Thursday, June 30, 2011

D.A.T.E =)





Assalamualaikum WBT..


Hai semua, ape khabar? Apa khabar iman? Harap semuanya sihat dan berada dalam jagaan Ilahi. Saya sekarang ini sedang berlintas langsung dari rumahku syurgaku *berada di rumah tercinta*. Oiitt, ponteng kelas ea, haha! Sori, ada ‘date’ ngan doktor la.


Semalam saya menaiki bas Ekspres Kesatuan dari Ipoh ke Besut. Memandangkan badan saya terlalu letih, bas bergerak maka mata saya turut bergerak untuk tidur. Saya sedar dari tido bila bas itu berhenti makan. Tapi tak turun pun, saya sambung tidur. Tepat jam 3.30 pagi saya sampai di Besut. Time tu sunyi lagi, tunggu mama saya hampir 30 minit sebab mama takut nak turun awal-awal. Sampai rumah sambung tido sampai ke subuh.


Kalau sesiapa tahu saya akan pulang untuk ke hospital bahagian onkologi dan menjalani rawatan ‘KIMO-IODINE’ mesti orang akan tanya, sakit tak rawatan tu. Saya mesti fikir 10 kali nak jawab soalan nie sebab saya tak tahu sakit ke tak. Tapi saya jawab, tak sakit pun cuma perlu kuat semangat je. Rawatan kimo-iodine nie tak seperti rawatan kimo-terapi yang lain, yang mane rambut kita akan gugur, terbakar hampir separuh badan, hilang selera makan yang teruk dan sebagainya. Tak, bukan macam tu! Rawatan kimo-iodine ialah sejenis rawatan yang mana pesakit perlu minum air iodine dan akan di kuarentinkan atas sebab jumlah badan kimia yang ada dalam badan. Haa, nak tahu cerita selanjutnya jom baca perenggan di bawah.


30 Jun 2011, temujanji ketiga saya di Unit Onkologi. Unit Onkologi nie unit nuklear. Selalunya orang yang menghidap apa-apa sakit kanser akan ke unit ini untuk menjalani rawatan. Rawatan asas bagi penyakit kanser tiriod yang macam saya hadapi ialah akan bermula dengan rawatan pemeriksaan dari doktor. Selepas rawatan itu, saya akan diberi minum sejenis air yang diberi nama ‘iodine’. Kuantiti iodine yang diambil nie adalah bergantung kepada tahap kanser kita. Tapi permulaannya pesakit akan minum sikit je dulu dalam 50 mci. Haaa, tapi perlu ingat minum sikit pun kesan dia teruk tau. Selepas pesakit minum iodine nie, rawatan city scan akan dijalankan. Tujuan rawatan ini adalah untuk menghapuskan sel-sel kanser yang ada dalam badan dan sekaligus nak check kat bahagian mana lagi kanser tu tinggal.


Temujanji kedua *7.3.2011* haritu saya perlu meminum 50mci iodine dan dikurentinkan selama 1 minggu kemudian saya akan menjalani scan. Keputusan scan telah saya update di post terdahulu *klik sini*. Untuk temujanji hari nie saya hanya berjumpa dengan doktor dan amek tarikh untuk minum iodine kali ke dua. Iodine kali kedua perlu diambil dalam kuantiti yang banyak iaitu 100mci sebab nak hapuskan terus kanser yang ada. *semoga rawatan berjalan lancar, amin*. Tapi tarikhnya lambat lagi, awal bulan 12 sebab tarikh lain sudah penuh dan tarikh awal semuanya bertembung dengan PBS, raya, final exam dan sebagainya. Kalau kuantiti yang diminum nie banyak seperti yang akan saya minum, saya perlu tidur dihospital.


Ok, sebelum menjalani rawatan kimo-iodine nie, pesakit perlu :-

  • berhenti makan ubat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tempoh rawatan. Sebab kena stop ubat ialah takut ubat tu menghalang iodine untuk masuk ke seluruh badan.
  • Pantang makanan, terutamanya makanan laut. Haa, makanan laut bahaya ok, jangan amalkan selalu. Lagipun makanan laut nie akan mengaktifkan sel kanser. Selain makanan laut, ada lagi yang perlu pantang dan selalunya pesakit akan diberi senarai makanan yang perlu dipantang. *juga perlu pantang sebulan sebelum rawatan*
  • Puasa – kebiasaannya pesakit perlu berpuasa bermula jam 12 tengah malam sebelum rawatan. Puasa nie perlu sebab takut masa minum iodine badan tak boleh terima dan muntahkan kembali makanan yang telah dimakan. Lagipun iodine nie perlu diambil ketika perut kosong *mungkin la*.


Selepas menjalani rawatan kimo-iodine nie, pesakit perlu dan akan :-

  • Dikuarentinkan – kerana iodine nie mengandungi tahap bahan kimia yang tinggi so pesakit tidak boleh berada dekat dengan kanak-kanak dan orang tua kerana sel dalam badan mereka sudah dan masih lemah. Haa, dikuatiri akan membahayakan mereka.
  • Hilang selera makan – sebab mulut jadi pahit. Tak ada rasa ape-ape pun terhadap makanan yang diambil. Mungkin kesan dari iodine tu kot.
  • Muntah-muntah & cirit-birit – badan belum sedia menerima iodine, apa yang dimakan pun kadang kala akan dimuntahkan kembali.
  • Tak boleh berkongsi bekas makanan, minuman, makanan & pakaian tidak boleh dicuci sehingga tempoh kuarentin tamat – nie kerana bahan kimia yang masih aktif. So tak boleh buat ape la..
  • Elakkan dari berkahwin dalam tempoh 2 tahun – lepas 2 tahun dari rawatan baru boleh kawin sebab takut bila pesakit nie mengandung akan bagi kesan kepada anak yang dikandung. Bahan kimia dalam badan akan ambil masa untuk dihilangkan. *tapi kuasa Tuhan, siapa tahu*



Haa, nie yang saya maksudkan dengan rawatan nie tak brape sakit tapi perlu kuat semangat je. Kuat semangat untuk hadapi kesan yang bakal diterima selepas rawatan. Kena kuarentin tapi Alhamdulillah mama saya tak kuarentin saya dengan teruk. Kena kuat untuk melawan badan yang lemah dan yang paling penting kena selalu positif supaya cepat sembuh serta yakin dengan kekuasaan ALLAH sebaik-baik penyembuh. Jangan mudah patah semangat dan cepat putus asa meskipun kanser nie pembunuh senyap tapi usaha untuk menyembuhkan tu perlu dilakukan dan sebaik-baik ubat ialah sentiasa bersabar, berbaik sangka kepada ALLAH dan sentiasa positif. InsyaALLAH anda akan tenang menghadapi apa jua rawatan dan ujian. (^___^)



Sekian sahaja perkongsian untuk rawatan yang dijalani. Doakan saya untuk terus kuat dan doakan saya cepat sembuh ye.. terima kasih..(^___^*)



*dapat MC tiga hari sebab tahap kalsium serta tiriod dalam badan saya terlalu lemah akibat daripada tak makan ubat…hehe –akan makan ubat lepas nie sebab badan betul2 sudah lemah tapi ubat TERtinggal kat ipoh..*


Notakaki 1 :: Bila mentari yang kau harapkan, namun sebaliknya hujan yang bercucuran, JANGAN KECEWA. Bila rembulan yang kau dambakan namun kelip-kelip menerangi malam, JANGAN BERDUKA. Kerana mentari takkan selamanya bersembunyi bulan juga takkan selamanya menghindari. Bahagia yang kau idamkan pasti kau miliki andai hatimu terlebih dahulu diserahkan kepada Pemilik Bahagia yang Hakiki.


Notakaki 2 :: Ketika Allah rindu pada hambaNya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah pelbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya’ (HR Thabrani dari Abu Umamah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...