Saturday, July 9, 2011

Update ;-)





Assalamualaikum WBT…


Apa khabar semua, harap semuanya sihat sejahtera.. fuhh lama rasenya tak menulis sesuatu disini. Maaflah, kekangan masa menyebabkan jejari tidak mampu untuk menaip bagi mengisi ruangan di blog ini..


Apa cerita anda semua?? Belajar ok, kesihatan ok, iman ok?? Harap semuanya berada dalam keadaan baik.. Kelas yang penuh dari pagi sampai ke petang dan kadangkala sampai ke malam menyebabkan badan saya cepat letih. Minda jadi penat sebab otak asyik berjalan, namun apa kan daya. Adat seorang pelajar. Menuntut ilmu sepanjang hayat untuk bekalan akan datang. Kelas sepanjang minggu ini Alhamdulillah berjalan seperti biasa, bahkan makin lama makin menarik minat. Seperti biasa pensayarah yang mengajar memulakan set induksi dengan begitu menarik. Menariknya sehingga saya ingin berkongsi dengan kalian. Semoga menjadi pedoman buat kita.


Kisah sang burung helang..


Jangka hayat seekor burung helang hampir sama dengan manusia iaitu 50-60 tahun. Apabila mencecah usia tua, burung helang yang dahulunya gagah bertukar sifat menjadi haiwan yang lemah dengan sayap yang makin menebal, kuku yang semakin keras, paruh yang semakin condong dan sebagainya. Semakin lemah fizikal si helang tadi semakin susah untuknya terbang tinggi mencari makanan.


Lantas, untuk menyelesaikan masalah ini sang helang memikirkan cara untuk kembali ‘muda’. Akhirnya jawapan berjaya diperoleh. Maka pergilah bertapa sang helang tua di dalam sebuah gua yang besar. Bertapa untuk menjadi ‘muda’ kembali. Cara sang helang bertapa sungguh berbeza, ia mahu kembali muda dengan mencakar batu-batu yang ada di dalam gua itu menggunakan kukunya sehingga rosak habis kukunya, terbang ke sana ke mari sehingga gugur bulu pelepahnya. Sungguh kejam sang helang memperlakukan dirinya..


Namun, tiap sesuatu itu pasti ada sebabnya. Sang helang berbuat demikian kerana kuku yang rosak diganti dengan kuku yang baru tumbuh dan bulu pelepah yang berguguran bertukar wajah menjadi bulu pelepah yang baru.*yeahh sang helang mengalami transformasi yang baru*. Yang tua kembali muda, ibaratnya gigi kita patah tumbuh gigi baru, kuku lama patah tumbuh kuku baru. Pertapaan sang helang selama berbulan-bulan itu membuahkan hasil. Dirinya yang tua kembali muda. Bebas terbang ke sana ke mari dengan aktif dan mampu mencari makanan untuk meneruskan hidup.


Sang helang, sungguh berusaha mencari jalan keluar dari usia tuanya. Kegigihannya haruslah kita contohi. Janganlah kita anggap bila kita ditimpa sesuatu yang menghalang kita dari terus bangkit kita menjadi lemah tidak bermaya. Umpamanya kita ditimpa kecelakaan, carilah jalan keluar jangan hanya meratap sepi kecelakaan itu. Sesungguhnya ALLAH menciptakan manusia itu ada kekurangan dan ada kelebihan. Bila ALLAH timpakan kita kekurangan pasti ada suatu sudut kelebihan buat kita.


Perjalanan hidup yang mungkin masih panjang memerlukan kita membuat transformasi. Hidup hari ini pasti tidak akan sama dengan hidup hari esok. Hidup tahun ini pasti tidak akan sama dengan tahun depan. Pasti ada perubahannya sama ada kita sedar atau tidak. Ibarat perubahan sang helang dari tua menjadi ‘muda’ kembali semata-mata untuk mencari rezeki. Diri kita?? Jom lakukan perubahan, rancang sesuatu untuk menjadi maju dan terus maju.. (^____^*)

Notakaki :: Kita hanya mampu merancang, namun ALLAH yang menentukan..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...