Friday, June 10, 2011

Jaga Diri, Jaga Iman ;)

Assalamualaikum WBT


Jaga diri, jaga iman.


Kata-kata di atas nie pernah singgah di ruangan telefon bimbit saya. Peringatan dari seorang senior saya dan dari kakak usrah saya. Kalau dulu, saya sering abaikan kata-kata itu, tapi sekarang saya selalu pesan pada diri. Ye, jaga diri dan jaga iman!


*terima kasih atas peringatan*


Diri perlu di jaga sebaik mungkin supaya kita tak terjebak dengan anasir-anasir yang kurang elok. Tapi kadang-kadang memang kita da jaga diri kita sebaik mungkin dan mendapat didikan yang sebaiknya tapi ada jugak yang tercicir. Haa, tu pentingnya gabungan jaga diri dan jaga iman tu!


Tengok bila iman terjaga, InsyaALLAH semuanya terjaga. Jaga iman, jangan terlalu leka dengan apa sahaja yang melalaikan. Bila tiba cuti sekolah, hati sering kali lalai dari buat sesuatu yang baik. Kadang-kadang Al-Quran jarang dibaca, selawat dan zikir dibiar begitu sahaja. Bila hati mula lalai dari buat semua tu, nak mula buat semua tu balik pasti susah kan. Tu orang cakap jangan tinggalkan, nanti nak mula balik susah. . *peringatan untuk diri sendiri*


Adik saya pernah mengeluh, ‘haissh macam mane nak hafal surah Yassin nie, nanti ada ujian’. Saya spontan jawab, ‘bace selalu, InsyaALLAH lama-lama nanti ingat la’. Bila saya jawab soalan adik saya tue, saya teringat akan diri saya yang kadang-kadang turun naik nie. Kadang-kadang saya hanya pandai cakap kat orang, tapi saya sendiri susah nak buat. Teringat bila tiba musim peperiksaan, mula la kalut nak buat solat hajat, menghafal bagai nak rak dan sebagainya. Sebenarnya benda tue patut buat dari awal lagi kan. Mama saya selalu pesan, jangan tunggu hari tu tiba baru nak buat, mula dari awal baru hati tenang. Sama dengan kata-kata “Buat persiapan ketika gelombang kecil, jangan tunggu hingga gelombang besar tiba”..(^____^*)


Saya selalu tanya senior-senior saya, apa rahsia mereka cemerlang? Kadang-kadang study sikit je, tapi result power. Jawapan dia jaga hubungan dengan ALLAH dan jaga iman kita. Kita sering lupakan ALLAH bila tiba musim peperiksaan, kononnya nak study sampai lupe untuk jemaah sekali, Al-Quran dipandang sepi, zikir diganti dengan bibir yang terkumat-kamit menghafal. *bukan pada orang lain, saya sendiri pernah laluinya*. Padahal itulah ganjaran buat kita bila kita tak lupakan ALLAH. Bila kita selalu ingat kat ALLAH, ALLAH pasti akan ingat kat kita jugak. Bila kita buntu dalam buat sesuatu, pasti ALLAH hantarkan jawapannya.


Kadang-kadang saya lihat, mereka yang diuji dengan dugaan yang cukup hebat mampu menerima semua itu seadanya. Macam mane mereka kuat ye, sedangkan saya yang terkena demam sikit pun da meraung bagai nak rak. Kata orang, iman mereka kuat. mereka mampu bersabar dan redha menghadapi setiap ujian itu, sebab mereka tahu adanya hikmah disebalik semua itu. Tengok bila kita jaga iman kita, ALLAH pasti akan lapangkan hati kita untuk terima sesuatu dan hati kita pasti akan redha di atas sesuatu yang menimpa.*yakin dengan kekuasaan ALLAH, pasti kita akan tenang dan redha atas sesuatu*.


Cerita lalu menerjah masuk ke dalam kotak fikiran buat seketika, kejadian ini berlaku ketika ayah saya hendak menghantar saya dan mama ke stesen bas. Kereta pada mulanya membuat onar, maklumlah kereta lama. Namun dengan penuh tawakkal ayah saya membawa kereta kesayangannya dengan dimulai doa menaiki kenderaan. Saya lihat dia begitu menyerahkan segalanya kepada ALLAH. Dalam doanya, dia bermohon agar kami semua selamat dari perkara yang tidak elok. Doa saya dalam hati agar kami selamat sampai tanpa sebarang masalah. Namun benar kata orang hidup ini adalah ujian, tanpa disangka-sangka kereta ayah saya rosak ditengah jalan yang sedang sesak. Mencari-cari puncanya tentulah akibat kekurangan air dalam tangki. Kebiasaannya saya atau mama saya akan membawa bekal air ke mana sahaja, namun nak dijadikan cerita, tiada satu botol air pun yang berada dalam kereta. Semua jadi kalut! Namun kuasa Tuhan siapa tahu, di dalam kesesakan yang teramat, datanglah seorang india membantu ayah saya. Di isi sebotol penuh air, kereta masih seperti tadi. Sekali lagi kami menjadi cemas dan sekali lagi saya belajar sesuatu, yakin dengan kuasa ALLAH. Bila kita berserah padaNya maka pasti ada jalanNya. Tidak lama selepas itu, datang seorang polis trafik membantu kami dan Alhamdulillah kereta berjaya dihidupkan dan kami sampai ke stesen bas tepat pada masanya.


Tengok, dari sini saya dapat lihat betapa kuasanya ALLAH SWT itu. Bila mana kita berdoa kepadaNya pasti doa itu akan diperkenankan. Bila kita ingat padaNya, DIA pasti akan ingat pada kita. Pengajarannya berdoalah sebelum melakukan sesuatu, InsyaAllah akan selamat semuanya.


Terlalu banyak kesannya bila kita menjaga semuanya. Kesan yang dapat kita rasainya sendiri. Hati akan menjadi tenang, tiada keluh kesah, disukai ramai dan bahagia selalu. Apa yang penting, jaga lah iman selalu. Jika tidak, hilang begitu saje..*peringatan untuk diri sendiri*


Notakaki :: Hidup adalah pengajaran. Kadang-kadang mungkin pengajaran itu bukan datang terus kepada kita. Mungkin pengajaran itu datang kepada kisah hidup orang lain untuk kita belajar dan ambil iktibarnya. Jaga diri, jaga iman..(^__^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...