Tuesday, November 30, 2010

Hidup Ini -bahagian 1-

Assalamualaikum W.B.T..

Erm dalam masa 2,3 hari nie saya banyak menghabiskan masa dengan mengkhatamkan beberapa buah buku, yang da lama dibeli tapi nak habiskan pembacaan tu punyalah lama. Yela banyak sangat benda yang menjadi halangan. dalam banyak2 kisah yang sempat saya baca ada la jugak yang dapat memberi input kepada hidup saya & saya nak kongsi ngan pembaca2 sekalian. Olahan ayat akan cuba dibuat ye..

**********************

Kecewa Itu Guru

Sape yang xpernah rasa kecewa, sila angkat tangan.. saya yakin & pasti semua manusia pasti pernah merasai kecewa, betul x? Sebenarnya jika seseorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah "guru" yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah bahawa hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi "tujuan" di sebalik pelajaran-pelajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. yang tidak berubah dalam hidup ini adalah perubahan itu sendiri. perubahan sentiasa berlaku dan ia di luar kawalan kita.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. jadi berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. jangan izinkan orang lain yang mengawal hidup kita. sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata "We cannot direct the wind but we can adjust our sail. (Kita tidak boleh mengarahkan angin tetapi kita boleh mengubah layar kapal)". Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang meninpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

**********************
Sebenarnya banyak ag nak tulis, tapi untuk hari nie, sampai sini je dulu, post nie akan disambung kemudian...(^_^*)

Ok, kiranya pengajaran untuk post nie adalah, jangan sesekali anggap kecewa yang datang menimpa kita tu merupakan bebanan @ halangan untuk kita terus mengejar kebahagian. sepatutnya kita kena berterima kasih pada orang yang membuat kita kecewa sebab dia yang mengajar kita cara untuk mengubah sikap. Pepatah yang saya reka ketika berada di ambang kekecewaan ---> Kadangkala kesedihan yang lalu harus kita renung kembali supaya kita x lupa asal usul kita DAN kadangkala kesedihan itu harus dilupakan supaya ia x menghalang kita menuju ke kebahagian..(^_^*)


credit to google

*jangan biarkan kesedihan & kekecewaan menghalangi beribu senyuman & kebahagian dalam diri kita*
*senyum2 selalu*
(T_______________T)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...