Assalamualaikum WBT
Entry lepas aku dah ceritakan mengenai perjalanan singkat dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak.
InsyaAllah entry ini akan aku ceritakan mengenai kisah aku ke Bintulu,
Setibanya kami di Kuching, aku dan rakan-rakan yang lain dijemput dengan bas menuju ke Imperial Hotel. Hotel yang letakkan 10 minit dari airport ini betul-betul memberi kelegaan, Iyalah, badan penat-letih semua ada.
Sesampainya di hotel, perkara utama yang kami lakukan ialah mengangkat beg. Iyooo beg besor-besor yang macam kononnya duk Sarawak tak nak balik-balik dah. huhu
Waktu tu aku dan Ika, budak kelas aku mase kat IPG Ipoh dulu. Beg dia tercabut tayar roda sebelah, Punyalah kalut kiteorang. Yelah, banyak benda kot fikir. Beg lagi kena beli, duit lagi yang melayang.
Tapi aku cuba tenangkan dia. Akhirnya aku suruh dia bwk beg aku, aku bawak beg dia. Maka menujulah kami ke Tingkat 5.
Di tingkat 5, kami perlu mengambil surat penempatan dan taklimat ringkas. Untuk ke Bintulu, perjalanan aku adalah keesokkan harinya jam 7.05 pagi. Sama perjalanan bagi Ika untuk ke Miri.
Selesai segala urusan, kami terus check-in dan menginap di bilik **** di tingkat 14. Ya Allah, masuk je bilik rasa macam nak melompat. Bilik syok giler weii.. Biar kena bayar RM100 sekepala pun.
Meskipun kami menginap untuk semalaman di bilik hotel yang besar, cantik dan nyanyam itu, hati dan perasaan kami masih tidak dapat diubati.
Alkisahnya, Ika dapat Sk, Long Letung, Baram. Kawasan Pt3.
Sedih, hiba dan perasaan takut menguasai diri Ika. Sedang aku berbaring di atas katil, aku tahu dia menangis di dalam bilik air.
Sepertimana dia harus kuat dan tabah, seperti itu jugalah aku perlu lebih kuat dan tabah untuk tenangkan dia.
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perasaannya kembali tenang.
Petangnya itu kami meneruskan rancangan kami untuk ke Mall dan mencari beg. Mujurlah Mall itu letaknya di sebelah hotel. Maka untuk ke sana, kami hanya perlu berjalan kaki. Allah permudahkan segala urusan kami dan jumpalah kami dengan beg yang ingin dicari.
Besar sungguh Mall itu, lengkap dengan pelbagai kedai. Jam 5 petang, aku dan Ika pulang semula ke hotel untuk menunaikan solat. Kami berpakat untuk menyambung perjalanan pada malamnya pula.
Malamnya kami keluar semula ke mall bersama Suhairi. Eri juga merupakan rakan sekelas aku semasa di IPG Ipoh. Alhamdulillah, semua barang keperluan berjaya kami beli dan masanya untuk mengemas beg pakaian kerana kami perlu berkumpul seawal jam 4.00 pagi untuk penerbangan ke esokkan harinya.
******************
Seawal jam 3.00 pagi aku telah bangun dan bersiap untuk hari seterusnya. Perasaan di hati mula bercampur baur. Saat itu aku teringat akan baba dan mama. Teringat pada baba, mama dan warga Dahikmah, Teringat akan adik2 junior yang sering bersama aku. Namun realitinya, aku jauh dari mereka. *bertabahlah wahai hati.
Selesai menjamu selera, kami ke lapangan terbang Kuching. Perjalanan di sana aku masih kuat kerana bersama Ika. Namun, kami terpisah di pintu pelepasan, Saat itu, air mata jauh membasahi pipi kami. Maka berpisahlah aku dengan rakan yang bersama aku dalam saat susah dan senang selama 3 hari ini.
*****************
Perjalanan ke Bintulu yang memakan masa dalam tempoh 1 jam itu akhirnya berakhir dengan selamat. Aku dan rakan-rakan sekolahku selamat tiba di Bintulu. Alhamdulillah.
Ketibaan kami disambut oleh guru besar dan beberapa orang guru. Alhamdulillah ketibaan pertama di sambut mesra oleh mereka. Dengan ini, sedikit sebanyak redalah perasaan sedih aku.
Kami berpecah dengan kenderaan masing-masing untuk ke sekolah. Patner aku Adilah, orang Kelantan. Satu sekolah. Cikgu senior Kak Eja dan Kak Niza yang membawa aku ke sekolah.
Kak Eja merupakan orang Kelantan manakala Kak Niza orang Sarawak. Kedua-dua mereka sangat baik dan mesra. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku.
Sampai di sekolah, kami menandatangani buku pelawat dan terus melawat kawasan sekolah. Sekolah yang letaknya betul-betul di dalam kawasan bandar lama Bintulu ini sungguh cantik dan nyaman.
Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dan merupakan sekolah 2 sesi. Sekolah yang lengkap dengan pra-sekolah, KKPI, dan aliran perdana ini mempunyai 800+ murid dan 50+ orang guru.
Memandangkan sekolah ini tidak mempunyai kemudahan kantin, maka kami akan makan di luar atau membawa bekal ke sekolah.
Usai urusan di sekolah, kami ke kedai makan yang berdekatan untuk menjamu selera. Pagi itu kami di belanja oleh Guru Besar. Semoga cikgu dimurahkan lagi rezeki.
Selesai makan, kami terus pulang ke rumah. Rumah 2 tingkat dan lengkap dengan segala kelengkapan memudahkan segala urusan kami.
Seharian dari tengah hari ke malam kami asyik rehat je. Mengecaj semula tenaga yang hampir hilang. Hari ahad baru kami keluar mencari barang-barang keperluan. Mall dan kawasan bandar juga tidak jauh dari rumah kami dan memudahkan kami untuk keluar mencari barangan.
Allahu, syukur di atas segala rezeki yang Engkau kurniakan. Syukur sangat-sangat.
Meskipun dalam hati ada sedikit cemburu dengan rakan-rakan yang boleh merasa pengalaman naik bot, naik speed bot tapi apakan daya, Allah takdirkan aku di sini.
sama-sama posting. 8 orang |
sekolah pertamaku sebagai seorang pendidik. |
Buat teman-teman,
Kita minta kepada Allah tempat yang kita inginkan,
Tetapi Allah beri tempat yang kita perlukan,
Jika kita tak mendapat apa yang kita nak, bersyukurlah,
Jika kita mendapat tempat yang kita tak nak, maka tambahlah syukurmu,
Kerana, Allah berikan apa yang terbaik dan sesuai dengan diri kita.
InsyaAllah.
bermulalah kehidupan di Bintulu,
Semoga Allah lindungi aku dan kalian semua.
Sehingga berjumpa lagi.
Love, Cikgu Mimi.
No comments:
Post a Comment