Assalamualaikum semua!
Penulis, masih lagi berada di Ipoh. Sedang menghitung hari
untuk pulang ke kampung halaman.
3 Februari 2013.
Hujung minggu. Sekali lagi masa dihabiskan di Dahikmah.
Melawat adik-adik kesayangan di sana.
Minggu ini kereta penuh dengan muatan hasil sumbangan insan-insan
yang mulia.
Tiba di sana, kami disambut dengan meriah oleh mereka dan
menunggu untuk membantu mengangkat barang yang dibawa.
Wajah mereka ceria, wajah mereka gembira.
Usai mengagihkan makanan kepada mereka, kami memulakan kelas
seperti biasa.
Rahman, insan yang pernah saya ceritakan dulu datang
menghampiri saya. Katanya ‘Kak mimi, jom belajar.
Allah, hati saya gembira. Dia yang mengajak saya. Hadirnya
tanpa perlu dipaksa.
Rahman, semoga Allah penuhi hatimu dengan cahaya nur dan
semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.
Rahman turut mengajar adik-adik yang lain menyanyi ABC.
Menarik! Riuh sebentar meja batu dengan suara indah mereka.
Kelas terpaksa kami tamatkan lebih awal kerana mereka perlu
menghadiri kenduri doa selamat.
Berpeluang membawa mereka menaiki kereta ke majlis itu
memberi 1001 kenangan.
Wajah gembira mereka jelas lagi di pandangan mata apabila
mulut2 kecil itu berkata ‘nak naik keta Kak Mimi’. Terima kasih Allah, terima
kasih ustaz kerana memberikan kesempatan ini.
Usai kenduri, kami pulang semula ke tempat asal kerana
khidmat kami diperlukan di padang bagi menguruskan kerja-kerja kepegawaian
sempena sukan tahunan.
Yuk, usha gambar!
Awak bantu saya - saya bantu awak! |
Go Rahman Go! Baca sampai boleh! Smart lah ; trademark Rahman. |
Abg Rasyid + Merlin junior ;) |
Abg Din & Dahrul. |
Kak Anith + Affini. |
Ada sesuatu yang istimewa tentang kanak-kanak ini. Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya dan penuhilah hatinya dengan cahaya Nur-Mu. Kak Mimi + Dahrul. |
Rahman kelas seterusnya! Air kotak sebagai umpan untuk membaca. |
Dua sudah air kotak di dalam tangan. |
Kak Susu + Suraya. |
TFTN!!! Sebarkan.. :) |
"Ya Allah Engkau berikanlah anak-anak ini kejayaan di dunia dan di akhirat. Kau penuhilah hati-hati mereka dengan cahaya nur-Mu Ya Allah. Ya Allah Engkau berikanlah mereka kefahaman yang tinggi. Mudahkanlah urusan mereka untuk menerima dan memahami ilmu-Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin."
notakaki : mereka yang istimewa dan sentiasa istimewa. Terima Kasih Allah di atas kesempatan ini. :)
No comments:
Post a Comment