Assalamualaikum WBT...
Hai semua, apa khabar? Salam Ramadhan semua, semoga semuanya sihat sejahtera menjalani bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Macam mane puasa, ok tak? Harap semuanya ok dan berjalan lancar. Jom kita sama-sama semak ramadhan kita tahun nie sama tak dengan ramadhan tahun lepas atau adakah tahun nie bertambah baik atau sebaliknya. Kalau sebaliknya ayuh sama-sama kita perbaiki sebab kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi hari esok kan, adakah kita sempat dengan ramadhan akan datang atau tidak.. Ingatan buat diri yang lemah ini juga.
Alhamdulillah kesempatan yang ada sempat lah melilau ke blog rakan-rakan yang lain dan sehingga saya terjumpa frasa kata “DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK”. Sungguh saya tertarik dengan kata-kata ini. Renung kembali sejenak apa yang telah terjadi hari ini, semalam, tahun lepas atau beberapa tahun lepas.
Duri yang dimaksudkan adalah masalah atau ujian yang datang mendamping dengan kita. Fitrah manusia, pasti tidak mahu berasa sakit akibat cucukan duri kan. Seumpamanya manusia, kalau diberi pilihan untuk hidup dibelenggu masalah ataupun hidup tanpa masalah pasti ramai akan memilih hidup tanpa masalah kan. Sebab kita tak mahu rasa sakit untuk menjalani ujian atau masalah itu. Ujian itu pulak datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya kesakitan, kadang-kadang ALLAH SWT menguji manusia dengan harta kekayaan, dengan kemiskinan, dengan ketekanan, dengan hati dan perasaan, hatta wanita pun ujian buat kaum lelaki. Pokok pangkalnya apa sahaja yang ada dekat kita pasti ada ujian yang melanda.
Namun, berbalik semula kepada frasa di atas : “DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK”.. lepas kita sakit tercucuk duri, pasti kita akan berjumpa dengan bunga yang cukup indah dan cantik sehingga kita terpegun akan kecantikkannya dan seterusnya kita lupa akan kesakitan yang kita rasakan tadi. Ibarat hidup kita yang seringkali ditimpa ujian, selepas menjalani ujian yang ALLAH SWT hadirkan itu pasti kita akan bertemu dengan hikmah yang cukup membahagiakan sehinggakan hikmah yang ALLAH berikan itu tidak pernah terfikir dek akal kita bukan. Bila kita bertemu dengan hikmah yang cukup indah, pasti kita tidak terfikir akan ujian yang telah kita lalui itu. Haaa, hikmah itulah yang dipanggil bunga. Bunga yang cukup indah dan cantik. Tapi, bunga tu hanya akan dijumpai oleh mereka yang bersabar dengan sakit cucukan duri itu tadi.
Cuba kita fikir, kalau kita tidak sabar dengan cucukan duri tadi, pasti kita akan mengeluh, mengalah dan berputus asa. Kita mesti merungut sehingga menyalahkan duri tanpa pernah memikirkan mungkin kita yang melanggar duri itu sehingga kita tercucuk. Bila kita sakit hati dengan duri itu, kita pasti berpatah semula supaya tidak terkena duri yang seterusnya. Namun, bila kita berhenti di tengah jalan, mana mungkin kita akan berjumpa dengan bunga yang cantik di hujung jalan.
Oleh itu, samakan kisah duri dan bunga ini dengan hidup kita. Duri ibarat ujian, merungut sehingga menyalahkan duri ibarat kita menyalahkan takdir akan masalah yang kita hadapi manakala bunga yang indah ibarat hikmah yang cukup indah. Kalau kita ditimpa masalah atau ujian, kita sering menyalahkan orang lain atau kita sering mempersoalkan kenapa kita ditimpa ujian atau masalah tersebut sehinggakan tanpa kita sedari masalah itu berpunca dari diri kita sendiri. Seperti juga kalau kita mengalah menghadapi ujian ALLAH, kita tidak akan berjumpa dengan hikmah yang cukup indah yang ALLAH sorokkan dari pandangan manusia. Hikmah itu akan ALLAH berikan bila tiba masa yang sesuai iaitu bila kita telah belajar dari apa yang telah menimpa kita.
Pernah tak anda alami, yang anda mohon untuk dapatkan sesuatu yang anda betul-betul inginkan tapi ALLAH berikan yang sebaliknya. Pasti semua pernah alaminya bukan. Tu bukan bermaksud ALLAH tak mahu bagi apa yang kita nak tapi ALLAH nak berikan apa yang sebenarnya kita perlu. Kehendak dan keperluan adalah perkara yang berbeza. Kehendak adalah keinginan manakala keperluan adalah benda yang kita betul-betul perlu.
Ingat dan selalu ingat, ALLAH tidak akan timpakan ujian kepada kita melainkan kita mampu dengan ujian tu. Kalau kita terkena tusukan duri tu, maknanya ALLAH tahu kulit badan kita tu mampu menampung kesakitan yang kita alami. Dan bila ALLAH hadirkan ujian untuk diri kita maknanya ALLAH tahu hati, perasaan dan diri kita mampu untuk menghadapi ujian itu.. Jadi, bersabarlah dalam mengharungi sakit ujian itu dan yakinlah dengan sirna yang akan menerangi hidup kita suatu hari nanti.. Semoga bergembira dalam apa jua situasi dan semoga berada dalam minda yang positif. Salam Ramadhan semua..(^___^)
Notakaki :: Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari ALLAH, percayalah pastinya ALLAH mengurniakan sesuatu apa yang dipinta pada masa yang sesuai.. (^___^)
Rindu mama, semoga dikuatkan hati..:))
2 comments:
As'kum mimi..entry yang menarik..anis suka jugak “DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK”..membawa makna yang mendalam..insyAllah..sentiasa kuat dan tabah harungi dugaan Allah..mimi juga..insyAllah
waalaikumsalam.. terima kasih anis.. InsyaALLAH, semoga ama-sama kita kuat dan tabah harungi dugaan dari ALLAH..
Post a Comment