Friday, February 6, 2015

Bicara Cikgu Mimi-3

Assalamualaikum WBT.


Hari ini genap 7 hari aku berada di Bintulu, Sarawak.

Bererti hampir 5 hari aku menjadi guru baharu di Sk Orang Kaya Mohammad. 

***************

Tak siapa sangka aku kini berada di bumi kenyalang ini.

Jika suatu ketika dahulu, aku begitu mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke sini untuk menimba ilmu pengetahuan, mencari pengalaman untuk mengajar anak-anak di sini.

Hasrat itu aku kuburkan demi menturuti pemintaan Mama supaya aku berada dekat dengannya. 

Tu baru mama, belum masuk baba 2. Kalau baba 2, dia mesti nak aku mengajar di Sk Sungai Itek Gopeng. *tettttttt

Tapi,

Kuasa Tuhan, akhirnya rezeki aku di sini. 

Tadi di sekolah, penyelia petang tanya kepada aku, target untuk berada di sini brape lama.

Jawab aku, mungkin 3 tahun. hehe

***********
Berada di Sarawak membuatkan aku belajar mengenai pelbagai perkara.

Aku kagumi sikap anak muridku yang sungguh bersopan untuk keluar ke tandas dan masuk semula ke kelas. Kisahnya lebih kurang begini :-

Sejak masuk ke kelas, apabila murid-murid minta izin nak ke tandas ; cara diaorang mintak tu lembut je.
Kemudian, bila nak masuk semula ke kelas, ketuk pintu dulu. *cikgu, boleh saya masuk. Selagi cikgu tak cakap ya atau angguk, diaorang akan tunggu depan pintu.*

Alahai. Bagus sungguh. Buat cikgu bersemangat nak ke sekolah.

Aku rasa sepanjang tempoh aku berada di sekolah, sikap ini merupakan sikap yang pertama kali aku jumpa. 

Mungkin didikan dan asuhan ibu bapa menjadikan mereka lebih berdisiplin dan lebih menghormati guru, siapa tahu bukan?

Harapan aku semoga sikap-sikap positif ini akan terus mewarnai diri mereka. Kerana berdamping dengan perkara positif akan menjadikan kita lebih positif. 

InsyaAllah. 

Nadi kekuatan baba + mama 1.


Nadi kekuatan baba + mama 2. 


Terima kasih kalian kerana sentiasa berada di sisi anakmu ini.

Semoga Allah lindungi baba,baba dan mama,mama
Semoga Allah kurniakan kalian kesihatan yang baik
Semoga Allah limpahkan kalian dengan kasih sayang 
Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kalian dunia dan akhirat.

Sehingga berjumpa lagi. 


Muridku Inspirasiku.
Love, Cikgu Mimi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...