Assalamualaikum WBT..
Hai, ape kaba semua? Harap semuanya sihat. Macam mane ngan cuti korang, best tak? Mesti banyak kenduri dan tempat-tempat menarik yang korang pergi kan. Saya Alhamdulillah baru selamat pulang dari Pulau Langkawi, percutian selama 3 hari 2 malam itu betul-betul menyeronokkan.
Langkawi merupakan sebuah tempat pelancongan yang terkenal dengan tempat membeli pinggan mangkuk, cadar, kain batik, segala jenis alatan dapur bagi bagi kaum perempuan dan tempat memborong coklat yang beraneka jenisnya. Haaa, nak datang Langkawi bawak duit banyak2 ye..!!!
Lawatan selama 3 hari ini memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk melawat hampir semua tempat menarik yang terdapat di Langkawi. Nak tahu tempat yang kami lawati, jom tengok same2..(^___^*)
Hari pertama : IPG Ipoh ke Jeti Kuala Perlis. Feri jam 3 petang, sampai ke Langkawi jam 4 petang, check in motel dan berjalan ke Pekan Kuah. Tempat yang terkenal dengan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan yang murah harganya. Malamnya, saya dan 5 orang rakan berjalan-jalan di sekitar Dataran Lang.
Hari kedua : Island Hopping. Mengelilingi 4 buah pulau dengan menaiki bot. Petangnya pula kami ke pusat minyak gamat, pusat kain batik dan ke Langkawi Cable Car. Shopping minyak gamat, kain batik & merasai pengalaman menaiki cable car..
Hari Ketiga : Ke Makan Mahsuri, Galeri Perdana, Telaga Air Panas *Ayer Hangat*, Pekan Kuah, Jeti & pulang…(^____^*)
notakaki :: Alhamdulillah seronok sangat-sangat & Alhamdulillah dapat tengok ciptaan ALLAH yang begitu indah. Sekarang sudah berada di kampung bersama keluarga tersayang. Dapat tahu banyak berita gembira. Syukur Ya Allah. (^___^*)
No comments:
Post a Comment