Monday, August 9, 2010

..:: Syaitan Dirantai ketika Ramadhan Hanya Kiasan..::

Assalamualaikum W.B.T..

Ape kaba semua, diharap semua berada di dalam keadaan yang sihat dan baik.. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia bakal memunculkan diri xlama lagi.. Emm, sudah bersediakah kita dalam menghadapi kedatangan bulan itu.. {tinggalkan persoalan kepada anda semua}.. Ok, pernah dengar x pasal 'syaitan akan diikat @ dirantai pada bulan Ramadhan',,emm..dulu mase kecik2 aku selalu dengar ayat nie, tapi sejauh mana kefahaman kita dalam mendalami maksud yang tersurat & yang tersirat.. Ok, di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang telah dikongsi oleh sahabat aku, mari sama2 kita baca ye...


Tidak mampu kawal hawa nafsu punca umat Islam lakukan kemungkaran pada bulan puasa

Soalan
SAYA ingin mengetahui maksud syaitan dirantai sepanjang Ramadan? Persoalan ini bermain di fikiran berikutan saya melihat ada umat Islam meninggalkan puasa dan terus melakukan maksiat pada bulan mulia ini. Apakah pandangan ustaz mengenai perkara ini.

Rashid,
TERENGGANU.

Jawapan:

Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan puasa, maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dirantai.”

Daripada hadis berkenaan, dapatlah kita memahami pengertian majazi (kiasan) dan hakiki (kenyataan). Dalam pengertian majazi, hadis itu mengandungi makna Ramadan adalah bulan ibadat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Ketika Ramadan, Allah SWT melimpahkan ganjaran pahala yang luar biasa serta membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Dengan melakukan sedikit amal, kita memperoleh ganjaran pahala seterusnya membawa kita ke syurga.

Sehinggakan syurga pada Ramadan itu sentiasa terbuka kerana luasnya rahmat Allah SWT dan neraka, kerana banyaknya pengampunan Allah SWT untuk hambanya sentiasa tertutup dan syaitan bagaikan terbelenggu atau terikat berikutan kesedaran manusia yang terlalu tinggi sepanjang Ramadan.

Jika hadis terbabit difahami secara hakiki (kenyataan), maka kita dapat fahami dan berkata bahawa penderhakaan itu muncul akibat godaan syaitan dan rayuan hawa nafsu. Dalam Ramadan, iaitu bulan puasa, sememangnya syaitan diikat, tetapi bagi orang yang hawa nafsunya tidak dikawal, maka mereka itulah yang menderhaka kepada Allah SWT.

Kalangan ulama menjelaskan terdapat perbezaan antara godaan syaitan dan rayuan nafsu. Syaitan menggoda dengan tujuan menyesatkan dan merugikan manusia, atau sekurang-kurangnya menjadikan manusia tidak beruntung dalam memperoleh rahmat Allah.

Justeru, syaitan dapat mengubah rayuannya dari waktu ke waktu jika ia gagal dalam rayuan yang pertama. Ini berbeza dengan nafsu yang hanya ingin memuaskan dirinya, sehingga apabila ia menginginkan sesuatu, dia tidak akan mengubah dan terus mendesak sehingga keinginannya tercapai. Wallahua’lam.

p/s :: Selamat menyambut ketibaan Bulan yang mulia, Bulan Ramdhan...pe2hal pown SAMBUTLAH KEDATANGAN RAMADHAN INI DENGAN MENGHAYATINYA PENUH HIKMAH BAGI TINGKATKAN KEKUATAN DIRI DAN IMAN..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...