nie... Petang tadi aku & budak2 perempuan kelas aku berbuka bersama2.. So memandangkan semua 'perempuan' jadinya masak adalah perkara yang terbaik kan.. Haiip, perempuan kena reti masak k..!!..

Haa, kul 4 td 'hampir suku' dari kami turun ke dapur surau, yang lain mungkin ngah membongkang atas katil ag kot, hehe... Xpe yang penting semua turun k.. Ok, mula2 kiteorang sediakan bahan2 dulu, amek2 gambar, basuh2 & start memasak.. Walaweh part masak paling kelakar sekali, yela semua yang ada datang dari negeri yang berlainan so berlaku percanggahan dalam memasak. Semua nak ikut tempat sendiri.. Hehe, ape2 pun makanan tetap jadi makanan, lauk tetap jadi lauk.. Oleh kerana awal sangat masaknya, so lepak ar kat bawah pokok sambil snap pic.. Fuhh, best giler kot.. Da lame x lepak sama2 macam petang tadi.. Ape2 pun kita 'layan' gambar je ea..


lauk yang kiteorang sediakan..^_^


geng-geng start masak..hehe


geng-geng sediakan air & kuih..


amek gambar time dapur 'penuh orang'..hehe


ajk potong sayur...^_^

Haaa, lepas siap masak, tengok2 jam rupenya awal lagi.. So, ape lagi sambung lepak luar ar.. X kan nak tunggu depan lauk lak, x pasal2 kurus pose.. Hehe, time duk luar 2 hujan renyai2 tapi x basah pun coz duk kat bawah pokok. Waa, best ar..lepak + amek gambar...hehe


diaorang...
ayat intan :: amek gambar basikal sekali, bukti 'pengangkutan' kita...


sorang nak, semua nak join...


opss ada lagi...


bertiga lebih baik..haha
ayat tt :: amek gambo aku, biar nampak pemandangan maktab..^_^


doa sebelum makan..
ayat syue :: eh, amek gamba aku ngan sue baca doa..


konon2 baca doa dulu weh..
ayat anith :: amek gamba sini etek... xaci ar...haha

p/s :: Sioyok giler ar berbuka + masak2 ngan korang... Memori yang terindah kot.. Nanti kita buat lagi ea... Next time 'orang lain' lak g pasa.. Bangun awal pagi & g cari udang segar...hehe... thanks 2 budak perempuan J2 sebab banyak membantu & apa yang penting..... KERJASAMA..^_^

..:: Kelebihan Solat Dhuha ::..



Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum W.B.T..

Ape kaba semua, berjumpa lagi di ruangan nie..'skema lak ayat'...hehe, ok ari nie aku bagun awal giler tau sebab nak ke pasar beli barang.. Walaweh g pasar, yela nak buka puasa ngan member2 perempuan 1 kelas, so kiteorang decide nak masak sendiri je & masak kat dapur surau. Emm, kul 7.30 da gerak g pasar tapi memandangkan 'org yang nak anta kiteorang 2' terlajak tidonya maka lewat la kiteorang ke pasar..hehe

Ok jalan-jalan & beli2 barang kat pasar pastu balik maktab balik. Sampai bilik dalam kul 10.. Awal lagi nie, nak sambung tido ke nak buat asgment.. Last kali teringat kat kata2 senior aku time aku pening kepala dulu,, katanya..'balik, ambik wudhuk, solat 2 rakaat.. solat dhuha, buat tau sempat lagi nie, sujud lama sikit, doa kat ALLAH..'..Emm, solat dhuha, alangkah indahnya kalu pagi yang indah & penuh rahmat nie di isi dengan bermunajaat padaNya.. Alhamdulillah dengan kekuatan yang ada aku bangun melangkah untuk menunaikannya.. Haaa, jangan salah faham lak, nie bukan nak 'riya' tau, saje je nak kongsi ngan korang kelebihan solat dhuha.. Jom sama2 kita baca...^_^

SEMBAHYANG DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )

p/s :: ayuh rakan-rakan, sama-sama kita kutip pahala di bulan yang mulia ini. sekadar peringatan buat diri sendiri & semua, semoga kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakannya.. Renung-renungkan, selamat beramal..^_^

Friday, August 27, 2010

..:: Lokasi Berbuka Sepanjang Ramadhan ..::

Assalamualaikum W.B.T....

Hai ape kaba semua, hari nie da 17 Ramadhan da.. Kiranya da masuk Ramadhan fasa ke 2 iaitu fasa pengampunan.. Sebelum tu, saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat serta pembaca blog ini lau ada salah dan silap..^_^

Ok, berbalik pada tajuk kita ari nie iaitu 'lokasi berbuka sepanjang ramadhan'.. Haaa, korang ada tempat yang menarik ke untuk berbuka..? Err, bagi aku lak bermula dari ramadhan yang pertama hinggalah sekarang aku banyak berbuka kat surau IPG Ipoh nie je.. Kebiasaannya memang tiap-tiap tahun kelas yang bertugas + jabatan yang bertugas dikehendaki menyediakan juadah berbuka untuk pelatih-pelatih...

Waaa, best tau berbuka kat surau, makan dalam talam, suap-suap & macam-macam ar. Bagi aku & beberapa orang sahabat yang lain, benda nie rutin bagi kiteorang sebab kiteorg nie ahli lujnah makanan so tiap-tiap petang kena turun awal & tengok kelas-kelas yang bertugas, membantu apa yang patut, ajar apa yang x tahu & tunggu sampai habis moreh..

Fuhhh, penat memang la penat.. Sape cakap 'part time job' x penat, tapi bak kata senior aku 'lau kita buat kerja dengan ikhlas kerana ALLAH, InsyaALLAH segala urusan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH & berapa banyak pahala yang kita dapat bila kita sediakan makanan untuk orang'..ayat yang sama aku gunakan buat mereka yang bertugas & ayat nie kuar mase wat post mortem..

Sepanjang tempoh penyediaan berbuka nie banyak kisah yang berlaku, kadang-kadang nasi x cukup, kadang-kadang lauk x cukup, kadang-kadang air x cukup & bla..bla..bla.. la.. Ari pertama 2, xyah cakap la mesti ada perkara yang berlaku tapi segala kekurangan 2 dapat di atasi hari demi hari, kelas yang bertugas pun makin lame makin aktif.. Cayaaa la korang sebab bersungguh-sungguh wat keja...

Sekarang tibe masa untuk tengok gambar ye... Da panjang lebar celoteh di atas...


lelaki pun pandai masak ^_^



kerja-kerja pembahagian makanan ^_^


persiapan untuk juadah berbuka


persiapan tempat



ahli-ahli lujnah yg banyak membantu ^_^


pengikat ukhuwah


lokasi berbuka --> surau


moreh pun ada...


golongan senior --> pembantu khas


post mortem

p/s :: Alhamdulillah majlis berbuka puasa berjalan dengan lancar.. terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakannya.. semoga kalian di berkati ALLAH S.W.T..^_^

Thursday, August 26, 2010

..:: Doa ..::



Assalamualaikum W.B.T...

Tafsir Ayat: Doa orang berpuasa, dianiaya, pemerintah adil tidak ditolak

FIRMAN Allah yang bermaksud: Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (jawablah) bahawa Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sheikh al-Maraghi menjelaskan, apabila Allah menuntut hambanya mengenai kefarduan puasa Ramadan, menyempurnakan bilangannya serta menggesa supaya bertakbir untuk persiapan bersyukur, ayat ini sebagai dalil bahawa Allah bersifat Maha Mengetahui keadaan dan Maha Mendengar segala doa mereka.

Sayid Qutub pula berkata, sebelum rangkaian ayat ini meneruskan penerangannya tentang hukum mengenai masa puasa, batasan merasai kenikmatan puasa dan peraturan imsak, kita dapati ia mengemukakan satu tarikan kepada persoalan jauh di sudut jiwa dan rahsia hati manusia.

Sebab turunnya ayat ini, Nabi SAW mendengar orang Islam berdoa kepada Allah dengan suara yang tinggi dalam peperangan Khaibar. Lantas Nabi SAW bersabda kepada mereka yang bermaksud: Hai manusia, perlahankan suara kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan bersamamu.

Selain itu, Ibnu al-Jauzi ada menyebut pendapat lain berkenaan turunnya ayat ini, iaitu seorang Badwi datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Adakah Tuhan kita hampir untuk munajat atau jauh untuk menyeru? Kemudian turunnya ayat ini.

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan, Allah menjelaskan bahawa Dia adalah dekat. Dia memperkenankan doa orang yang memohon dan memenuhi sebarang hajat orang yang meminta. Tidak ada tirai pendinding antara Allah dengan salah seorang hamba-Nya. Oleh itu, mereka sewajarnya menghadap hanya kepada-Nya dalam berdoa, merendahkan diri, lurus dan memurnikan ketaatan kepada-Nya semata-mata.

Prof Hamka menyatakan di penghujung ayat ini, jadikanlah bulan puasa sebagai bulan penuh ibadat, membaca al-Quran, solat dan berdoa. Oleh kerana doa amat penting dan menjadi otak daripada ibadat, maka Allah berkenan memberitahu mengenai doa dan bagaimana sambutan-Nya jika hamba-Nya berdoa menyeru nama-Nya dan memohon sesuatu hajat. Oleh sebab itu, Allah dekat dengan hamba-Nya, maka hendaklah berdoa dan memohon kepada Allah dengan ikhlas dan tidak perlu bersuara keras mahu pun bertempik menyeru nama-Nya.

Lantaran dekatnya Allah dengan manusia, maka tidak perlu perantaraan atau wasilah antara manusia dengan Allah, berdoa dan memohon langsung terus kepada Allah. Malah, Allah hampir pada seseorang yang menarik nafasnya yang penghabisan menunggu saat-saat kematian sebagaimana firman Allah bermaksud: Dan Kami adalah lebih dekat kepadanya daripada kamu, akan tetapi kamu tidak melihat. (Surah al-Waqiah, ayat 87)

Melaksanakan ibadat puasa, seseorang Muslim dilatih dalam keadaan beribadat dan berdoa. Pada masa sama, apabila semakin bertambah makrifahnya kepada Allah, maka semakin bertambahlah ikhlas dan tawakal kepada-Nya.

Natijah daripada latihan dilalui seseorang yang berpuasa terhadap jiwanya dan imannya adalah dia semakin dekat dengan Allah SWT. Lantaran, hampirnya dengan Allah itu yang menyebabkan doanya mudah dikabulkan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah, yang doa itu tidak bermaksud dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah SWT pasti akan memperkenankan doa itu melalui tiga cara, iaitu doa itu akan diperkenankan dengan serta merta, ada kalanya doa itu disimpan dan ditangguhkan dulu untuk persediaannya pada hari akhirat dan ada kalanya dijauhkan dan dipalingkan daripada kejahatan yang seumpama dengannya. (Hadis riwayat Bukhari)

Menariknya, ibadat doa termasuk dalam ayat puasa sekali gus bermaksud doa orang berpuasa itu lebih dekat dikabulkan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu sewaktu hendak berbuka puasa adalah doa yang mustajab. (Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak, iaitu doa pemerintah yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang dianiayai. Akan diangkat doa itu oleh Allah ke atas awan pada hari kiamat kelak dan akan dibukakan baginya pintu langit, lalu Allah berfirman: Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku akan tolong kamu walaupun dalam masa yang sekejap saja. (Hadis riwayat Ahmad, Nasai, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Monday, August 23, 2010

..:: Alhamdulillah ::..




Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah aku menulis sesuatu di sini..
Alhamdulillah di atas kurniaan kesihatan yang masih ok..
Alhamdulillah kerana tugasan kerja kursus yang diberikan hampir sempurna..
Alhamdulillah di atas kurniaan ahli keluarga dan para sahabat yang banyak memberi sokongan..
Alhamdulillah di atas kekuatan yang diberikan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dari Mu Ya ALLAH..
Alhamdulillah di atas ketenangan yang diberikan untuk menghadapi pelbagai tugasan dan cabaran..
Alhamdulillah di atas sokongan yang tidak putus-putus hadir di dalam hidup ini..
Alhamdulillah di atas ujian yang di kurniakan ini supaya dapat aku merasa apa yang orang lain rasa...

Alhamdulillah Ya Allah di atas segala-galanya...

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, namun banyak pula dugaan yang datang..
Kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang bertandang.. Kadang-kadang kita minta kebahagian tapi huru-hara pula menjelang..

Dugaan menjadikan mental kita kuat..
Masalah menjadikan kita berfikir..
Huru-hara menjadikan kita tabah..

Subahanallah betapa hebatnya ALLAH..
Semua aturanNya ada himkah tersembunyi..

Saturday, August 21, 2010

..:: Tiada Tajuk ::..



Assalamualaikum W.B.T...

Hai ape kaba semua, rase macam da lame x menulis sesuatu di sini.. Emm, jadual yang sangat padat + tugasan kerja khusus yang semakin menimbun + tugasan 'lain' yang perlu dibuat menyebabkan aku kesuntukan masa untuk menulis sesuatu di sini.. Nie pun curi2 tulis jap, sepatutnya aku ngah siapkan PN tapi nak restkan otak kejap.. hihi.. Haa, sebelum singgah ke 'new post' nie aku terbaca blog kawan aku nie 'CIK ETA',, dalam blog dia, dia tulis pasal kisah aku.. Waa, terharu sayang dan awak telah buat saya menangis dengan ayat2 gramatis awak. Haa, nak tahu ape yang ditulis pasal aku, dia tulis pasal sakit aku 2..p/s untuk ETA ---> awak jangan cakap awak x bagi semangat kat saya, awak lah salah seorang insan yang banyak bagi semangat kat saya, awak lah seorang sahabat yang banyak tenangkan saya...saya sayang awak k..!!

Dugaan ketika berpuasa amatlah berat untuk dipikul, tapi hikmahnya banyak kebaikan yang diperolehi 'dipetik dari kata2 seorang senior aku..'.. Satu, dua minggu yang lalu, aku menjadi semakin tenang untuk menghadapi penyakit yang aku terima & bersedia untuk menjalani pemedahan, tapi dua, tiga hari nie aku rasa lemah kembali. Yela, sebab 1 petang sebelum berbuka tu aku dapat panggilan tel dari baba aku, dia cakap 'dik, insurans xleh cover pemedahan kamu sebab baba baru start keja kat sini 2 bulan, dia 4 bulan ke atas baru boleh cover',,tappp, mengalir terus air mata aku.. Ba, macam mana kita nak cari duit untuk kos pemedahan mimi.. Ba, nape sakit mimi nie membawa kesusahan pada orang lain.. Ba, mimi nak tanggung sakit nie sorang2 tapi nape orang lain pun kena jugak.. Ba, nape jadi macam nie..

Baba x mampu nak menjawab pertanyaan 2, tapi aku jawab ba, biarlah kita tangguh pemedahan nie dulu, biarla mimi tanggung kesakitan nie daripada mimi susahkan baba n mama. Ma, mimi x sanggup nak ambik duit yang telah lama mama kumpul untuk ke 'rumah ALLAH tu', mimi tahu mama da lama simpan duit tu n mama da lama simpan niat nak ke sana lagi, mimi tahu ma sebab mama selalu cite kat mimi pasal semua tu.. Tapi nape kita kena ambik duit tu untuk mimi..

Lepas berbuka, baba tel balik.. Aku cakap ba ambik la duit dalam tabung haji mimi. Guna la duit 2, nanti mimi boleh simpan balik. Walaupun x banyak yang ada, namun aku rela habiskan untuk kurangkan bebanan mama n baba aku. Aku buntu, ape yang patut aku lakukan. Aku da cuba sorok air mata aku, tapi dalam masa yang sama aku perlukan seseorang untuk lapkan air mata itu, aku perlukan seseorang untuk peluk n bagi semangat kat aku.. Yaa, aku cuba sibukkan diri menguruskan majlis berbuka di surau, orang ajak duduk aku tolak, aku tolak sebab aku x mampu nak pandang wajah kalian, aku takut air mata aku mengalir, aku takut membebankan korang dengan masalah aku. Tapi aku tipu diri aku, aku duduk di tepi Kak Amni, aku x tahan daa, padanya segala air mata takut + sedih + buntu + semuanya aku curahkan... Dia bagi semangat kat aku, dia bagi nasihat kat aku, dia lap air mata yang mengalir di pipi aku, dia peluk aku,, thanks kak..

X cukup sorang, ramai yang datang dan bagi semangat kat aku melalui FB, MSG, masa jumpa dan macam-macam la.. Mimi hargai semangat yang akak2 & adik2 bagi kat mimi, tapi mimi x tahu nak hadapi semua nie.. Mimi xmau susahkan semua..mimi x mahu.. Andainya pemedahan itu boleh ditunda, mimi akan tunda.. Mimi x sanggup tengok mama simpan balik duit dia, mimi xmau tengok baba susah2 cari duit, mimi xmau tengok kawan2 mimi kutip sumbangan untuk mimi. Mimi xmau tengok korang dalam kesusahan hanya untuk mimi, mimi xmau...

Ya ALLAH aku hanya insan yang lemah, namun aku redha atas segala dugaan dari Mu, aku redha kerana aku yakin di sebalik semua ini pasti ada hikmahNya.. Namun bagilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku kuat tika ada orang di sekeliling, namun aku lemah tika aku berseorangan.. kuatkan lah hatiku YA ALLAH..amin..

p/s ----> aku rasa lega sebab boleh conteng sesuatu di sini, tapi maaf ye nie kisah aku..hihi. Pada semua yang banyak memberi semangat, terima kasih aku ucapkan, setiap kata2 yang di tuturkan, setiap pelukan yang diberi, setiap kali tangan itu mengelap air mataku akan aku ingat sepanjang hidup..semoga kalian di berkati ALLAH S.W.T...^_^

Tuesday, August 17, 2010

..:: Peritnya Sebuah Kenyataan ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Ape kaba semua,, da lama aku x menulis sesuatu tentang diri aku kat ruangan post nie, yela sebelum nie banyak kisah yang aku dapat dari orang lain & aku transfer ke sini. Ok, berbalik pada tajuk kita, 'Peritnya Sebuah Kenyataan'.., korang pernah terima x sesuatu benda yang sebenarnya korang x mampu nak hadapi.

Tiba2 aku teringat pada kata2 lecture aku, 'bila kita dalam masalah, kita akan rasa masalah itu berat TAPI bagi orang yang x hadapi masalah itu, dia anggap benda 2 kecik je..' korang faham x ape yang aku nak sampaikan nie..'lau x, abaikan je'..

Bagi diri aku sekarang nie, aku rasa macam xpercaya je dengan kenyataan yang memang aku perlu hadapi. Pada 12 Ogos yang lalu aku telah disahkan menghidap penyakit 'tiriod' tahap tinggi.. Bengkak pada leher aku da terlalu besar & jarang dijumpai pada usia muda seperti aku nie & tiriod nie da merebak ke bahagian lain tengkuk aku.. Nie menyebabkan aku sukar untuk bernafas.. Keesokkan harinya '13 Ogos' aku sekali lagi ke hospital untuk scan tiriod aku 2.. Dan keputusannya ialah aku kena buat pemedahan secepat mungkin sebab sebelah kanan da bengkak '7cm', sebelah kiri '2cm' & kat saluran pernafasan aku ada lebih kurang 4 biji kecik... Fuhh, satu kenyataan yang amat sukar untuk aku terima. Bila doktor cakap 'tiada ubat melainkan pemedahan, mata aku dah bergenang & hanya keluarga je yang aku fikirkan'.. Aku perlukan mama aku untuk redakan ketakutan nie' aku perlukan baba aku untuk redakan kesakitan nie' 'aku perlukan adik beradikku untuk redakan keperitan nie'..aku perlukan kalian...

Ok, da stop beremosi...!!!... kita kena kuat hadapi kenyataan nie kan... Aku akan cube untuk kuat.. Tadi aku telah pun dapat keputusan untuk pemedahan 2.. Pada 6 September 2010 nie, InsyaALLAH pemedahan itu akan dijalankan. 5 September 2010 aku da start masuk wad sebab nak bersedia untuk dibedah... Err, jap raya macam mane... Ermm, mungkin nie hadiah raya untuk aku kan...

Kepada rakan2 & saudara mara & pembaca2 blog nie, doakan saya selamat ye.. Maaf lau ada salah & silap selama kita kenal... Sayang korang..^_^

p/s :: terima kasih kepada keluarga, kawan2, senior2 & semua yang banyak bagi semangat kat mimi.. tanpa korang mimi x akan kuat.. Time kasih ye, hanya Allah je dapat balas jasa kalian.. Semoga kalian diberkati ALLAH S.W.T..^_^

Sunday, August 15, 2010

..:: -- Tanpa Wang -- ..::




Assalamualaikum W.B.T..

Hai ape kaba semua.. Macam mane ngan puasa korang,, harap2 semuanya ok.. Maaf ye kawan2 sebab da lame x update blog coz 'sibuk' sikit.. Okey hari nie aku nak share sesuatu mengenai 'sedekah'.. Korang pernah dengar cerita pasal 'Bersedekah' x..??.. Bersedekah nie xsemesinya kita mengeluarkan duit @ wang, tanpa wang pun kita boleh bersedekah tau.. Haaa, nak tahu macam mane, ok jom kita baca kisah kat bawah nie..


**************************

Assalamualaikum w.b.t.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”
Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas. Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah. Setiap langkah menuju solat itu sedekah. Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah. Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah. Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar. Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan. Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ? Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita. Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya. Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah. Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah. Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak.

p/s : Ramadan da tiba kan..jom kita pakat2 tingkatkan amalan sedekah kita..yg kurang, kita tambah2kan.. ('',)

Thursday, August 12, 2010

..:: Ahlan Ya Ramadhan ::..



Assalamualaikum W.B.T..

Ape kaba semua, harap2 semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.. Haa, ari nie merupakan 2 Ramadhan, da 2 ari kita berpuasa.. Orang2 kat luar 2 puasa x..? Puasa tau jangan tinggal lak.. Ok, berbalik pada bulan Ramadhan, sebut je bulan nie apa yang tergambar dalam fikiran kita ialah 'bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan, bulan keampunan & sebagainya'.. Selain itu juga, kawan2 kita x pernah lupa masukkan bahan2 menarik dalam note & tag kita untuk membaca.. Ok, ari nie saya cume ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kelebihan bulan Ramdhan..

********************************

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

p/s :: x terlambat lagi rasenya untuk saya mengucapkan Hepi Ramadhan buat semua muslimin & muslimat.. Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya & semoga kita sentiasa di beri kekuatan untuk menghadapi cabaran2 & semoga kita semua diberkati ALLAH S.W.T...^_^

Monday, August 9, 2010

..:: Syaitan Dirantai ketika Ramadhan Hanya Kiasan..::

Assalamualaikum W.B.T..

Ape kaba semua, diharap semua berada di dalam keadaan yang sihat dan baik.. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia bakal memunculkan diri xlama lagi.. Emm, sudah bersediakah kita dalam menghadapi kedatangan bulan itu.. {tinggalkan persoalan kepada anda semua}.. Ok, pernah dengar x pasal 'syaitan akan diikat @ dirantai pada bulan Ramadhan',,emm..dulu mase kecik2 aku selalu dengar ayat nie, tapi sejauh mana kefahaman kita dalam mendalami maksud yang tersurat & yang tersirat.. Ok, di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang telah dikongsi oleh sahabat aku, mari sama2 kita baca ye...


Tidak mampu kawal hawa nafsu punca umat Islam lakukan kemungkaran pada bulan puasa

Soalan
SAYA ingin mengetahui maksud syaitan dirantai sepanjang Ramadan? Persoalan ini bermain di fikiran berikutan saya melihat ada umat Islam meninggalkan puasa dan terus melakukan maksiat pada bulan mulia ini. Apakah pandangan ustaz mengenai perkara ini.

Rashid,
TERENGGANU.

Jawapan:

Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan puasa, maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dirantai.”

Daripada hadis berkenaan, dapatlah kita memahami pengertian majazi (kiasan) dan hakiki (kenyataan). Dalam pengertian majazi, hadis itu mengandungi makna Ramadan adalah bulan ibadat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Ketika Ramadan, Allah SWT melimpahkan ganjaran pahala yang luar biasa serta membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Dengan melakukan sedikit amal, kita memperoleh ganjaran pahala seterusnya membawa kita ke syurga.

Sehinggakan syurga pada Ramadan itu sentiasa terbuka kerana luasnya rahmat Allah SWT dan neraka, kerana banyaknya pengampunan Allah SWT untuk hambanya sentiasa tertutup dan syaitan bagaikan terbelenggu atau terikat berikutan kesedaran manusia yang terlalu tinggi sepanjang Ramadan.

Jika hadis terbabit difahami secara hakiki (kenyataan), maka kita dapat fahami dan berkata bahawa penderhakaan itu muncul akibat godaan syaitan dan rayuan hawa nafsu. Dalam Ramadan, iaitu bulan puasa, sememangnya syaitan diikat, tetapi bagi orang yang hawa nafsunya tidak dikawal, maka mereka itulah yang menderhaka kepada Allah SWT.

Kalangan ulama menjelaskan terdapat perbezaan antara godaan syaitan dan rayuan nafsu. Syaitan menggoda dengan tujuan menyesatkan dan merugikan manusia, atau sekurang-kurangnya menjadikan manusia tidak beruntung dalam memperoleh rahmat Allah.

Justeru, syaitan dapat mengubah rayuannya dari waktu ke waktu jika ia gagal dalam rayuan yang pertama. Ini berbeza dengan nafsu yang hanya ingin memuaskan dirinya, sehingga apabila ia menginginkan sesuatu, dia tidak akan mengubah dan terus mendesak sehingga keinginannya tercapai. Wallahua’lam.

p/s :: Selamat menyambut ketibaan Bulan yang mulia, Bulan Ramdhan...pe2hal pown SAMBUTLAH KEDATANGAN RAMADHAN INI DENGAN MENGHAYATINYA PENUH HIKMAH BAGI TINGKATKAN KEKUATAN DIRI DAN IMAN..

Friday, August 6, 2010

..:: Wanita ::..



Assalamualaikum W.B.T...

Hai, ape kaba semua..? Harap semua sihat la ye.. Ok hari nie ada 2 orang kawan aku tag nama aku kat 'note' pasal wanita a.k.a muslimah a.k.a gadis & so on.. Emm, wanita..banyak pasal wanita yang kita tahu & kadang2 kita x tahu. Wanita boleh menyebabkan fitnah & wanita mudah ditipu & tertipu.. Oppss, aku cakap bukan ikut emosi ye, cakap berdasarkan pengalaman.. Ok stop cite di sini, sekarang korang bace pasal note 2 ye.. Banyak pengajaran yang boleh diambil.. Harap kita sama2 dapat bermuhasabah diri..^_^

**************************

note 1 ----------> Aduhai Muslimah..Jangan Mudah Tertipu..

Bismillah…Alhamdulillah…

Ilmu ditadah dibuat acuan agar mendatangkan manfaat bersama. Ingin diri ini menyedarkan muslimah di luar sana. Hati ini tergerak untuk mencoretkan bait-bait peringatan bersama setelah membaca salah satu majalah yang menceritakan mengenai hal ini.

Duhai muslimah...
Jangan mudah tertipu, bukan tertipu dengan lelaki ajnabi seperti yang kebiasaannya diuar-uarkan. Tapi...tolong jangan mudah tertipu dengan keindahan pelbagai warna dalam berpakaian yang hebat dipertontonkan di luar sana. Apa ertinya busana muslimah? Adakah maksudnya tudung-tudung yang berjenama artis-artis terkenal di Malaysia?

Lihatlah akhbar, tidak kurang juga majalah. Busana muslimah dan bermacam-macam fesyen di luar sana yang dikatakan sebagai sesuai untuk muslimah kerana selamat dan menutup aurat. Kebanyakannya tidak menepati syarak dan hanya melanggar apa yang dikatakan sebagai tabarruj.

Serius…
Hati saya sebagai muslimah turut tertarik dan teruja tapi sayangnya ia hanyalah busana dan tidak sesuai untuk muslimah. Kenapa? Bukan semua busana muslimah yang cantik dan menarik ini menepati hukum syarak. Kita dikaburi dengan mainan warna yang indah dan seterusnya menjerat hawa nafsu untuk membeli. Dan nawaitu memakainya juga mungkin akan berubah sama sekali.


Firman Allah:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”


[Al-A’raaf ayat 26]
Tudung sepatutnya dipakai untuk menutup rambut. Tetapi malangnya, tudung dipakai di atas paras dada. Ini tidak menjadi hal utama bagi muslimah sekarang, asalkan rambut dapat ditutup mengikut syarat dan yang paling penting adalah menarik. Wanita itu sendiri sudah semestinya punyai daya tarikan tetapi mereka telah ditipu dengan fesyen-fesyen yang akan membawa kepada daya tarikan yang lebih. Persoalannya, kita mahu menarik perhatian siapa? Siapakah insan-insan yang layak melihat keindahan perhiasan-perhiasan ini?



Firman Allah:
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
[Surah an-Nur ayat 31]

Apa ertinya bagi seorang muslimah, andai dia hanya mampu menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, tetapi faktor utama iaitu perhiasannya sendiri dengan mudah dipertontonkan. Bukankah ia tidak sempurna malahan mencacatkan penampilan? Saya tidak mengatakan saya lebih baik. Ini hanyalah sedikit kata-kata peringatan kepada saya dan untuk semua muslima yang dikasihi Allah di luar sana. Kita adalah perhiasan, tetapi pilihan untuk menjadi perhiasan terindah terletak pada diri sendiri. Sama ada ingin menjadi perhiasan yang mahal dan berharga tetapi tidak menarik perhatian dan tidak mudah dibawa mahupun disentuh ataupun perhiasan yang mudah dibawa ke mana-mana, mudah pula dipegang dan disentuh tidak kira masa serta mudah juga menjadi santapan pandangan yang tidak berhak.

Duhai muslimah…
Sekalipun insan sekeliling mengakui keburukanmu sekalipun, telah terlitup indah auratmu mengikut syarak dengan warna yang buruk. Namun andai ia lebih mendapat redha Allah, inilah pilihan untukmu yang terbaik. Namun diri hina ini juga tidak mampu untuk menghalang keinginan dan kebebasan dalam mempertontonkan perhiasan-perhiasan kalian. Ingatlah, cantiknya seorang isteri, layaknya hanya di mata suami. Cantiknya seorang puteri, layaknya hanya pada pandangan ibu bapa untuk menjaga dan memelihara dirinya sebelum dimiliki. Seorang muslimah itu tinggi martabatnya dalam Islam. Semoga penghargaan dari Allah ini akan kekal bertahan dan tidak mudah rebah menyembah bumi. Sedarlah sebelum semuanya terlambat.



*****************************

note 2 -----------> Wanita

jadikanlah ros sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkapkan hubugan manusia
bukan sahaja yang biasa malah adam turut sunyi tanpa hawa
akalmu senipis rambut
terbangkan ia dengan limpahan ilmu
juga atymu bab kaca yg rapuh
kuatkn dengan iman yang teguh

wanita dijadikan dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu utk dilindung
dekat jua dengan hati untuk dikasihi, kaulah wanita hiasan dunia,
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnye dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yg dibentuk..
kaulah wanita istimewa

Thursday, August 5, 2010

..:: Mr Assgment ---> I Love You ::..



Assalamualaikum W.B.T...

Minggu nie minggu asgment ke...
Banyak sangat asgment yang dapat nie..
Haishh.. Harap2 sempat buat + hasil tugasan pun harap2 berkualiti..
Haa, ari nie aku x ada kelas.. Lecture semua xada..
So, ada la mase nak siapkan sikit2..
Xmau da tangguh2, nanti keja last minit xada 'kualiti'...

Mr Asgment ---> I Love U k....
Hadirnya awak disisi saya membuatkan saya bersungguh2 menyiapkan awak..
Hadirnya awak membuatkan saya selalu ke perpustakaan..
Hadirnya awak membuatkan tab internet saya makin bertambah...
Hadirnya awak membuatkan saya selalu bertanya..
Hadirnya awak membuatkan saya faham ape yang saya belajar..
Hadirnya awak membuatkan tido malam saya makin lambat..!!
Hadirnya awak membuatkan saya kurang 'berfb & berblog'..hihi

Mr Asgment ---> I Love U k..
Saya akan menghargai tiap saat awak disisi saya...
Supaya bila awak da x ada nanti, saya akan rindukan awak..
Hehe, chaiyok3x.... Jom Buat ASGMENT....^_^


Wednesday, August 4, 2010

..:: Cerita Kuala Kangsar Pulak ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Hai ape kaba semua.. Aku menulis lagi ye, aiii time xmau tulis kosong je blog tapi bila da start menulis macam banyak je nak tulis..'abaikan ayat2 tu lau anda rasa pusing2'.. Ok, berbalik pada tajuk kita pada hari ini, haaa, cerita Kuala Kangsar la pulak.. Ape yang ada dalam cerita 2 ea.. Haa, semalam aku & budak2 kelas aku ke Kuala Kangsar untuk menjalani 'kajian lapangan', kiteorang kena g sana & jalankan pemerhatian.

Waaa, nie first time aku ke KK & banyak tempat menarik yang aku lawati. Emm, KK nie terkenal dengan pembuatan Labu Sayong, labu sayong yang dibuat semua cantik2, cumil2, cute2 & semua la sampaikan aku 'blur' nak pilih yang mane.. Ok, macam biasa la kan, tengok gambar sudah..'yela wat ayat panjang2 bukan orang nak bace pun'..hihi..^_^


:: tempat pertama ---> Kg Sayong Lembah ::


:: ke2 ---> lembah kk ::


:: ke3 Kg Pauh ::


:: Muzium Diraja Perak ::



:: muke2 excited ::


:: Masjid ****** ----> solat asar ::


:: budak kelas aku ::


:: ngan pelancong dari Australia ::

:: cantiknye ----> air kat belakang 2 ::
hehe..^_*

p/s :: rombongan nie sampai ke magrib tau..letih yang teramat tp best & enjoy..hihi

Tuesday, August 3, 2010

..:: Cerita Kuala Lumpur ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Hai, ape kaba semua... Fuhh, agak lama x menconteng sesuatu di blog aku nie. Kadang2 banyak cerita yang nak dikongsi bersama, tetapi memandangkan waktu x berapa nak mengizinkan so agak lambat la nak 'update' cerita terbaru.. Haa, ok ari nie aku mulakan contengan di sini dengan bercerita mengenai percutian hujung minggu di Kuala Lumpur.. Oppss, sabtu & ahad yang lalu, aku & 2 orang kawan aku 'basirah & anith' g KL. Tujuan ke sana ialah untuk g jumpe seorang ustaz nak check sal tiroid aku, nak ambik kamera ngan kakak aku & nak jumpe family aku. Nasib baik baba & 2 orang kakak aku bekerja di sana, so senanglah lau nak g.

Ok berbalik pada cerita ye, mula2 x plan pun nak g tapi last minit baba aku msg suruh turun KL.. So sabtu pagi 2, pagi2 lagi da kuar dari maktab & g Medan Gopeng. Nasib baik ada tiket kul 9.. Maka bermulalah perjalanan aku & kawan2 ke sana. Banyak tempat yang aku g sambil bawak kawan2 aku menjelajah KL sambil di temani pemandu pelancong 'kakak' aku.. Huhuhu, ok da makin malas nak menulis, so tengok gambar je la ye...^_^


tiket bas + on the way KL



sampai di KL ---> KTM


1st place ---> Istana Budaya...'survey tiket'






:: xleh tengok, ambik gambar jadi ::




:: ada lagi ---> Istana Budaya ::


:: KTM Kepong ---> Midvalley ::


:: Midvalley ::


:: LRT to Jalan TAR ::


:: hari ke2 ---> IKEA ::
ngan kakak2 a.k.a pemandu pelncong aku..


:: kawan2 aku a.k.a ahli rombongan ::


:: cubaan pertama ::
yummy..^_^


:: menikmati sesuatu yang diimpikan ::

p/s :: terima kasih banyak2 kepada kakak2 kesayanganku yang sudi meluangkan masa ngan saya & kepada kawan2 yang sudi teman saya..luv u all..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...