Assalamualaikum WBT…
Alhamdulillah selepas menempuh perjalanan yang sungguh jauh akhirnya tepat jam 2.45 pagi tadi saya & rakan-rakan selamat sampai ke bumi Ipoh nie..
Perjalanan bermula awal pagi dari Besut ke Kuala Lumpur.. Menempuh jalan yang teramat sesak di Karak menyebabkan perjalanan tidak sampai pada masanya.
Sekali lagi di uji dengan terlepas train ke Ipoh, tiket yang kehabisan ‘stok’, telefon yang baterinya nyawa-nyawa ikan dan keletihan mengendong beg yang sarat dengan muatan!!
Tapi nasib baik ada rezeki dapat naik keta merah balik Ipoh. Terima Kasih banyak2.. jasa anda akan kami kenang. Alhamdulillah walaupun terpaksa mengharungi semua itu namun inilah yang dikatakan tarbiah dari Allah.
Syukur Alhamdulillah selamat sampai & berjaya menghilangkan keresahan yang bersarang di hati mama dan baba..(^_____^*)
********
Senarai panjang yang diberikan oleh doktor akan berkuatkuasa pada 7.2.2011 iaitu hari ini. Xtahu la sampai bila akan digunakan, mungkin sehingga rawatan itu selesai dijalankan..
Bermula pantang dari hari ini..
Antara makanan yang xboleh diambil ialah :-
- Garam beriodin & garam laut (kurangkan makan diluar dalam tempoh yang ditetapkan)
- susu, hasil tenusu & telur.
- makanan laut termasuk ikan , semua jenis makanan yang bercengkerang, rumpai laut, lumut laut dll.
- Makanan yang mengandungi bahan tambahan seperti carragenin, agar2, algin, alginate & semua yang terhasil dari rumpai laut.
- Makanan yang diawet & diasingkan seperti daging & jeruk.
- Roti.
- Makanan & ubatan yang mengandungi pewarna merah.
- Coklat
- Molasses
- Hasil soya (sos soya, susu soya, taufu & sebagainya)
Hari nie merupakan hari pertama saya & Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun mind set terpaksa diubah beribu kali!!
Doakan saya terus kuat & cepat sembuh ye.. Terima Kasih..
2 comments:
mula2 jer 2 susah..
lps nie ok la 2...
amin...
harap2 mcm 2...
time kasih ye..
Post a Comment