Thursday, August 16, 2012

Erti Kegembiraan


Assalamualaikum wbt..



Hai semua, salam ramdhan yang mulia.
Harap anda semua sihat sejahtera dipenghujung ramadhan yang mulia ini.
Tinggal beberapa hari lagi sebelum menjelang Syawal, moga kita semua masih berpeluang untuk mengejar saki-baki ramdhan yang tinggal.


Dalam post-post sebelum nie saya banyak menulis dan berkongsi sesuatu mengenai TFTN.
TFTN nie sebenarnya singkatan daripada ‘Teach For The Needs’ di mana kami membantu kanak-kanak yang lemah dalam pendidikan.
Alhamdulillah sekarang beberapa pelatih guru dari IPG IPOH sedang membantu anak-anak yatim di DAHIKMAH Gopeng, Perak. Sebuah yayasan anak yatim dan golongan miskin. Kami akan ke sana setiap hujung minggu dan bantuan pelajaran kepada anak-anak di sana secara percuma, kerana kami yakin setiap individu itu mempunyai potensi untuk berjaya.
Syukur, kerana pihak di sana menerima kehadiran kami dan anak-anak di sana cukup teruja dengan kehadiran kami. 


Bagi kalian yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TFTN, boleh klik pada link ini ! Yeah, satu lagi klik di sini..


Dan,
Kepada anda yang ingin menghulurkan sebarang bantuan kepada DAHIKMAH atau TFTN tak kira wang ringgit atau alat tulis dan sebagainya, boleh la merujuk kepada saya. Dan kami amat-amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi sukarelawan dalam TFTN.. InsyaAllah niat baik, sedekah dan bantuan yang anda hulurkan itu akan saya sampaikan dan semoga dapat mengembirakan hati mereka..


Terakhirnya,
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.. (^__^*)


*gambar sekadar hiasan, cari saya kalau jumpe..haha*



Notakaki : Erti kegembiraan ; kegembiraan itu hadir apabila kita memberi sesuatu dengan ikhlas dan orang yang menerima itu gembira.. Raikan Aidilfitri anda dengan memberi atau sekurang-kurangnya menjentik orang lain untuk sama-sama memberi.. (^__^)

2 comments:

MsCoffeeCat said...

Sronoknye..dh daftar nma..tp nk join program mcmmna ye?

Nur Shamimi Jamudin said...

alhamdulillah..
da daftar kat website TFTN ke?
kalau nak join blh je join kat DAHIKMAH..tp kami rancang nak buat kat satu lagi rumah anak yatim dekat2 dgn IPG IPOH...:)

thanks yea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...