Sunday, February 17, 2013

Kata 56







Assalamualaikum hai semua!

Hujung minggu kali ini saya bukan berada di Ipoh, bukan di Dahikmah tetapi di Besut. *eh masih bercuti. J

Cuti yang lalu memberi saya kesempatan untuk bertemu dengan saudara mara yang jauh dan dekat.

Memberi saya peluang untuk lebih mengenali, mendekati dan mensyukuri nikmat yang ALLAH SWT berikan.

Dalam satu pertemuan yang singkat, betapa Allah berikan saya ruang dan peluang yang cukup indah saya rasakan.

Pernahkan anda terfikir bahawa harta dan rezeki yang kita ada dan kita kumpul ingin kita serahkan kepada orang lain, bukan kepada orang dari keluarga kita juga?

Pernahkan terlintas di hati anda, suatu hari nanti anda ingin mewakafkan harta yang anda kumpul, harta yang anda simpan kepada orang ramai?

Pernahkah hati-hati kita terlintas untuk memberi sedikit sumbangan kepada orang lain yang lebih memerlukan?

Allahuakbar.

Hati ini milik Allah, Allah yang mencipta manusia maka Allah Maha Mengetahui apakah yang terlintas di dalam sanubari hamba-Nya.

Mungkin hati kecil saya tidak pernah terlintas mengenai perkara sebegitu.

Mungkin hati kecil saya mempersoalkan, kenapa harta yang kita kumpul, kita tidak serahkan kepada orang yang lebih dekat dengan kita. *mungkin kepada anak-anak, cucu, mak ayah, saudara mara, adik beradik dan sebagainya.

Namun,

Hati yang yakin dan percaya bahawa di dalam rezekinya terdapat rezeki dan bahagian orang lain pasti akan tenang dan bahagia.

Saya berjumpa dengan seorang insan mulia yang ingin menubuhkan sebuah yayasan. Yayasan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau memperuntukkan semua dan segala hartanya kepada yayasan itu.

Harta dan rezeki yang diperoleh bukan diberi kepada anak-anak atau cucunya, tetapi diwakafkan kepada yayasan yang dibinanya.

Beliau berkata, “anak-anak boleh mencari harta sendiri. Yang ini bahagian orang lain.

Allahuakbar, hebatkan dia ni.

Segala wang, tanah kebun, tanah semua dijual dan wang yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam yayasan itu.

Saya amat-amat-amat terkejut dan berbangga dengan pilihan yang dibuat.

Bahagianya dia, membahagikan rezekinya kepada orang lain.

Mari semua, kita jadikan dia idola kita.

Tatkala kita mendapat rezeki lebih, jangan lupa memberi walaupun sedikit kepada mereka yang memerlukan.

Mungkin Allah datangkan kita untuk memberikan sesuatu kepada orang lain. J

Ok, sekian sahaja.

Jaga diri, jaga iman, jaga peribadi.


Notakaki : Membahagiakan orang lain akan membuatkan hidup kita lebih bahagia.   :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...