Tuesday, November 30, 2010

Award

Assalamualaikum W.B.T

Pagi tadi sebelum saya menulis post yang dibuat, maka sempat la menerjah ke blog2 mereka yang aktif..
Dalam berjalan2 menerjah blog mereka, maka ternampak lah satu post yang menarik kat blog senior saya..
Taranggg, blog kepunyaan kak lily.. tibe2 tertarik tengok tajuk entry dia iaitu "Thanks to all of U"..
Bukak2 & singgah jap, rupanya kak lily mengucapkan time kasih tu kat semua follower blog dia..
Haa, tahu x follower dia da 400 orang..
Cayalah kak lily....
Oleh tu, untuk memberi penghargaan kepada follower dia, maka dia ada bagi "AWARD" kat SEMUA follower dia..
Dari follower dia yang pertama hinggalah follower dia yang ke 400...



Kat atas nie merupakan award yang kak lily bagi kat semua follower dia..
Saya pun TERMASUK sekali dalam orang yang mendapat award tu sebab saya jadi follower dia..

*********************

Kak lily time kasih banyak2 ea atas award nie...
Taniah sebab da ada follower yang lebih dari 400 orang..*Tibe2 jeles lak *.. hehe

Haa, korang tengok la blog dia..
Blog yang memang MENARIK, COMEL & banyak ag ar...
Nak tahu lebih lanjut, tengok la blog dia ye...
Klik ----> Blog Pemberi Award

Hidup Ini -bahagian 1-

Assalamualaikum W.B.T..

Erm dalam masa 2,3 hari nie saya banyak menghabiskan masa dengan mengkhatamkan beberapa buah buku, yang da lama dibeli tapi nak habiskan pembacaan tu punyalah lama. Yela banyak sangat benda yang menjadi halangan. dalam banyak2 kisah yang sempat saya baca ada la jugak yang dapat memberi input kepada hidup saya & saya nak kongsi ngan pembaca2 sekalian. Olahan ayat akan cuba dibuat ye..

**********************

Kecewa Itu Guru

Sape yang xpernah rasa kecewa, sila angkat tangan.. saya yakin & pasti semua manusia pasti pernah merasai kecewa, betul x? Sebenarnya jika seseorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah "guru" yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah bahawa hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi "tujuan" di sebalik pelajaran-pelajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. yang tidak berubah dalam hidup ini adalah perubahan itu sendiri. perubahan sentiasa berlaku dan ia di luar kawalan kita.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. jadi berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. jangan izinkan orang lain yang mengawal hidup kita. sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata "We cannot direct the wind but we can adjust our sail. (Kita tidak boleh mengarahkan angin tetapi kita boleh mengubah layar kapal)". Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang meninpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

**********************
Sebenarnya banyak ag nak tulis, tapi untuk hari nie, sampai sini je dulu, post nie akan disambung kemudian...(^_^*)

Ok, kiranya pengajaran untuk post nie adalah, jangan sesekali anggap kecewa yang datang menimpa kita tu merupakan bebanan @ halangan untuk kita terus mengejar kebahagian. sepatutnya kita kena berterima kasih pada orang yang membuat kita kecewa sebab dia yang mengajar kita cara untuk mengubah sikap. Pepatah yang saya reka ketika berada di ambang kekecewaan ---> Kadangkala kesedihan yang lalu harus kita renung kembali supaya kita x lupa asal usul kita DAN kadangkala kesedihan itu harus dilupakan supaya ia x menghalang kita menuju ke kebahagian..(^_^*)


credit to google

*jangan biarkan kesedihan & kekecewaan menghalangi beribu senyuman & kebahagian dalam diri kita*
*senyum2 selalu*
(T_______________T)

Sunday, November 28, 2010

20 Amalan Agar Terbuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum W.B.T

Allah S.W.T dengan sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidak sekali-kali mensesiakan hambaNya terutama dari segi pemberian rezeki. Memang pemberian rezeki itu berbeza dan tidak sama antara satu dengan lainnya, namun ia mempunyai hikmah supaya timbulnya perasaan ukhuwah (persaudaraan) agar yang diberi rezeki lebih itu membantu kepada yang kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, sebagai hamba kita tidak disuruh meminta-minta atau mengharap belas kasihan daripada orang lain. Cukuplah Allah S.W.T sahaja tempat bergantung dan tempat meminta pertolongan seperti mana termaktub dalam Surah al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud : "Hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan."

Allah S.W.T berjanji akan melimpahkan hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya apabila hambaNya melaksanakan amalan-amalan tertentu. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah SWT akan memeberikan jalan kepada setiap hambaNya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Antaranya amalkan 20 perkara seperti di bawah ini :

1. Sempatkan diri dengan beribadah
- Allah SWT x akan mensiakan pengabdian diri seorang hamba itu apabila dia melaksanakan ibadanya dengan penuh khusyuk dan istiqamah. Perhatikan firmanNya dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." -Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu majah & al-Hakim dari Abu Hurairah RA.


2. Memperbanyakkan istighfar
- Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT, yang menjadi sebab Allah berasa kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah: "Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka." -Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas RA.


3. Tinggalkan perbuatan dosa
- Mengucapkan istighfar sahaja tidak memberi makna di sisi Allah SWT sekiranya seseorang itu masih melakukan dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati menjadi resah malah menutup pintu rezeki.


4. Sentiasa ingat Allah
- Banyak mengingati Allah membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri kepada orang yang beriman.


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
- Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin usianya dipanjangkan dan ditambah rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan (silaturahim). Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi SAW: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." -Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami.


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
- Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakab dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin. Tidak ketinggalan juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.


7. Menunaikan hajat orang
- Apabila kita menunaikan hajat seseorang, menjadi sebab Allah SWT melapangkan rezeki kita dalam bentuk tertunainya hajat kita.


8. Banyakkan selawat
- Ada hadis yang menganjurkan agar kita berselawat jika sekiranya hajat atau cita-cita kita tidak tertunai, kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkab terlaksanaya semua hajat.


"Hai Zubir, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu terletak di Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hambanya sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya."

9. Buat kebajikan sebanyak-banyaknya
- Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, menyempitkan rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Mulakan sesuati di awal pagi
- Sabda Rasulullah SAW: 'Berpagi-pagilah kamu (memulakan aktiviti harian, sebaik-baiknya setelah selesai solat Subuh secara berjemaah), kerana perbuatan yang dimulakan di awal pagi itu adalah amalan yang berkat."


11. Menjalinkan silaturahim
- Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." -Riwayat Bukhari.


12. Melazimkan kekal berwuduk
- Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuklah mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Baginda bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." -Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid-


13. Bersedekah
- Bersedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.


14. Mengamalkan solat malam (tahajud)
- Ada keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah SWT.


15. Melazimkan solat Dhuha
- Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." -Riwayat al-hakim dan Thabrani.


16. Bersyukur pada Allah
- Syukur ertinya mengakui dan berterima kasih atas segala pemberian dan nikmat daripada Allah. Lawanya adalah kufur nikmat.


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat al-Qurang tertentu
- Zikir daripada ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


18. Berdoa
- Berdoa menjadikan seseorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dariNya. Dalam al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepadaNya, nescaya Dia akan memperkenankannya.


19. Berikhtiar sehabisnya
- Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintaNya dan orang yang tidak dicintaiNya, tapi agama hanya Allah berikan kepada orang yang dicintaiNya saja. -Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim.

-Bagi orang yang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya al-Quran, hendak dapat anak yang baik didiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram & sebagainya.


20. Bertawakal
- Akhirnya bertawakallah kepada Allah. Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya oleh Allah. FirmaNya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluanya)." -Surah At-Thalaq ayat 3.

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam erti kata yang sebenarnya, kuncinya adalah membuat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab timbulnya kasih sayang Allah, lalu Allah melimpahi hambaNya dengan keluasa rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

-Sumber Majalah Aniqah (Webah Salleh)

Saturday, November 27, 2010

Indahnya Kemaafan

Assalamualaikum W.B.T

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”


Sumber: http://feryco.com/indahnya-kemaafan

Friday, November 26, 2010

Menjawab Tag Si Budak Comel

Assalamualaikum W.B.T...
Pagi2 hari lepas tolong mama kemas rumah maka rutin seterusnya ialah on9... Benda pertama yang dibuka ialah FB..tengok2 ada mesej dalam inbox dari "si budak comel a.k.a bib".. katanya 'akak, bib tag akak kat blog', maka dengan pantasnya jari ini mengklik blog.. dan berikut merupakan soalan yang perlu saya jawab..

1. pe bende pling penting dlm idop korunk?

::semua benda penting dalam hidup saya sebab saya rasa benda tu susah nak dapat melainkan usaha yang bersungguh2.. *hargai apa yang kita ada* ::
:: tapi yang paling penting ialah 'beg duit, laptop, hp, jam & buku ::



hp kesayangan & keduanya dihadiahkan oleh Baba Tersayang..

nokia dapat lepas SPM & sony dapat awal tahun nie..
dua2 masih ada sehingga kini..(^_^)

2. benda terakhir korunk beli gne duit sendiri?

::banyak sangat ar::
:: lau semalam g pasar malam pun ada gak barang beli guna duit sendiri & errrmm, haa mungkin jam tangan untuk saya & mama ::

3. di mana tempat korunk nak melangsungkan perkahwinan korunk
dan tema perkahwinan korunk nnti?

:: kalau boleh nak buat kat rumah sendiri je, nak buat seringkas yang boleh & ikut bajet la.. lau bajet lebih, meriah sikit & ape2 pun x kisah asalkan mendapat keputusan bersama dari kedua belah pihak.. haha... :
:
:: tema pun ikut persetujuan bersama, tapi nak warna HIJAU sebab minat gilerr kat warna tu ::

4. adakah korunk sedang bercinta sekarang?

:: TAK ::
:: mengimpikan percintaan yang indah & betul mengikut acuan Islam, hehe ::

5. berapa lame korunk akan mencintai kekasih korunk?

:: selama-lamanya & semoga jodoh dipanjangkan oleh Allah S.W.T..(amin) ::

6. dimana korunk slalo jmp kekasih korunk?

:: xjumpe & xada kekasih lagi la tapi kekasih utama & kekasih sejati sentiasa di hati (^_^*) ::

7. novel/buku/majalah terakhir korunk beli?

:: buku "Tentang Cinta" karya Pahrol Mohd Juoi ::
buku yang dibeli sem lepas, lepas 2 jarang beli sebab ramai bagi hadiah buku..(^_^)

8. apakah name penuh korunk?

:: Nur Shamimi binti Jamudin ::

9. antara mak n ayh korunk, mne yg korunk lg mesra?

:: Dua2 mesra tapi lebih dengan Mama saya.. sebab x pernah berpisah ngan dia dari kecik kecuali bila nak g belajar je, hehe ::

10. namakan orang yg betul2 korunk nk jmp dlm idop?

:: errr, rasa macam rumit je soalan nie.. nak jumpe semua orang, haha ::
:: sori, xmampu nak jawab soalan nie..(^_*) ::

11. adakah korunk bsuh bju sndri?

:: yup, basuh sendiri la lau duk hostel.. jarang guna mesin basuh kecuali lau nak basuh cadar, selimut & yang tebal2..
:: lau duk kat umah, campak dalam mesin basuh je, watpe ada mesin lau x guna, haha ::

12. di mana tempat yg korunk btol2 nk g?

:: teringin nak ke Tanah Suci Mekah bersama orang yang tersayang & sangat teringin untuk ke tempat yang ada salji. teringin nak main salji..hehe ::

13. plih slah satu, peluk atau cium?

:: saya pilih peluk. melalui pelukan semua rasa dapat diluahkan & melalui pelukan kita akan dapat ciuman.. haha ::

14. beritahu 3 perkara tentang org yg tag korunk.

:: junior yang saya kenal masa kat surau IPG Ipoh ::
:: suka cium pipi saya & still buat macam 2 walaupun saya x suka, haha ::
:: comel, kelakar, happy go lucky & saya suka share somethng dengan dia"...hakhak ::

15. lima benda korunk sgt syg dlm idop korunk.

:: Al-Quran hijau saya ::
:: semua buku yang saya beli sendiri & yang orang hadiahkan ::
:: laptop ::
:: jam tangan ::
:: beg duit sebab semua ada dalam tu ---> ic, lesen, kad & yang paling penting DUIT *xada duit xleh belanja ar..huhu*

16. lima lagu korunk suke n slalo dgr.

:: xsuka sangat dengar lagu ::

TAPI SUKA DENGAN

:: koleksi Maher Zain ::
:: lagu jiwang ::
:: lagu yang dapat tenangkan hati saya ::
:: Bila Cinta ::
:: semua lagu koleksi kumpulan Ungu ::


17. bile tarikh lahir korunk n korunk smbut besday kt mana thn lps?

:: 20 Oktober 1990 ::
:: tahun lepas sambut kat dalam bilik saya kat hostel, kawan2 datang bilik & buat kejutan ::


18. tujuh org blogger korunk nak tag

:: cik e-ta ::
:: ikin ::
:: ct ::
:: naz ::
:: mr ni na ::
:: siti fatimah ::
:: cik eira ::

kepada yang ditag di atas kalau rajin buat la, kalau x mau xpe, xpaksa pun..hehe
:: tapi harap2 buat *nak tahu gak jawapan kepada soalan di atas, hehe (^_^*) ::


19. cerita sikit psl blogger pertama korunk tag.

:: kawan baik sejak tingkatan dua ag :: :: orang yang sentiasa ada di sisi saya saat susah @ senang :: :: bakal nurse & sedang belajar di Sabah ::

Ok, akhirnya semua soalan telah di jawab.. sekali lagi time kasih buat si budak comel yang sudi tag, lain kali tag la lagi sebab akak memang suka kena tag.. betul cakap bib, xleh masuk geng abg waq sebab dia xsuka di tag tapi kita suka di tag.. *abg waq maaf lau asyik tersedak ye*..haha
ma kacih..(^_^*)

~Pemilik Blog ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...