Thursday, May 5, 2011

Usaha & Tawakkal ;)


*gambar sekadar hiasan*
kredit kepada danbo..


Assalamualaikum WBT..


Perjalanan hari ini bermula dengan suatu perjalanan yang jauh, dari Ipoh ke Kampung Batu Gajah. Tujuan ke sana untuk berjumpa dengan doktor homeopathy. Bercakap mengenai doktor pasti akan menimbulkan tekanan pada diri saya. Saya AMAT TIDAK SUKA berjumpa dengan doktor sebab saya malas nak tahu keputusan pemeriksaan kesihatan. Bagi saya, bila saya tahu sesuatu keputusan pasti bagi kesan pada diri saya, apetah lagi kalau keputusan itu keputusan negative.


Tapi ape2 pun setiap keputusan tu mesti kita kena terima kan. Sebab apa yang terjadi pada diri kita, semuanya telah ditetapkan dalam suratan takdir kita. Tiada yang dapat mengubah takdir kita melainkan dengan DUIT = Doa, Usaha, Ikhtiar, & Tawakkal.


Perjalanan yang jauh itu disusuli dengan titipan motivasi dari pensyarah yang membawa saya. Tiada kekuatan yang dapat disalurkan melainkan dengan kata-kata yang sungguh bermakna. Hari ini saya berjaya mengutip ilmu mengenai ‘Usaha & Tawakkal’.


Suatu titipan motivasi yang cukup menarik dan buat saya insaf.


Hidup ini hanya sementara dan apa yang kita perolehi ini hanyalah pinjaman dari ALLAH SWT. Ya, segala-galanya adalah milik ALLAH. DIA berhak untuk menarik balik barang yang diberi pinjam kepada kita, dan kita selaku peminjam haruslah redha bila barang pinjaman itu ditarik balik.


Harta, kekayaan, pangkat, kesihatan, anak, suami isteri, dan segalanya adalah milikNYA. Bila kita peroleh sesuatu, jangan kita terlalu tamak sehingga kita fikir semuanya milik kita. Renung kembali, semuanya dari ALLAH Yang Maha Esa. Bila ‘barang pinjaman’ kita ditarik balik, jangan diratapi pemergiannya kerana hakikat sebuah kehidupan, barang yang dipinjam harus dipulangkan kepada tuan empunya semula bukan!


Ujian kesakitan atau musibah yang menimpa kita juga kadangkala Allah hadirkan supaya kita sedar akan kekilafan kita, dosa-dosa lalu. Namun ia juga datang sebagai ujian untuk menguji tahap keimanan kita. Setiap hamba, Allah uji dengan cara yang cukup berbeza. Mungkin saya diuji dari tahap kesihatan saya. Mungkin untuk saya lebih berhati-hati dan terus menjaga diri dengan lebih baik. Andai kita ditimpa suatu musibah, renung kembali kisah silam kita. Namun renung bukan untuk MENYESALI kesilapan lalu, namun renung ia sebagai peniup semangat kita untuk terus dekat dengan Sang Pencipta dan sentiasa redha dengan ujian yang diberi. Jangan mudah patah semangat dan menyalahkan takdir. ALLAH tidak akan menguji hambaNya melainkan dengan kesanggupan hambaNya..(^___^)

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


Dalam mengharungi setiap ujian yang dihadapi maka titipkan semangat untuk berusaha dan bertawakkal kepada ALLAH. Allah yang menciptakan kita, DIA tahu di mana letaknya kekuatan dan kelemahan kita. Berusahalah untuk sembuh, Berdoa lah selalu semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi setiap ujian yang dihadapi dan letaklah seluruh HARAPAN kita kepada ALLAH. Kerana dariNya sesuatu musibah itu datang dan dariNya jugalah ubat kepada musibah itu.


Ingat semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman. Jangan ditangisi jika diambil kembali, jangan tamak dalam mengejarnya dan jangan kedekut untuk berkongsi! Semoga kita sama-sama dapat mengumpul bekal untuk berjumpa dengan Sang Pencipta kita.


Peringatan untuk diri sendiri juga..


Syukran kepada mereka yang banyak memberi motivasi. Semoga kita semua diberkati ALLAH SWT.. Amin..(^__^)

Notakaki :: Bersediakah kita untuk hari kematian dan bertemu dengan Sang Pencipta??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...