Saturday, June 11, 2011

Cinta Sesama Makhluk :)





Assalamualaikum WBT…


Kasih sayang bukan hanya sekadar untuk manusia saje kan? Kasih sayang mencakupi untuk semua makhluk ciptaan ALLAH SWT.


Al kisahnya setiap kali musim cuti sekolah saya akan bercuti dan kebiasaannya saya akan mengganti tempat mama saya untuk menghantar lauk pauk ke rumah nenek saya. Nenek saya tinggal di rumahnya seorang diri selepas kematian datuk saya. Kata orang, orang tua-tua lebih gemar berada di rumah sendiri berbanding berada di rumah orang.


Oke, lupakan mengenai hidup nenek saya. Sambung cerita kita, kalau saya hantar lauk kat rumah dia mesti banyak cerita yang dia ceritakan. Ye, nenek saya seorang yang suka bercerita. Saya suka dengar cerita-cerita yang disampaikan sebab kadang-kadang cerita itu tak ada pun dalam buku cerita! Yela, kan kita belajar daripada pengalaman, tak kira la pengalaman orang atau pengalaman kita sendiri.!


Opss, terpesong lagi… sambung semula cerita berdasarkan tajuk di atas. Suatu hari, ketika saya sampai ke rumahnya saya lihat wajahnya begitu muram. *walaupun muram, tapi nenek saya tetap comel*. Saya pun tanya :


Saya : bakpo che, sedih je?
Nenek : ayam che, kaki dia bengkak & badan dia calar-calar sebab kena kawat duri..
Saya : kawat duri kat mane?
Nenek : kawat duri yang orang tahan… *sambil menunjukkan reaksi yang makin sedih*


Nenek saya terus menyambung ceritanya, katanya ayamnya termasuk jerat ketika cubaan untuk mengorat ayam di rumah sebelah! Hai ayam, pandai jugak kau berkasih sayang kan..hehe. untuk pulihkan ayamnya itu, masa ayam tu sedang makan, nenek saya sapukan ubat di badan ayam kesayangannya yang dekat kesan calar-calar tu! Lihat betapa tingginya nilai kasih sayangnya. Tambahnya lagi, ayamnya kembali pulih, dan kesan calar balar sudah semakin berkurangan. (^___^*)


Itu baru cerita pertama. Lepas mendengar cerita nie, saya hanya mampu ketawa dan tersenyum saja. Dalam hati saya, ‘aduhai che, che…’ cerita kedua pula semasa saya baru sampai dari Perak. Selalunya malam saya nak naik bas balik ke Besut, nenek saya akan tido di rumah saya dan selepas subuh saya akan berjumpa dengan dia dan berbual-bual. Ceritanya, suatu hari selepas menunaikan solat subuh nenek saya akan ke reban ayamnya untuk melepaskan ayam-ayamnya keluar. Namun di lihat seekor ayam yang sedang mengiggil kesejukan. Nenek saya pun terus membuka mulut ayam itu dan dirasanya lidah ayam itu sejuk. Haaa, nenek saya terus jadi kalut. Bimbang akan ayamnya ditimpa penyakit. Nenek saya bergegas naik ke atas rumah dan ambil sebijik ubat KK. Ubat KK nie macam panadol. Terus nenek saya bagi ayamnya sebijik ubat KK. Beberapa jam kemudian ayam itu kembali aktif dan seolah-olah sembuh dari demam.


Kadang-kadang saya terfikir, sayang sungguh nenek saya pada haiwan peliharaannya. Satu jawapan yang dapat saya simpulkan ialah mungkin bila dia keseorangan pasti benda sekeliling akan jadi perhatiannya dan mungkin ayam kesayangannya akan menjadi penghiburnya. (^___^*)


Hukum alam, bila kita sayang dekat sesuatu, kita pun akan mudah disayangi orang. Kalau dia sayangkan haiwan yang tidak mampu bercakap untuk menghilangkan bosan dia kenapa kita sebagai manusia jarang untuk berkasih sayang antara satu sama lain. Berkasih sayang tak semestinya kita saling cinta mencintaikan mungkin melalui berbaik sangka, menghulurkan senyuman dan bermanis muka merupakan salah satu cara untuk berkasih sayang. Ingat bila kita baik dengan orang, orang akan 10x baik dengan kita dan bila kita berkasih sayang dengan setiap makhluk kerana ALLAH pasti hidup kita akan aman, tenang dan damai.. (^___^*)


Notabuku :: bakpo = kenapa
Che = panggilan kepada nenek saya.



Notakaki :: Kamu berlari dari bilik ke bilik, mencari kalung berlian bergemerlapan tanpa pernah menyedari ia tergantung di leher sendiri. Ibaratnya kita mencari sesuatu yang berharga di tempat lain sedangkan ianya berada dekat dengan kita. Sayangilah apa yang ada dekat dengan kita.. (^___^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...