Friday, July 29, 2011

Jangan Pernah Putus Asa =)






Assalamualaikum WBT..


Apa khabar semua, harap anda semua sihat di dalam jagaan Ilahi. Hari demi hari tanpa sedar bulan Ramadhan hampir menjelang tiba. Hari yang dilalui kadang kala terusik dengan ujian ALLAH di persimpangan jalan. Ujian yang kadang kala datang menyapa menyebabkan hati berputus asa untuk meneruskan perjalanan. Putus asa, putus harapan semuanya sikap negatif yang harus dibuang jauh-jauh. Terkadang jari menulis memberi semangat pada orang, bibir bertutur melantunkan semangat namun tatkala saya berputus asa adakala saya juga payah untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ini.


Berada bersama mereka yang penuh sifat motivasi, penuh dengan sifat tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan hidup memberi saya suatu pengajaran yang susah untuk diperolehi. Saya seorang yang mudah patah semangat, bila ujian datang menyapa saya sering meratapi tentang apa yang terjadi. Baba saya sering memarahi saya kerana bersikap sedemikian, yela ayah mana yang sanggup melihat anaknya sering berada dalam kesedihan sedangkan ubat yang paling mujarab dalam menghadapi kesakitan adalah dengan bersikap gembira dan redha dengan ujian yang dihadapi.


Kesakitan yang datang sekali sekala menyebabkan perasaan putus asa turut datang mengisi kekosongan hati. Mengapa putus asa turut wujud dalam perasaan ini? Jawapannya mudah sahaja, datangnya untuk menguji hati manusia samaada perasaan itu mahu diteruskan atau berusaha untuk bangkit dari putus asa dan terus melangkah menuju ke hadapan. Dulu saya sering berputus asa, putus asa dari meneruskan sebarang rawatan kerana sakit saya makin lama makin saya rasakan sakit. Namun akhirnya saya menyedari, kesakitan yang ALLAH berikan itu tidak lain tidak bukan untuk mendekatkan diri saya kepada-Nya. Kesakitan itu ALLAH berikan saya untuk saya salurkan kekuatan kepada mereka yang memerlukan, memberi saya pengajaran yang susah orang nak dapat.


Jangan pernah putus asa, kerana putus asa akan menghalang jalan kita untuk terus ke hadapan. Tatkala perjalanan kita diganggu dengan ujian, terima lah dengan hati terbuka. Jangan pernah menyerah kalah, jangan pernah menyesali, jangan pernah berputus asa dan jangan pernah menyalahkan takdir. Ingatlah ALLAH menguji hamba-Nya jika hamba-Nya mampu dengan ujian-Nya. Berdoa dan terus berdoa kerana kuasa doa mampu mengembalikan sesuatu kembali seperti sediakala.


Jika suatu ketika, putus asa sudah sebati dengan diri saya, namun semakin lama semakin saya cuba untuk membuang sikap itu dan berharap ianya terus terhapus. Jika dulu saya sering berasa malas untuk menjalani rawatan, namun kini tarikh ke hospital merupakan tarikh yang saya tunggu-tunggu kerana saya berharap sakit saya akan semakin sembuh. Namun jangan pernah lupa untuk memanjatkan doa pada Ilahi kerana jika tanpa kuasa-Nya mana mungkin manusia dapat mencipta sebuah alat untuk menyembuhkan sesuatu. Jika tanpa kuasa-Nya mana mungkin manusia akan sihat seperti sediakala. Jika tanpa kuasa-Nya mana mungkin keadaan kembali seperti dahulu. Ingatlah kuasa di tangan Tuhan. Kesembuhan ada pada-Nya, kekuatan ada pada-Nya, kegembiraan ada pada-Nya dan segala sesuatu ada pada-Nya. Jika kita meratapi kesakitan yang kita hadapi, kesusahan yang kita hadapi pada manusia adakah mereka mampu untuk mengembalikan sesuatu seperti sediakala? Mereka hanya mampu mengungkapkan kata sabar, kuat, tabah tetapi ALLAH mampu menyihatkan kita semula dengan hanya mengadu pada-Nya. Jangan pernah melupakan DIA. Fitrah manusia, pasti kita akan mencari orang yang paling rapat dengan kita untuk mengadu, mengharap mereka memahami kita. Saya sering begitu, tatkala ujian datang menyapa, mereka saya cari dahulu sehingga saya lupakan DIA seketika. Bila mereka tidak dapat membantu, barulah hati dan diri mencari DIA Yang Maha Esa. Sungguh pentingkan diri sendiri. Sedangkan bila hati dan diri mencari DIA barulah jalan penyelesaian nampak di hadapan. Berita gembira datang menjelma. YA ALLAH, berkuasa-Nya Engkau..


Putus asa merupakan satu sikap yang paling dibenci ALLAH. Allah tidak suka pada manusia yang sering putus asa kerana mereka akan mudah melakukan perkara yang tidak elok. Jangan putus asa, kuat hadapi segala yang datang menjelma dengan hati yang terbuka kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya dan ALLAH ingin memberi pengajaran kepada kita. Positif selalu dan ceria-ceria selalu. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi ujian hidup.


Notakaki :: Hidup ibarat roda, kadang kala kita di atas, kadang kala kita dibawah. Walau di mana kita berada roda itu perlu terus berpusing dan berpusing. Jangan pernah biarkan roda itu berhenti jika belum sampai waktunya..(^___^)


Monday, July 25, 2011

Sama tapi Tak Serupa =)





Assalamualaikum WBT..


Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dalam jagaan ALLAH SWT. Perjalanan kuliah yang begitu padat serta tugasan yang berterusan menyebabkan jemari ini tidak mampu untuk mencuri waktu untuk menulis sesuatu. Alhamdulillah ALLAH SWT memberi kesempatan buat saya walaupun seketika.


Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang untuk ke rumah anak yatim di Sungai Itik. Perjalanan jauh itu memberi 1001 makna buat saya. Atas dasar urusan BIG saya dan beberapa orang rakan telah ke sana. Semasa perjalanan ke sana, saya dan dua orang sahabat menaiki kereta pensyarah manakala kereta saya dipandu oleh rakan saya yang lain. Perjalanan yang jauh itu telah mengisi kekosongan hati yang telah lama mintak diisi.


Berpeluang menimba ilmu dengan orang yang cukup hebat motivasinya membuatkan diri yang lemah ini seolah-olah telah bangkit semangatnya untuk terus bangkit tanpa berpaling ke belakang. Pengisiannya cukup ringkas, hanya dengan kata-kata “Ingatlah, saat kita fikir akan kesusahan diri kita, ada lagi orang yang susah dari kita.” Betul kan frasa ini. Jika dulu mama saya sering jadikan kata-kata ini sebagai pegangan hidup supaya tidak mudah patah semangat.


Sekarang tiba masa untuk saya berpegang pada kata-kata ini. Perjalanan menuju ke Sungai Itik akhirnya sampai, sayu hati tatkala melihat anak-anak kecil bermain beramai-ramai di padang. Meskipun riak wajah mereka ceria dan gembira dengan permainan yang sedang berlangsung namun hati kecil mereka tak siapa pun tahu melainkan ALLAH Yang Maha Mengetahui. Anak-anak kecil itu ditinggalkan tanpa kasih sayang ibu ataupun bapa. Sungguh saya merasa simpati, jauh di lubuk hati saya terfikir, saat berpisah jauh beribu batu dengan mama dan baba hati saya sering merindui mereka namun apakah perasaan anak kecil itu jika mereka dibiarkan di situ tanpa kasih sayang seorang ibu mahupun bapa. Ya ALLAH kuatnya anak kecil itu menghadapi dugaan yang dihadapi..


Kita sering memikirkan kesusahan yang kita hadapi, terkadang kita fikir kita tidak mampu untuk membayar sesuatu. Namun pernahkah kita terfikir akan orang lain yang begitu susah untuk mendapatkan wang meskipun RM1. Kita sering merungut kerana tidak berpeluang untuk makan di tempat yang kita idamkan, namun pernahkah kita terfikir akan kesusahan orang lain yang perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Ingatlah, saat kita terfikir akan kesusahan yang kita alami, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Saat kita merindui keluarga kita, ada lagi mereka yang menanti sinar bahagia buat mereka. Saat kita merasa gembira, bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana memberi kita peluang untuk tersenyum pada hari itu..(^____^)

Notakaki :: Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi kebahagian kepada kita dan memberi kekuatan kepada kita saat kita lemah dan hampir terjatuh.. Amin..(^__^)


Sunday, July 10, 2011

Padang Rengas ;-)

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Assalamualaikum WBT…


Hai semua.. ape khabar? Harap anda semua sihat.. cuti hujung minggu ke mana? Saya dan rakan-rakan serumah ke Padang Rengas. Pada mulanya kami rancang untuk mandi sungai dengan geng2 rumah sewa ucu tapi pagi-pagi tadi masing-masing ada hal. Sorang kena ke maktab siapkan kerja kumpulan, pastu siapkan ABM untuk literasi.. Maaf ye ucu, nanti kita g same-same tau.. Plan ke Padang Rengas nie pun "last minute" punye plan. Plan dalam pukul 11 sebab bosan duduk kat rumah dan kebetulan pulak Kak Ain, salah sorang teman serumah nak pergi melawat mak angkat dia.. Kami yang lain ikut je sebab tak pernah jejak kaki ke sana..


Bertolak selepas usai solat zohor dengan menaiki 2 buah kereta. Kereta saya sebuah dan kereta Kak Ain sebuah. Ahli rombongan seramai 6 orang.. Perjalanan pergi terasa jauh giler, lenguh pinggan duk bawak keta tapi bila balik rase macam dekat pulak.. *memang adat kot sebab mula-mula pergi tak kenal jalan kan*..


Sepanjang perjalanan, mulut kami semua hampir terlopong melihat pokok-pokok yang lebat menghasilkan buah dan deretan kedai yang menjual pelbagai jenis buahan tempatan.. Hanya mampu telan air liur je *duit tak ada nak beli*.. Alhamdulillah tepat jam 3.30 petang kami selamat tiba di Padang Rengas. SUBHANALLAH, suasanan kampung yang sungguh tenang memang menyeronokkan ditambah dengan deretan pokok-pokok buah-buahan dan dusun-dusun yang memang amat menenagkan..*rindu dekat rumah*…


Selepas melawat Mak *mak angkat Kak Ain* kami melangkah ke rumah Opah pula. Hidangan goreng pisang mengenyangkan perut-perut yang letih berjalan jauh.. Kemudian kami kembali ke rumah Mak dan dihidangkan pula dengan buah-buahan seperti durian, manggis dan ditambah dengan laksa penang yang cukup lazat.. selesai makan kami menunaikan solat asar dan ke kebun belakang.. Ok, jom tengok gambar… (^_____^)


teratak Mak..(^___^)

Kak Ain dan Mak




Kami di rumah Opah *dihidangkan dengan pisang goreng*


Laksa di rumah Mak


errrkkkkk ALHAMDULILLAH.. *sendawa durian* =)









di kebun limau belakang rumah


cubaan melangkah parit



bersama tuan rumah..(^___^)


pokok durian..


pokok asam keping


(^_____^*)


gambar terakhir..(^__^)



notakaki :: Kita tidak pernah tahu akan Takdir ALLAH SWT.. Syukur Alhamdulillah.. (^__^)

Saturday, July 9, 2011

Update ;-)





Assalamualaikum WBT…


Apa khabar semua, harap semuanya sihat sejahtera.. fuhh lama rasenya tak menulis sesuatu disini. Maaflah, kekangan masa menyebabkan jejari tidak mampu untuk menaip bagi mengisi ruangan di blog ini..


Apa cerita anda semua?? Belajar ok, kesihatan ok, iman ok?? Harap semuanya berada dalam keadaan baik.. Kelas yang penuh dari pagi sampai ke petang dan kadangkala sampai ke malam menyebabkan badan saya cepat letih. Minda jadi penat sebab otak asyik berjalan, namun apa kan daya. Adat seorang pelajar. Menuntut ilmu sepanjang hayat untuk bekalan akan datang. Kelas sepanjang minggu ini Alhamdulillah berjalan seperti biasa, bahkan makin lama makin menarik minat. Seperti biasa pensayarah yang mengajar memulakan set induksi dengan begitu menarik. Menariknya sehingga saya ingin berkongsi dengan kalian. Semoga menjadi pedoman buat kita.


Kisah sang burung helang..


Jangka hayat seekor burung helang hampir sama dengan manusia iaitu 50-60 tahun. Apabila mencecah usia tua, burung helang yang dahulunya gagah bertukar sifat menjadi haiwan yang lemah dengan sayap yang makin menebal, kuku yang semakin keras, paruh yang semakin condong dan sebagainya. Semakin lemah fizikal si helang tadi semakin susah untuknya terbang tinggi mencari makanan.


Lantas, untuk menyelesaikan masalah ini sang helang memikirkan cara untuk kembali ‘muda’. Akhirnya jawapan berjaya diperoleh. Maka pergilah bertapa sang helang tua di dalam sebuah gua yang besar. Bertapa untuk menjadi ‘muda’ kembali. Cara sang helang bertapa sungguh berbeza, ia mahu kembali muda dengan mencakar batu-batu yang ada di dalam gua itu menggunakan kukunya sehingga rosak habis kukunya, terbang ke sana ke mari sehingga gugur bulu pelepahnya. Sungguh kejam sang helang memperlakukan dirinya..


Namun, tiap sesuatu itu pasti ada sebabnya. Sang helang berbuat demikian kerana kuku yang rosak diganti dengan kuku yang baru tumbuh dan bulu pelepah yang berguguran bertukar wajah menjadi bulu pelepah yang baru.*yeahh sang helang mengalami transformasi yang baru*. Yang tua kembali muda, ibaratnya gigi kita patah tumbuh gigi baru, kuku lama patah tumbuh kuku baru. Pertapaan sang helang selama berbulan-bulan itu membuahkan hasil. Dirinya yang tua kembali muda. Bebas terbang ke sana ke mari dengan aktif dan mampu mencari makanan untuk meneruskan hidup.


Sang helang, sungguh berusaha mencari jalan keluar dari usia tuanya. Kegigihannya haruslah kita contohi. Janganlah kita anggap bila kita ditimpa sesuatu yang menghalang kita dari terus bangkit kita menjadi lemah tidak bermaya. Umpamanya kita ditimpa kecelakaan, carilah jalan keluar jangan hanya meratap sepi kecelakaan itu. Sesungguhnya ALLAH menciptakan manusia itu ada kekurangan dan ada kelebihan. Bila ALLAH timpakan kita kekurangan pasti ada suatu sudut kelebihan buat kita.


Perjalanan hidup yang mungkin masih panjang memerlukan kita membuat transformasi. Hidup hari ini pasti tidak akan sama dengan hidup hari esok. Hidup tahun ini pasti tidak akan sama dengan tahun depan. Pasti ada perubahannya sama ada kita sedar atau tidak. Ibarat perubahan sang helang dari tua menjadi ‘muda’ kembali semata-mata untuk mencari rezeki. Diri kita?? Jom lakukan perubahan, rancang sesuatu untuk menjadi maju dan terus maju.. (^____^*)

Notakaki :: Kita hanya mampu merancang, namun ALLAH yang menentukan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...